S KAD KAHWIN ~ DIARI Online

Sunday, September 15, 2013

KAD KAHWIN

Assalammualaikum semua:)

Hari ni aku nak cerita pasal kad kahwin lak. Sebenarnya kad kawin ni dah lama aku design, sbb nak bagi kat org kwsan umah aku (xtau jawatan apa), nak booking tempat parking utk aku n kakak aku kawin nt. So nak xnak kena ar print sample utk bg kat dia. Dengan hati terbuka, aku bagi ar kad yg konon cantik tu utk ibu aku tgok. Niat dihati nak gak la dapat pujian dari beliau. Huuhu. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Muka moody beliau mula kelihatan sbb aku tak letak nama dia n ayah aku. Alamak..memang kesalahan besar tuh. Tapi tak pa, aku terangkan ar kat ibu, kad tu just sample je utk org parking tu. Memang banyak kesalahan yng aku kena cek balik nt. Tapi ibu masih xsetuju, biasalah kan, bila dah ada 1 kesalahan, dia selit ar lagi satu, dua tiga. Dia tanya, mana tepak sirehnya??????? Alamak..tu modern kad la ibu..........

Design 1 : Kene rejek..huuu. Maklumat dalam kad ni aku ubah 90%
Ibu moody, aku moody, terus aku masuk bilik tido (standart dari kecik sampai beso tunjuk protes dgn menidurkan diri), walaupun masih awal. Semua gara2 kad kawin yang xcantik tuh. Akak aku balik keje, dia pelik napa la aku tdo awal sgt. Aku dgr perbualan dia dan ibu pasal kad kawin tu. Tengah merajuk, mana leh lena tido, statik keras macam batu, mata berkelip2 tengok dinding..huh..

Aku ada la melawan ibu, agaknya sbb jiwa seni yang tak boleh dikritik hasil kerjanya kot. Dua tiga hari aku fikir, akhirnya aku decide, tak pa lah, ibu nak yg terbaik, so aku design yang baru. Dan aku letak TEPAK SIREH. Tema aku bukan modern lagi dah, contemporary okeyyy, tradisi+modern+kiut miut.. Hihi..Akhirnya, SIAP! Aku design guna A.I..guna vector download je ni, ubah2 sikit, jadi lah cenggini.

Design 2 : aku masuk element tepak sireh disitu okey..proceed..Maklumat dalam kad ni aku ubah 90%

Sebelum design kad, aku kena tahu detail ini :
Sila semak Nama Ibu Bapa Pengantin
Sila semak Nama Pengantin
Sila semak Tarikh, Hari & Tarikh Islam
Sila semak Alamat Pengantin
Sila semak Ejaan & Huruf (A-Z)
Sila semak nombor (0-10)
Sila semak bahagian pelan lokasi kedua belah pihak
Sila semak MATERIAL (warna kad & warna cetakan)


Tapiii, bila tengok design no 2 aku tu, agak2 dpt x harga 15 sen 500 pcs, artcard kilat full colour? Huuu..sebb aku tgok2 kat blog semua bagai, paling murah 40sen. Nak murah, kena guna 1 colour ar, pastu tukau material lebih murah. Hurm..xpa2, kang aku story bila udah print. Rasa nak p pudu kat LH Creative sbb aku tgok ramai blogger yg suggest tempat tu. Cuma, xda yang mention if design sendiri punya harga. So aku kena survey sendiri la.

***********************************************************
Hurm..ok, aku dah p LH Creative seperti yang digempar gempurkan dalam dunia blogger, hihi, hurm..xdapat harga yang aku nak. Dan bila aku tunjuk design aku tu, dia bg harga 80sen..erkkk.. N aku tanya lagi, if aku wat tulisan warna hitam je tapi guna material paper colour, red cthnya, rm1. Erkk.. Aku tanya A, dia jawab A..sahaja..full stop. Camana ni dik? Servis out. Then aku tanya, ada tak kad kahwin harga 30sen kebawah (nak 15sen sbnarnya..harapan), dia tunjuk kad paper biasa tulisan black, harga 30sen. Hurm..xpalah~

Then aku research lagi. Akhirnya, aku jumpa laman web ni, http://kadborong.my/
sebab, dia ada harga khas utk ini >>

Bila aku view, ada senarai harga yg dia letak ikut size yg kita nak. MEMANG MURAH, mungkin ada lg murah, nt p search k:) So, memandang aku nak harga laaagi murah, aku pun tukar design ikut size dan harga mengikut bajet aku.

Size : 6" x 4" 1/2 lipatan , Full colour , Art card Uv Varnish (kilat) , 500pcs , RM0.33 per pcs , free envelope , kos penghantaran RM15 = RM180!!!!

Sgt berbaloi kan?? Kos penghantaran tu jgn kira, sbb sama gak if aku p PUDU, duit minyak lagi, tenaga lagi plus if 2,3 kali p sana? Pastu nak p amik sendiri lagi? Cuma, if nak harga macam ni, jgn last minit lah ek, sbb standart printing proses, kalau nak cepat, bayar lebih. Masa siap adalah 7-10 hari bekerja:). Utk kes aku ni, mmg sgt sempat, dan aku dah bayar pun deposit. Ni design latest aku:


Colour gelap kan? Sbb org print suh wat CMYK. Thats y la. Yang atas tu RGB, so colour nek. Huuu..Takpa, next entry, aku upload lak hasil print k. Hopefully semua ok. Dah banyak kali aku cek maklumat dalam ni.

**********************************************************************

Kad kahwin aku dah siap!! Mmg mengikut masa yang dah dijanjikan iaitu 7 hari waktu bekerja. Bila dikira2, diorang print xtra 270 keping, alhamdulillah....aku xsure la samada memang macam tu or promotion ke pe (if korang print nt n xdapat macam aku, jgn salahkan aku ye..hihi). Tapi envelope ngam2 500, so kena ar beli envelope sendiri ye, beli kat MYDIN, 100 rm3.90 sahaja. Kad dah siap lipat dan masukkan dalam envelope dah pun. Bantuan dari ibu aku, kalau nak harap aku, mesti lom siap lagi tu:) Apapun, alhamdulillah, setakat ni, sempat la nak edar kad sbb kad sampai awal pada masanya:)))

Malas nak kaburkan maklumat..hihi..
Ok, nampak tak kad aku tu berkilat? Itulah Finishing kilat, benda tu la bila aku tanya kat kedai, jadi mahal. So setakat ni harga kat kad borong tu memang murah. Untuk quality warna, finishing semua aku puas hati, kemas, cuma untuk saiz tu lari dari saiz yang aku nak, rupanya bleed diorang adalah 5mm, agak besar aku rasa, thats y kad aku jadi kecik. Its ok, pengajaran utk aku dan syarikat ni. Syarikat ni kena xplain details saiz kat client, sbb as client aku xtahu proses printing mereka, yang aku tahu, aku design ikut saiz dalam web sahaja. Dan aku sebagai pengguna, kena lah tanya details, contoh, bleed mereka berapa mm kan?? Ok lah..itu saja setakat ni. Kad dah siap, turn goodies pulak. Goodies brown paper tu ada sedikit perubahan dari segi pembungkusan, ibu aku xsuka leper. So, ikuti cerita aku dalam ruangan GOODIES BAG:)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.