S 09/01/2013 - 10/01/2013 ~ DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, September 25, 2013

BUNTING KAHWIN

Aku dah design bunting kahwin. Nak print kat bangi, satu kaki RM1. Aku wat saiz 5' x 2' = RM10. Aku akan print 2 pcs, satu nak letak kat jalan utama sebelum sampai kat kemah, lagi satu nak letak kat kemah. Banner pulak? Hihi..kawan tunang aku sponser. Terima kasih banyak2. Yang itu xleh lah nak cerewet sgt bab design, kami terima dengan hati terbuka:)

Bunting ni aku design letak gambar aku n pasangan, kakak n pasangan. Puas aku fikir, camana nak letak gambar supaya tak serabut dan xnampak rapat sgt, almaklum, belum nikah lagi pun kan..hihi. Tapi lom siap lagi. Tak pa, aku xsabar nak share kat sini. Mana ar tahu, kot2 korang dapat idea nak wat camana design korang kan.

Aku select Design no 3 sbb nak letak gambar ibu aku. Sebb yg dtg nt mst ramai area umah n sedara mara, so bila tgok je gambar ibu, diorang akan kata ' O...anak Pn. ni rupanya, selalu lepak sama ni..' Jadi, aku rasa sedang elok lah tu. Hasil print nya nanti aku akan upload kemudian ok:)

*************************************
Ini lah hasil bunting yang aku design:)


Sunday, September 15, 2013

KAD KAHWIN

Assalammualaikum semua:)

Hari ni aku nak cerita pasal kad kahwin lak. Sebenarnya kad kawin ni dah lama aku design, sbb nak bagi kat org kwsan umah aku (xtau jawatan apa), nak booking tempat parking utk aku n kakak aku kawin nt. So nak xnak kena ar print sample utk bg kat dia. Dengan hati terbuka, aku bagi ar kad yg konon cantik tu utk ibu aku tgok. Niat dihati nak gak la dapat pujian dari beliau. Huuhu. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Muka moody beliau mula kelihatan sbb aku tak letak nama dia n ayah aku. Alamak..memang kesalahan besar tuh. Tapi tak pa, aku terangkan ar kat ibu, kad tu just sample je utk org parking tu. Memang banyak kesalahan yng aku kena cek balik nt. Tapi ibu masih xsetuju, biasalah kan, bila dah ada 1 kesalahan, dia selit ar lagi satu, dua tiga. Dia tanya, mana tepak sirehnya??????? Alamak..tu modern kad la ibu..........

Design 1 : Kene rejek..huuu. Maklumat dalam kad ni aku ubah 90%
Ibu moody, aku moody, terus aku masuk bilik tido (standart dari kecik sampai beso tunjuk protes dgn menidurkan diri), walaupun masih awal. Semua gara2 kad kawin yang xcantik tuh. Akak aku balik keje, dia pelik napa la aku tdo awal sgt. Aku dgr perbualan dia dan ibu pasal kad kawin tu. Tengah merajuk, mana leh lena tido, statik keras macam batu, mata berkelip2 tengok dinding..huh..

Aku ada la melawan ibu, agaknya sbb jiwa seni yang tak boleh dikritik hasil kerjanya kot. Dua tiga hari aku fikir, akhirnya aku decide, tak pa lah, ibu nak yg terbaik, so aku design yang baru. Dan aku letak TEPAK SIREH. Tema aku bukan modern lagi dah, contemporary okeyyy, tradisi+modern+kiut miut.. Hihi..Akhirnya, SIAP! Aku design guna A.I..guna vector download je ni, ubah2 sikit, jadi lah cenggini.

Design 2 : aku masuk element tepak sireh disitu okey..proceed..Maklumat dalam kad ni aku ubah 90%

Sebelum design kad, aku kena tahu detail ini :
Sila semak Nama Ibu Bapa Pengantin
Sila semak Nama Pengantin
Sila semak Tarikh, Hari & Tarikh Islam
Sila semak Alamat Pengantin
Sila semak Ejaan & Huruf (A-Z)
Sila semak nombor (0-10)
Sila semak bahagian pelan lokasi kedua belah pihak
Sila semak MATERIAL (warna kad & warna cetakan)


Tapiii, bila tengok design no 2 aku tu, agak2 dpt x harga 15 sen 500 pcs, artcard kilat full colour? Huuu..sebb aku tgok2 kat blog semua bagai, paling murah 40sen. Nak murah, kena guna 1 colour ar, pastu tukau material lebih murah. Hurm..xpa2, kang aku story bila udah print. Rasa nak p pudu kat LH Creative sbb aku tgok ramai blogger yg suggest tempat tu. Cuma, xda yang mention if design sendiri punya harga. So aku kena survey sendiri la.

***********************************************************
Hurm..ok, aku dah p LH Creative seperti yang digempar gempurkan dalam dunia blogger, hihi, hurm..xdapat harga yang aku nak. Dan bila aku tunjuk design aku tu, dia bg harga 80sen..erkkk.. N aku tanya lagi, if aku wat tulisan warna hitam je tapi guna material paper colour, red cthnya, rm1. Erkk.. Aku tanya A, dia jawab A..sahaja..full stop. Camana ni dik? Servis out. Then aku tanya, ada tak kad kahwin harga 30sen kebawah (nak 15sen sbnarnya..harapan), dia tunjuk kad paper biasa tulisan black, harga 30sen. Hurm..xpalah~

Then aku research lagi. Akhirnya, aku jumpa laman web ni, http://kadborong.my/
sebab, dia ada harga khas utk ini >>

Bila aku view, ada senarai harga yg dia letak ikut size yg kita nak. MEMANG MURAH, mungkin ada lg murah, nt p search k:) So, memandang aku nak harga laaagi murah, aku pun tukar design ikut size dan harga mengikut bajet aku.

Size : 6" x 4" 1/2 lipatan , Full colour , Art card Uv Varnish (kilat) , 500pcs , RM0.33 per pcs , free envelope , kos penghantaran RM15 = RM180!!!!

Sgt berbaloi kan?? Kos penghantaran tu jgn kira, sbb sama gak if aku p PUDU, duit minyak lagi, tenaga lagi plus if 2,3 kali p sana? Pastu nak p amik sendiri lagi? Cuma, if nak harga macam ni, jgn last minit lah ek, sbb standart printing proses, kalau nak cepat, bayar lebih. Masa siap adalah 7-10 hari bekerja:). Utk kes aku ni, mmg sgt sempat, dan aku dah bayar pun deposit. Ni design latest aku:


Colour gelap kan? Sbb org print suh wat CMYK. Thats y la. Yang atas tu RGB, so colour nek. Huuu..Takpa, next entry, aku upload lak hasil print k. Hopefully semua ok. Dah banyak kali aku cek maklumat dalam ni.

**********************************************************************

Kad kahwin aku dah siap!! Mmg mengikut masa yang dah dijanjikan iaitu 7 hari waktu bekerja. Bila dikira2, diorang print xtra 270 keping, alhamdulillah....aku xsure la samada memang macam tu or promotion ke pe (if korang print nt n xdapat macam aku, jgn salahkan aku ye..hihi). Tapi envelope ngam2 500, so kena ar beli envelope sendiri ye, beli kat MYDIN, 100 rm3.90 sahaja. Kad dah siap lipat dan masukkan dalam envelope dah pun. Bantuan dari ibu aku, kalau nak harap aku, mesti lom siap lagi tu:) Apapun, alhamdulillah, setakat ni, sempat la nak edar kad sbb kad sampai awal pada masanya:)))

Malas nak kaburkan maklumat..hihi..
Ok, nampak tak kad aku tu berkilat? Itulah Finishing kilat, benda tu la bila aku tanya kat kedai, jadi mahal. So setakat ni harga kat kad borong tu memang murah. Untuk quality warna, finishing semua aku puas hati, kemas, cuma untuk saiz tu lari dari saiz yang aku nak, rupanya bleed diorang adalah 5mm, agak besar aku rasa, thats y kad aku jadi kecik. Its ok, pengajaran utk aku dan syarikat ni. Syarikat ni kena xplain details saiz kat client, sbb as client aku xtahu proses printing mereka, yang aku tahu, aku design ikut saiz dalam web sahaja. Dan aku sebagai pengguna, kena lah tanya details, contoh, bleed mereka berapa mm kan?? Ok lah..itu saja setakat ni. Kad dah siap, turn goodies pulak. Goodies brown paper tu ada sedikit perubahan dari segi pembungkusan, ibu aku xsuka leper. So, ikuti cerita aku dalam ruangan GOODIES BAG:)

Saturday, September 7, 2013

Aku keras hati?

Mula2 aku pelik gak napa tiba2 je budak ofis mate aku ni tanya macam2 kat aku. Mula2 tanya camana jumpa tunang aku. Aku pun citer ar dari A-Z. Then tanya camana couple? Aku citer ar bla3..lepas tu tanya lagi, ada tak masa aku couple ngan tunang yang wat aku nangis melampau..hurm..aku cuba ingat dan ingat lagi. TAK ADA. Cuma yang paling aku ingat, time aku menangis sampai kurung diri dalam bilik adalah bila aku ada masalah berkaitan ngan assignment aku. Assignment aku kena curik ok? Ha, yang tu aku rasa frust. Actually bukan sekadar assignment je wat hati aku pedih, banyak lagi bab lain, bila dicampur2, tu yang aku luah semua melalui tangisan. Huu..tapi, napa u all tanya????? Rupanya.....

Diorang nak jadi macam aku. Sebb diorang tengok cara aku ni macam semua benda OK saja. Tak nampak aku nangis. Waima, masa iftar tempoh hari, biasalah, bila kita nak minta maaf, kadang2 rasa terharu, n mata mula berair. Tapi diorang tgok aku rileks je. N sepanjang hidup aku masa hari raya, TIDAK AKAN aku menitiskan air mata aku masa bersalam ngan family mohon maaf. Sebb pada aku, time tu adalah waktu utk kita happy? Lagipun, setiap kali aku ada wat salah, aku akan terus minta maaf. Ok, cara org lain2 kan? Itu cara aku supaya hari raya aku dan family tidak diselubungi kesedihan?

Dan penerimaan aku bila ayah aku meninggal dunia pada tahun 2009. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih?? Ayah yang jaga aku dari kecik? Ayah yang bagi aku duit bila aku minta? Ayah yang tegur aku bila aku wat silap? Jadi xmungkin aku tak rasa sedih. Kalau tak ada perasaan tu, memang pelik. Cuma, aku cuba kontrol diri. Walau sedih macamana pun, aku tetap bersyukur, sekurang2nya, ayah meninggal dalam keadaan jenazahnya sempurna tak ada cacat cela. Sesetengah orang, ada yang sampai hancur, malah ada yang xjumpa jenazah orang tersayang, lagi kesian kan? Jadi, kenapa mesti meraung? Sekurang2nya, ayah boleh berehat, tak perlu lagi fikir masalah duniawi lagi? Akan datang, aku pun akan 'pergi' jugak? Beza kalau kita fikir, 'kenapa ayah pergi time ni?' 'aku kesal sebab........'..well, agak2, bila masa yang kita bersedia nak terima pemergian orang tersayang? Tak ke kalau fikir macam tu wat hati kita sakit? Aku tak suka hati sakit. So, cara nak wat hati xsakit, fikir side yang sebelum tadi.

Macam tu jugak dengan orang2 yang kita sayang. Kita kena tahu, diorang manusia macam kita. Diorang ada waktu2 expired. So, nak tak nak, ready atau tak, kita kena terima. Cuma aku sentiasa berdoa moga diorang pergi dengan sempurna macam ayah aku. Dan, moga mati kami sentiasa dalam Islam. Itu dah cukup wat hati aku tenang. Siapa yang tak nak kan orang yang kita sayang pergi macam tu? Tapi aku sentiasa percaya, Allah xkan biar kita sorang2 hadapi benda tu. If xda ibu, kita ada kakak, if xda, kita ada adik, atau kawan2, atau siapa saja yang Allah akan bagi teman kita kat dunia ni. Lagipun, rasa sedih, rasa sunyi tu sementara je kan? Sebb dunia ni pun sifatnya sementara. Jadi kenapa nak sentiasa sedih? Kenapa nak sentiasa takut?


Then diorang cakap, antara ayah dan mak, diorang lebih sedih kalau mak yang pergi sbb mak adalah orang yang paling rapat dengan diorang. Hurm, ok, itu pendapat masing2. Macam yang aku cakap tadi, bersedia atau x, PASTI kita akan kehilangan orang yang kita sayang suatu hari nnt. Kan? Sedih? Memang, semua orang sedih kehilangan.

Tak sangka betul aku yang diorang ni admire kat sikap luaran aku yang satu ni:)..diorang tak tahu ke, sebelum diorang keje, aku ada satu matlamat, nak ubah supaya aku peka ngan orang sekeliling:)..dorang pun sometimes kena tempiasnya. Bila aku tegur kesilapan diorg dalam keje, hati diorang terguris. Dan aku wat muka macam tak ada apa yang jadi. Aku fikir, sampai bila agaknya aku nak jadi keras macam ni? Bila bercakap tak fikir perasaan orang? Aku tak kan buang semua kekerasan aku ni, cuma ambil inisiatif bersederhana dan cara penyampaian yang xmengguris hati sesiapa. Kalau lembut sangat pun payah jugak kan? 

Pada aku, apasalahnya kalau kita menangis? Kan bagus? Cuma, lepas menangis tu, teruskanlah hidup. Jangan stay kat satu tempat je. Sebab, yang boleh bantu kita adalah diri kita sendiri. Tak perlu nak jadi keras hati, membenci..sbb semua tu hanya wat hati sakit n pedih.