S 04/01/2011 - 05/01/2011 ~ DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 25, 2011

Nak habis belajar!!

Semester ni. Tahun ni. Aku rasa bukan semester dan tahun yang bertuah untuk aku. Pertama, ujian
memandu aku, fail, kedua hidup aku hura-hara, ketiga pelajaran aku ntah apa2. Semua serba tak kena. Semester ni adalah semester terakhir aku. Jadi masa nak start sem baru, aku penuh semnagt untuk habiskan sem ini dengan jayanya dengan menghasilkan work2 yang bermutu tinggi. Sebelum start sem baru lagi aku dah pilih tajuk untuk aku buat kajian.

Depan semua lectera dengan yakin dan bangganya aku present tajuk aku, mula2 diorang macam xyakin aku boleh buat sebab tajuk aku ni susah. Tapi agaknya bila diorang tengok kesungguhan aku, tu yang diorang terima kot;). Then, aku buat work aku dengan bersungguh-sungguh. Untuk presentation pertama kami kena produce 4 keping gambar. Sampai giliran aku, macam biasa aku dengan yakinnya berkata-kata. Then diorang komen, kritik dan sewaktu dengannya. Aku mula pening dengan work aku. Episod tidak bertuah pun bermula.

Aku jumpa lectera lain untuk tanya pendapat mereka, mereka mula bercakap, aku dah pening, lectera kedua pun bercakap jugak, aku bertambah pening. Kemudian aku jumpa supervisor aku, aku minta pendapat dia, tapi apa yang dia cakap macam tidak capai apa yang aku nak, aku tak faham. Kemudian aku jumpa ex-bos aku, dia buat advertising, relate dengan apa yang aku nak buat, sebab dulu dia pernah kata, kalau perlukan bantuan, jumpa dia. Then aku pergi jumpa dia, dia komen, tapi masih atas angin. Soalan aku seolah tidak berjawab, cuma menambah beban di atas kepala.

Lighting studio jangan cakaplah, asyik muka aku je yang pinjam. Tapi hasilnya tetap tidak memuaskan hati dan tidak meyakinkan aku seperti sebelum2 ni. Sebab, walaupun aku tidak lah bagus mana, tapi bila aku suka dengan apa yang aku buat, walaupun tidak sehebat mana, aku tetap akan yakin dengan work2 aku. Tapi kali ni tidak...serba tidak kena. Adakah kerana tajuk aku? atau pemilihan supervisor aku (orang yang akan membimbing aku)? atau genre pilihan aku? Entahlah. Bukan tidak usaha tapi semua tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Puncanya satu, sebab aku terlalu sibuk berfikir tentang 'Adakah orang akan faham imej aku'. Sebab tu idea aku terus stuck, sebab aku merasakan diri ini tidak bebas untuk berkarya. Then bila rasa tidak bebas, aku tidak ada jiwa berkarya. Then bila aku paksa untuk berkarya, terhasil lah karya yang macam SAMPAH~~

Kali kedua presentation kami kena produce 4 keping gmbar lagi, tapi aku tak datang, walaupun aku dah siapkan 4 keping gambar tu, tapi aku rasa lost. Hilang 10 markah..huhu.. Kali ketiga presentation, dengan tidak yakinnya aku produce 12 keping gambar. Yang peliknya semua lectera diam, dan ada sorang lectera tu wat muka, muka macam work aku ni adalah work yang sangat teruk. Adoi..mulanya aku ingat nak buat lagi, tapi aku dah tak ada jiwa langsung nak buat work yang baru. So, biarkan lah 12 keping tu. Aku dah tak nak buat lagi dah. MALAS, KECEWA..semua perasaan ada. Yang pasti sekarang, aku dah tak sabar nak habis belajar....