S DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, March 3, 2010

BILA TERFIKIR

Assalammualaikum semua:)

mlm2 mcm ni bila terfikir work2 yg menimbun, work2 yg bila dah buat bnyak kali pn still xok n ada yg kena reshoot pulak, hati yg xtenang, celik mata aja muka berkerut seribu..hati memg mengamuk yg bukan2..perangai jgn ckaplah..serba xkena..kawan2 xtau lah terasa ka tak ngan aku yg kdg2 terlepas ckp ni..bila terlepas ckp aku rasa ringan beban walaupun hnya untuk seketika..n aku xfikir perasaan org lain pn..bila dah berlaku mula nak berfikir..


mlm2 ni buat aku terfikir..mungkinkah kerana aku seorg yg degil dgn ibu dan ayah??sebb tu pmbelajarn aku xberkat kat sini..xtenang..idea pn susah nak dapat..aku seorg yg sngat degil tentang beberapa perkara..aku xsebulu dgn ayah..apa yg dia ckp aku akan lawan..lawan aku bukan lah dengan kata2 yg kurang ajar..lawan yg aku maksudkan adalah aku hnya berdiam diri..apa yg dia halang aku akan buat keesokan hari..lg sekali aku dimarahi..aku tetap akan diam..dan keesokanya aku ulang perkara yg sama sehinggalah ayah mengalah..bukan mengalah kalah, tapi mungkin mengalah untuk beri aku masa utk berfikir sendiri??atau ayah dah malas nak ambil tahu tntg aku........mungkin cara ayah xkena dgn cara aku..suara ayah yg kuat tnpa disengajakan itu membuatkan aku lebih ingin memberontak..aku xboleh terima segala yg ayah ckpkan..lebih tepat, masalah komunikasi..sebb tu agaknya hidup aku xberkat??


dengan ibu.....erm..aku dan ibu jarang ada masalah..sebb ibu seorg yg pendiam mcm aku..kalau aku ada buat salah ibu akan tulis surat dan letak dalam bilik aku tnpa pengetahuan aku..setakat ini, aku dah dapat 3 pucuk surat dari ibu..aku xmengendahkannya..erm..ibu juga seperti ayah yg lebih selesa melihat tindak tanduk aku dari jauh...aku tahu hati mereka tentu sedih bila lihat aku yg suka memberontak...

dgn kakak...pernah sekali aku ada buat salah..salah yg memg salah aku..2 hari xbertegur..one day dia tegur aku dulu n baru aku mula bercakap..aku mmg nak minta maaf tp.....dan dah berbulan benda tu berlaku dan sampai sekarang perkataan itu xkeluar dari mulut aku...erm...aku bermasalah bukan dari segi kehidupan sosial melampau...masalah dari segi sikap.............

benda2 ni yg buat hidup aku xberkat......so....berubahlah...hargailah keluarga emas awak sebelum awak berseorangan....


Wassalam

Tuesday, March 2, 2010

LAMPU TANDAS OFF

Pelakon utama : Aku, Inda, Den Leopaz


Kejadian : Tandas stesyen minyak



Assalammualaikum semua:)

Kejadian berlaku pada hari ini (tak ingat pukul berapa, may b dalam pukul 9 malam) di sebuah tandas di stesyen minyak yang terpencil. Tak dalah terpencil sangat, just jauh dari orang sikit.



Hbs je cari barang nak shoot esok kat Tesco n Plaza Alam Sentral, Inda ajak aku p makan kat kedai yang berhampiran. Lepas je oder, perut meragam lak nak p toilet. Tapi toilet area kedai tu xda lampu, gelap, so aku decide ar nak p toilet stesyen minyak area situ gak, cuma jauh sikit la. Tak pa la, janji ada lampu. Part yang paling best, tandas pompan ditutup, dia bukak tandas laki je. Mungkin malas nak cuci kot. Tengah melaram dalam tu, tetiba lampu padam. Adui, gelap gile ok. Aku xjerit, aku diam je. Masa tu mmg xfikir dah hantu ke pe. Tetiba teringat ada kisah pompan kena rogol ramai2 kat toilet stesyen minyak. Alamak~~





Dah lah stesyen ni tak ramai orang. Pekerja dia pulak duduk dalam opis tu je. Macamana nak buat ni. Kepala aku dah ligat fikir macam2. Kang kalau aku redah je kuar, tetiba ada geng2 ke kat luar tu? Then aku nak tuduh semua tu camana? Gelap, xleh nak cam muka. Dan kalau ada DNA pn, perkara tesebut akan buat aku trauma. Kalau mati pun, smayang aku lom sempurna lg..Haaa..x-trim kan aku fikir?? Terus aku ingat kat inda, aku call dia suh dtg kat aku. Boleh pulak dia sesat. Aku rasa macam lama gile duduk dalam tu. Tengah takut kan. Akhirnya aku diselamatkan oleh inda. Pekerja yang tutup lampu tu sengeh je tengok aku sambil cakap, ' pakcik ingat xada org tadi ' huh!



Wassalam


Friday, February 19, 2010

KAMI LARI TANPA HENTI~~

Watak utama: Aku, Inda dan Wani
Watak jahat: Yang tak dikenali



Assalammualaikum semua:)

Hari ni aku n kekawan ke kl utk wat assignment. Sampai je kl kitorang terus p petaling street untuk cari subjek sesuai untuk assignment masing2. Biasalah, kalau dah berjalan kat petaling street, melilau la mata ni dok tengok barang yang cantik2. Aku terpedaya, terbeli la topi untuk org yg aku sayang tuh. Jalan punya jalan, kitorang sampai kat satu lorong. Cantik tempat tu, berseni. Alang2 dah sampai, kitorang pun amik la gambar. Lorong tu sunyi je. Tapi takpa, kami bertiga, apa nak takut kan?


Aku ralit amik gambar, tak perasan budak dua org tu ngah kalut kat belakang aku sbb diorang nampak 'sesuatu'. Inda terus panggil aku suh tinggalkan tempat tu. Dah aku tak faham, reaksi aku ni lambat sikitlah kan, inda terus tarik tangan aku. Kalut jadinya. Kejap2 diorang pandang belakang sambil jalan laju2. Aku tengok2 gak lah belakang, tapi tak ada apa2 pun. Bila dah sampai tempat yang ramai orang, diorang citer ar kat aku, rupanya ada orang ikut kami dari petaling street lagi sampai la kelorong tu. O..rupanya..



Masuk je petaling street, kitorang seberang jalan, masa tu aku nampak gak la laki yang dimaksudkan, tapi dari jauh je lah. Kitorang menyorok belakang tiang besar. Inda curi2 amik gambar laki tu. Bila rasa selamat, kitorang seberang jalan lagi. Tiba2, dua orang ni p lari masuk dalam kedai kasut, tinggalkan aku terkontang-kanting tengah jalan. Mujur la bukan jalan utama. Tapi kalau ada motor, habis aku. Kurang asam betul. 

So, nak patah balik tak boleh, aku terus je lah seberang jalan. Dari jauh aku tengok ar inda, n wani suh aku p kat dorang. Rupanya, lelaki tu ada belakang aku okeyyy! Aku tengok belakang, part paling best, aku xcam pun muka laki tu!! So cepat2 ar aku lari kat diorang. Fuhh~~aku dah mula berdebar~~



Sampai je kat diorang, jangan kata maaf, diorang leh sambung lari. Aduhh, dah macam men polis sentri dah ni. Aku kejar ar diorang pulak. Dari Kotaraya ke Central Market, kitorang lari tanpa henti dan tanpa jalan perlahan. Lari dan lari macam citer hindustan. Sampai je kedai makan, aku oder sirap limau. Tapi yang sampai SIRAP TAK DAK LIMAU. Fuh..hangin satu badan. Dah ar berderbar tak hilang lagi~~

Mulanya rancang nak ke balai polis, tapi gambar yang inda amik tu xclear, pastu gambar belakang je pulak tu? Kang polis tu kata kitorang reka citer pulak. So kitorang p la KLCC nek tren. Sudahnya, assignment ke mana, penat je lebih.



Apapun, mujur tak jadi apa2. Dan mujur bukan sorang2~~


Wassalam..