S 06/01/2010 - 07/01/2010 ~ DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 10, 2010

TAKNAK SEDIH



Assalammualaikum semua:)

Dekat sebulan ayah xada..mula2 aku dapat terima..masa jenazah ayah dibawa kerumah aku pun aku masih tenang..cuma kalau aku tgok wajah ayah yg pucat, kaku, sejuk, keras ditambah pulak baju dan kain pelekat terakhir yang ayah pakai wat aku sedih..so, sepanjang malam aku jaga jenazah, tapi dalam keadaan muka dan seluruh badan ayah ditutup..sampailah saat ayah dikafankan..cuma muka aja yang dibiarkan terbuka untuk tatapan terakhir keluarga, sanak saudara dan yang lain-lain..sebelum muka ayah ditutup sepenuhnya, kami sekeluarga diminta cium arwah utk kali terakhir..masa tu aku tahan sebak, aku berusaha untuk tenang, aku xnak orang lain tgok wajah sedih aku sebb pada aku wajah sedih aku ni sgt hodoh..jadi xsesuai untuk ditonton sesiapa sahaja..dan aku berjaya..lainlah sebelum ni, masa aku jaga jenazah sepanjang malam, aku mengaku aku menangis sdikit (tapi bukan depan orang..ego kan aku ni?) sebb teringat suara ayah yang sangat lantang tu, tapi sekarang bila aku tgok wajah ni, dah xada suara tu lagi..

Untuk ke tempat pengebumian, kami gerak berasingan..aku bersama abang ipar..nak dijadikan cerita abang ipar aku tak tahu jalan ke kubur..aku pun memandai-mandailah dan akhirnya kami sesat..aku berdoa pada tuhan agar aku sempat tgok ayah dikebumikan..mujur sempat..masa tu pun diorang dah angkat jenazah ke dalam liang lahat..macam xpercaya..tapi aku masih tenang..aku xkan menangis depan orang ramai..

Bila ke kelas, aku berusaha supaya kawan2 xnampak kelemahan aku..aku berlagak macam biasa..aku sedikit berjaya..tapi kerja-kerja yang aku buat sekarang sedikit mengecewakan..aku pernah cakap dekat kakak masa ayah masih ada..aku cakap,'kita kena jumpa ayah..mungkin sebb benda ni kita xrasa tenang..)kata aku masa aku sangat serabot dengan kerja-kerja yang melambak..lepas buka puasa dengan ayah..bila balik aku rasa ada semngat sedikit..

Aku dah lost..sejak diploma aku dah lost..tapi aku teruskan juga..bukan sebb sesiapa sebab ada dorongan dan semangat ayah yg nak aku berjaya..sekali lagi aku berjaya..aku berjaya habiskan diploma..alhamdulillah ayah sempat tengok aku berjaya..ayah sempat tgok gambar aku amik sijil tu..aku sempat peluk ayah..aku pernah cakap dekat seorang sahabat aku bila dia xnak datang konvo tu..aku kata 'datang lah..mana tahu nanti mak ayah kita xsempat nak tgok kita ambil sijil tu? kalau kau nak tunggu masa degree, mana tahu kau kecundang atau pun kau xsempat nak ambil? kita xtahu masa depan..masa ni lah kita nak membahagiakan diorang?' dan....mujur aku sempat wat ayah dan ibu aku bahagia walaupun result aku xseberapa berbanding kawan2 yang lain..

Dalam family, aku dikenali sebagai seorang yang xada perasaan..haha..selama hari raya dalam hidup aku, xpernah kalau bersalam, aku akan menangis..sebak aku diorang xtahu..pada aku, memadailah kalau setiap hari kalau aku buat salah, aku akan terus minta maaf kat diorang..diorang akan ketawa bila tiba giliran aku..ayat yg aku akan ckp hnyalah perkataan ini 'Angah minta maaf zahir dan batin'..perkataan ini diulang hingga pada org yang terakhir..kui3..Angah bukan xada perasaan..mana boleh..Angah bukan robot..haha..apasalahnya jadi hipokrit kadang2..tapi aku bukan sekuat tu lah..kekadang tu hanyut jugak..tapi sorang2;p

Tulisan ni bukan nak kata aku ni sangat hebat atau nak bagitahu korang kalau aku punya result xbagus, semuanya berpunca daripada masalah ni (haha)..tapi kekuatan aku ni mungkin juga berpunca aku sudah bersedia sedikit semasa arwah ada..aku pernah cakap dekat seorang sahabat aku..aku kata..aku sudah bersedia andaikata ayah dan ibu aku pergi dulu dari aku..tapi diorang xfaham sebb diorang kata aku seolah-olah mendoakan..bukan itu maksud aku..dan akhirnya tanggal 3 sep 2010, ayah betul2 tinggalkan aku..mungkin itu yang membuatkan aku sedikit tenang..itulah maksud aku sebenarnya..ayah pun tentu xnak tgok aku meraung sebb dia akan menjadi lebih terseksa di sana..mereka2 yang berada disekeling kita bila2 masa akan meninggalkan kita..sebab..hakikat yang dipinjam pasti suatu hari nanti akan dipulangkan kepada PEMILIKNya..aku pun manusia biasa juga..sometimes aku perlu berfikir macam tu supaya aku tidak merasa sedih yang teramat..sedih kehilangan orang yang sangat hampir dengan kita, yang kita sayangi itu sangat tidak menyeronokkan;)

Dan hari ni..aku harap benda ni semua xpatahkan semangat aku (walaupun sekarang ni work2 aku dah hilang kesenian)..harap2 semua tu sementara..aku nak habiskan belajar..sebab tinggal lagi satu sem ja!!!!adoiii...bertahanlah...haha..ditambah pulak bila wujud sorang kawan aku yang sgt....entahlah xtahu nak cakap..aku akan simpan envelop coklet tu..bila2 kalau rasa macam malas, aku akan amik envelop tu..hahah..terima kasih..aku xnak sedih2 sebb sedih ni wat muka aku huduh..SEKIAN..

Wassalam