S DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, February 27, 2014

KERAS HATI 2

Again aku dapat nama jolokan 'keras hati'..well, apa sebenarnya keras hati tu ek? Sebab aku ni jarang menangis ke? Or sebb muka aku ni xberperasaan???

Tak, aku bukan macam tu, cuma aku sorok perasaan sebenar aku. Seronok ke kalau kita marah, kita marah berbulan2? Umur aku dah meningkat, kalau dulu tu, ya, marah berbulan2, berapa ramai kawan baik perempuan aku yang aku dah tak berhubung, gara2 terlebih emosi..perempuan, tak boleh tgok dia rapat ngan orang len, leboh dari kita, mulalah wat perangai..tapi kesan pedihnya hati ni, lama kot. Sedangkan kawan aku tu dh move on dah, yang aku ni?

So, sikitdemi sikit aku belajar, how to handle myself, lebih2 dari segi emosi..manusia ni, kalau kita turutkan sangat emosi, parah jadinya..contoh, kalau ada benda yang menyakitkan hati (aku pun manusia, pasti sometimes ada terasa, bukan manusia yang digembur2 sebagai manusia yang tidak berperasaan..wujud ke?)..caranya, aku mendiamkan diri, muka memang kerut seribu, bila malam, aku akan fikir balik hal yang berlaku hari ini, so apa yang aku akan buat supaya problem tu xkan berlaku lagi. Sometimes, benda yang berlaku bukan salah aku, tapi still, guna pendekatan yang sama, fikir supaya problem yang itu tidak berlaku lagi. So, esok pagi, aku datang dan buang masalah jauh2. Sebab itulah aku digelar seorang yang keras hati dan tidak berperasaan.

Tapi, series, bila aku buat macam tu, aku rasa tenang je, xmacam dulu, kalau tiga hari aku masam muka, 3 harilah masalah tu ikut aku. Pada aku, jadi keras hati tak salah, cuma jgn terlalu sgt. Semua sikap yang Allah beri pada hambanya, pasti ada sebab, bersederhana serba serbi itu lebih baik. Itu yang aku praktikkan..tak guna kita nak menegakkan kebenaran kalau pihak yang sebelah sana tak boleh terima. So jalani hidup seperti biasa, janji kita dah sampaikan apa yang kita nak..


Percayalah, hidup ni macam roda, apa yang kita rasa, orang akan rasa. Sebelum ni aku rasa keseorangan sbb aku tak habis2 dipersalahkan, tapi aku bangkit, aku tak mengalah, may be ini namanya keras hati, aku tak kisah ornag nak maki aku depan seramai mana pun, or nak caci aku sebanyak mana pun, aku BOLEH, memang aku MAMPU hadapi benda2 tu, just usaha supaya xdown, itu je. Sejak kecik, memang sikap aku macam tu. Tidak kisah apa orang nak kata, tapi improve lah sikit2. 

Manusia dijadikan untuk sentiasa berlajar menjadi lebih baik. 



Sunday, February 9, 2014








Tuesday, December 17, 2013

BUNGA MANGGAR

Huhu, mesti korang ckp, bunga manggar pun nak citer, siap ada coloum khas utk dia saja lagi. Series, time korg kawin nanti, nak2 macam aku, semua nak cepat, aku wat bunga manggar ni pukul 2 pgi ok! Padahal wedding lagi seminggu, time tu suma dah tido, sapa nak tolong?

So aku search interner, memang xda citer pasal manggar ni, tgok imej, yang aku tgok, ada yg pakai betik, pendek kata, sedang elok bulat je benda tu, masalahnya aku punya bentuk petak?? Ha, so aku nak kongsi ar cara pasang bunga manggar ni. Mesti ada yang search punya nanti. Hahah.

Bunga manggar tu kami beli siap pasang kat lidi, malas nak pasang (DIY bunga telor rajin lak..hampeh)..yang batang kayu tu aku amik guna mop umah n penyapu, hihihi, xkan nak beli kot semata2?? Jimat..So, meh aku kongsi gambar bunga manggar aku tu k..

SLIDE SHOW SAVE THE DATE

Tinggal seminggu je lagi. Emosi ni rasa xmenentu. Tetiba rasa macam xready nak kawin. Haih, hasutan kot. Sebab tu agaknya Allah rancang majlis aku sekali ngan akak aku, so bila aku rasa macam ni, nak xnak kena teruskan. Kalau x, aku rasa masih bertangguh lagi ni.

Semalam, aku buat slide show utk aku post kat fb, maklumlah zaman teknologi ni, semua jadi mudah. Kad kahwin aku dah bagi, cuma ada yang tertinggal tu, tak sempat nak jumpa, so inilah caranya. Lagi satu, memandangkan kad kawin aku tu jenis mini, takut pulak ada yang lupa tarikh tu. Hurm..sebenarnya aku risau gak ni, tarikh aku tu macam wat org confius je, 21.12.13..confius ke?? Baru2 ni bos aku tanya aku tanya aku wat sabtu or ahad sedangkan aku dah inform dia dah, siap tampal kad aku kat opis lagi. Haih, bahaya..

Takpalah, mana yang free tu leh dtang. Aku dengar, ramai yang wat majlis tarikh tu, aku pun tak tahu kenapa. Tarikh tu tunang aku yang pilih. Oklah, ni slide show yang aku buat sendiri. Sesiapa yang nak macam ni, aku cas rm30 je. Leh bank in deposit rm20. Lepas siap, bayar full la. Sempat wat bisnes. Memandangkan sekarang ni inflasi menjadi2, jadi gunakanlah kepandaian yang ada tu sebaiknya.


So inilah hasilnya, original idea dari aku. Simple je, korang pn leh wat sendiri, lagi jimat dan lagi puas hati dan lagi cantik. Hahahah

Monday, November 11, 2013

HANTARAN

Hantaran..hurm..tadi p kenduri kat putrajaya, cantiknyalah hantaran dia. Tak sangka betul, itu hasil tangan seorang LELAKI ok. Lelaki tulen lak tu. Mula la aku rasa rendah diri. Mula2 confident nak wat sendiri, tapi bila tengok yang LELAKI itu buat, alamak..mampu ke?? Tak pa, biar aku search dulu..nebessss..




**********************************************


Inilah hasilnya. Semua ni aku buat sendiri dalam 1 hari je ok! Kecuali sireh, aku tak reti hias bunga macam tu;p Hahah..bunga plastik semua hantaran tu aku beli kat maidin, kebetulan sebenarnya p maidin, memang xterfikir maidin ada jual bunga..n murah  pulak tuuu..satu ikat ada 5 kuntum rm2.50..kedai lain aku p tengok rm4. Beza kan??

Alas kain tu pulak harga asal rm9.90 sehelai, tapi dia nak let go, sehelai rm3, so kebetulan ada 7, aku borong suma..jimat dah tu. Bakul tu pulak, kebetulan maidin kat kl tu nak pindah, dia nak let go, harga asal rm4.50, harga let go rm1.50..bila nak kahwin ni, semuanya jadi KEBETULAN..nampak tak? Allah nak tolong hambanya kahwin:))

Sunday, November 10, 2013

TANDA ARAH

Tadi aku n akak aku pegi kenduri kawin kat putrajaya. Mujur la akak aku ni pandai tengok signboard, so sampai la kat situ, dari jauh aku nampak tanda arah pengantin, ye la, putrajaya kan, bersih je mana ada bnyak sgt tanda arah pengantin len, cuma, yang xbestnya, kena dtg dekat baru nampak tulisan, punya lah kecik. So, memandangkan aku nak design tanda arah, aku ada tips nak bagi. Tak perlu la nak modal yang besar sgt. Yang jimat pun dah cantik, janji orang leh baca tanda arah kita tu nanti. Tak perlu nak pakai kanta bagai..hahah..

Ni tanda arah aku:

Tips:
- Pakai font tebal.
- Design dalam keadaan melintang, jadi tulisan tu boleh lah dibesarkan.
- Buatla warna sikit, ni black n white, nampak bosan je. Kalau ada printer sendiri, jimat la sikit, tapi kalau print kat luar tu ada lah dalam rm1.50/per page. Ok lah tu kan? Untuk nampak ceria sikit.
- Letak gambar, mata orang lebih tertarik pada gambar. Kalau nak dibandingkan antara word MAJLIS PERKAHWINAN atau gambar kartun kawin/cincin/dll, mana yang lebih mudah org faham dan tertarik?Mesti gambar. Space pun boleh dijimatkan.
- Gunakanlah ruang sebaik2nya, ni x, dahlah tulisan kecik, ruang putih banyak..adui..

Rasanya itu je yang penting, tapi yang paling penting, selepas majlis tu, p la kutip tanda arah kita tu, jangan buat sampah, xbaik..:))

Sunday, October 6, 2013

GOODIES BAG

Benda yang xsettle2 lagi. Dok survey sana sini. Isi dalam pun xdecide lagi. Aduh..pening2. Benda yang memeningkan bila berfikir banyak perkara, adakah tetamu akan suka, adakah berguna goodies utk tetamu, semuanya tentang tetamu. Betul, ada bagusnya fikir camtu, taaapi, kami ni bukan ada budget besar, so bila fikir tentang hati TETAMU dan BUDGET hasilnya adalah PENING. Jadi, kami kena decide cepat. Elok2 nak bagi tetamu atlest sesuatu, terus xda sbb xsempat.

Nak fikir tang beg jenis apa pun dah amik masa lama?? Nak pakai yg bunga2 ke or standart org dulu pakai ke, or beg kertas pisang goreng ke, or plastik ke, or kain ke, or net ke?? Kami decide guna paper beg pisang goreng sbb murah, taaapi nak kena fikir deko pulak lagi? Pening x? Then kena fikir masa. Jangan lupa tentang masa.

Then isi dalam, memula nak letak cookies, then mushmallow, then bla3....................

Finalnya apa? Aku dah pening sungguh ni. Xpa lah, kang aku snap pic goodies aku bila dah siap. Blurrrrr........

************************************************************************
Akhirnya settle gak hiasan utk goodies. Berminggu jugaklah aku n sis dok fikir camana lah nak buat supaya goodies kami tu nanti nampak cantik walau murah. Bukan apa, aku nak ar bila tetamu dapat je goodies tu dia rasa seronok je. First impression tu kan penting. Manalah tahu tiba2 benda ni jadi satu bisnes utk aku pulak kan??? Hahaha. Biasalah, kalau wat sesuatu, mestilah tak mau sia2 kan. So bawah ni antara beg goodies yang aku rasa menarik sangat. Ada yang pakai print, ada yang guna hiasan banyak2, ada yang main ngan colour. Aku suka gambar bawah kanan , cuma tang daun, tali yang tebal tu, pasti mahal. Kalau mahal, lebih baik aku beli je kotak kawin standart tu, siap ada corak lagi kan? Haa, amacam? Bukan senang nak hasilkan satu karya. Ceh..karya.....


So, inilah hasilnya utk goodies dewasa.

Sengaja aku pakai double sided sbb kalau pakai gam, aku takut nanti kedut2, nak tunggu kering lagi? Jadi yang paling selamat adalah double side. Yang tali tu actually just nak wat sample je, tapi bila dah wat tu, rasa cam menarik, so teruskan je lah dengan idea tu. Yang 21 DIS tu tukar jadi 21 DEC sbb nampak lebih aummm.haha. Ok, goodies aku ni aku wat leper je, xkembangkan macam yg orang len wat sbb, aku nak tindan2 je dalam kotak nanti, so xlah makan space banyak sangat.

Utk ayat terima kasih n bla2 kat bawah tu, aku rasa ralat sikit. Bila dah siap print, dah siap potong, baru idea datang cakap ' kenapa xletak doa rumi kat paper tu, macam kat kad kahwin yang aku design. Doa kawin Nabi Muhammad utk anaknya. Daripada bubuh tarikh, sah2 orang memang dtg tarikh tu. Hurrmmm..so sesapa yg lom wat lagi tu, ni salah satu idea utk anda.

************************************************************************

Brg2 goodies semua dah beli. Mula2 member kata kat chow kit murah, kitorang survey lah, xtahulah samada salah kedai atau apa, harga lebih kurang je ngan kedai borong area rumah. Ada yang sama harga, ada yang mahal, ada yang kurang sikit. So, decide beli je lah, alang2 dah sampai kan. Sebab, time2 cuti ni lah boleh wat goodies, kang bz susah lak kan.



So, aku pun start la wat goodies macam gambar kat atas tu, bila ibu aku join sekaki, dia tanya, NAPA LEPER SGT?? Aku cakap ar, senang nak buh dalam kotak (suka ikut pala sendiri;p)..lepas fikir sedalam2nya, aku decide, ikut cadangan ibu tu, wat molek2 bg lawa. Inilah hasilnya:-


Part yang paling aku suka adalah, susun banyak2 dan letak semua keropok disetiap beg kertas tu. Dan aku tak sabar nak clearkan semua keropok yang ada..huuu..

Goodies Yang Diberi (Budget 50sen x 800) :
1. Keropok coklat saiz kecil (1)
2. Keropok jagung saiz kecil (1)
3. Gula2 dua jenis (2)
4. Sumi (1)
- harga budget sudah termasuk beg, hiasan dll

Cabarannya :
1. Susah nak ikat reben sbb tersalah beli tali saiz besar, lenguh2 jari aku dibuatnya.
2. Bila dah ikat reben, dolly paper jadi kembang ke ats, atas gambar tu kemek elok sebab aku buh soletip. So aku decide stapler dulu baru letak reben, baru kemas sikit.
3. Kertas terima kasih tu kejap2 terbukak, leceh betul, so, kena ar lekat betul2. Nak cepat punya pasal, tu yg jadi macam tu.
4. Bila dah buat, baru terfikir, lawa jugak if stapler je dolly paper tu guna ubat stapler colour, xyah nak reben2, biasa terjadi idea dtg last minit. Tak palah, teruskan je. Bukan pe, if stapler, ibu aku leh tolong, ni guna reben, macam2 gaya reben dia buat:)

Yang ni pulak goodies untuk kanak-kanak.

Yang isi dalam tu lom comfirm lagi. So, inilah hasilnya setelah berfikir berminggu-minggu. Fuh..tarik nafas. Ada lagi 2 bulan. Tik~tok~tik~tok~~~~~


************************************************************************
Puas cari ubat stapler colour, xjumpa, jadi guna yang biasa tu je lah, kang kalo tunggu bila nak siap. Yang ni mudah sbb just masukkan dalam plastik je. Mula2 aku masukkan satu2, then stapler, then susun. Tapi aku rasa cam lambat je..haha..jadi aku pun buat la macam ni ha.


SIAP!! Mula2 macam tadi gak, rajin je susun dalam kotak, lama2 aku rasa cam lambat je, so aku campak je masuk dalam itu kotak!! Wahahha


Goodies Yang Diberi (Budget 30sen x 250) :
1. Sumi (1)
2. Belon (1)
3. Gula2 dua jenis (3)
- harga budget sudah termasuk beg, hiasan dll

Cabarannya :
Tiada, mission complete.haha

                                                                                                                                                                   

Senarai Harga Borong Makanan Ringan!!

Keropok cokelat          - rm4.80 (60 bungkus)
Keropok jagung           - rm4.80 (60 bungkus)
Gula2 Bento                 - rm15 (600 biji)
Gula2 Homark Oren     - rm12.80 (400 free 80 biji)
Gula2 Homark Anggur  - rm12.80 (400 free 80 biji)
Sumi                             - rm6 (100 biji)
Belon                            - rm5.50 (100)

Bandingkanlah harga ni dengan harga borong ditempat anda. Update pada tahun Oktober 2013.

P/s : Make sure semua makanan ringan ni ada tanda HALAL sbb aku perasan ada yang xda logo halal, hati2.

KALAU NAK SAYA BUATKAN PUN BOLEH. CAS HARGA RM1/BEG = TENAGA = KOS LEN2 SO JADILAH RM1 DAN BERGANTUNG PADA PERUBAHAN HARGA BORONG MENGIKUT TAHUN.

Wednesday, September 25, 2013

BUNTING KAHWIN

Aku dah design bunting kahwin. Nak print kat bangi, satu kaki RM1. Aku wat saiz 5' x 2' = RM10. Aku akan print 2 pcs, satu nak letak kat jalan utama sebelum sampai kat kemah, lagi satu nak letak kat kemah. Banner pulak? Hihi..kawan tunang aku sponser. Terima kasih banyak2. Yang itu xleh lah nak cerewet sgt bab design, kami terima dengan hati terbuka:)

Bunting ni aku design letak gambar aku n pasangan, kakak n pasangan. Puas aku fikir, camana nak letak gambar supaya tak serabut dan xnampak rapat sgt, almaklum, belum nikah lagi pun kan..hihi. Tapi lom siap lagi. Tak pa, aku xsabar nak share kat sini. Mana ar tahu, kot2 korang dapat idea nak wat camana design korang kan.

Aku select Design no 3 sbb nak letak gambar ibu aku. Sebb yg dtg nt mst ramai area umah n sedara mara, so bila tgok je gambar ibu, diorang akan kata ' O...anak Pn. ni rupanya, selalu lepak sama ni..' Jadi, aku rasa sedang elok lah tu. Hasil print nya nanti aku akan upload kemudian ok:)

*************************************
Ini lah hasil bunting yang aku design:)


Sunday, September 15, 2013

KAD KAHWIN

Assalammualaikum semua:)

Hari ni aku nak cerita pasal kad kahwin lak. Sebenarnya kad kawin ni dah lama aku design, sbb nak bagi kat org kwsan umah aku (xtau jawatan apa), nak booking tempat parking utk aku n kakak aku kawin nt. So nak xnak kena ar print sample utk bg kat dia. Dengan hati terbuka, aku bagi ar kad yg konon cantik tu utk ibu aku tgok. Niat dihati nak gak la dapat pujian dari beliau. Huuhu. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Muka moody beliau mula kelihatan sbb aku tak letak nama dia n ayah aku. Alamak..memang kesalahan besar tuh. Tapi tak pa, aku terangkan ar kat ibu, kad tu just sample je utk org parking tu. Memang banyak kesalahan yng aku kena cek balik nt. Tapi ibu masih xsetuju, biasalah kan, bila dah ada 1 kesalahan, dia selit ar lagi satu, dua tiga. Dia tanya, mana tepak sirehnya??????? Alamak..tu modern kad la ibu..........

Design 1 : Kene rejek..huuu. Maklumat dalam kad ni aku ubah 90%
Ibu moody, aku moody, terus aku masuk bilik tido (standart dari kecik sampai beso tunjuk protes dgn menidurkan diri), walaupun masih awal. Semua gara2 kad kawin yang xcantik tuh. Akak aku balik keje, dia pelik napa la aku tdo awal sgt. Aku dgr perbualan dia dan ibu pasal kad kawin tu. Tengah merajuk, mana leh lena tido, statik keras macam batu, mata berkelip2 tengok dinding..huh..

Aku ada la melawan ibu, agaknya sbb jiwa seni yang tak boleh dikritik hasil kerjanya kot. Dua tiga hari aku fikir, akhirnya aku decide, tak pa lah, ibu nak yg terbaik, so aku design yang baru. Dan aku letak TEPAK SIREH. Tema aku bukan modern lagi dah, contemporary okeyyy, tradisi+modern+kiut miut.. Hihi..Akhirnya, SIAP! Aku design guna A.I..guna vector download je ni, ubah2 sikit, jadi lah cenggini.

Design 2 : aku masuk element tepak sireh disitu okey..proceed..Maklumat dalam kad ni aku ubah 90%

Sebelum design kad, aku kena tahu detail ini :
Sila semak Nama Ibu Bapa Pengantin
Sila semak Nama Pengantin
Sila semak Tarikh, Hari & Tarikh Islam
Sila semak Alamat Pengantin
Sila semak Ejaan & Huruf (A-Z)
Sila semak nombor (0-10)
Sila semak bahagian pelan lokasi kedua belah pihak
Sila semak MATERIAL (warna kad & warna cetakan)


Tapiii, bila tengok design no 2 aku tu, agak2 dpt x harga 15 sen 500 pcs, artcard kilat full colour? Huuu..sebb aku tgok2 kat blog semua bagai, paling murah 40sen. Nak murah, kena guna 1 colour ar, pastu tukau material lebih murah. Hurm..xpa2, kang aku story bila udah print. Rasa nak p pudu kat LH Creative sbb aku tgok ramai blogger yg suggest tempat tu. Cuma, xda yang mention if design sendiri punya harga. So aku kena survey sendiri la.

***********************************************************
Hurm..ok, aku dah p LH Creative seperti yang digempar gempurkan dalam dunia blogger, hihi, hurm..xdapat harga yang aku nak. Dan bila aku tunjuk design aku tu, dia bg harga 80sen..erkkk.. N aku tanya lagi, if aku wat tulisan warna hitam je tapi guna material paper colour, red cthnya, rm1. Erkk.. Aku tanya A, dia jawab A..sahaja..full stop. Camana ni dik? Servis out. Then aku tanya, ada tak kad kahwin harga 30sen kebawah (nak 15sen sbnarnya..harapan), dia tunjuk kad paper biasa tulisan black, harga 30sen. Hurm..xpalah~

Then aku research lagi. Akhirnya, aku jumpa laman web ni, http://kadborong.my/
sebab, dia ada harga khas utk ini >>

Bila aku view, ada senarai harga yg dia letak ikut size yg kita nak. MEMANG MURAH, mungkin ada lg murah, nt p search k:) So, memandang aku nak harga laaagi murah, aku pun tukar design ikut size dan harga mengikut bajet aku.

Size : 6" x 4" 1/2 lipatan , Full colour , Art card Uv Varnish (kilat) , 500pcs , RM0.33 per pcs , free envelope , kos penghantaran RM15 = RM180!!!!

Sgt berbaloi kan?? Kos penghantaran tu jgn kira, sbb sama gak if aku p PUDU, duit minyak lagi, tenaga lagi plus if 2,3 kali p sana? Pastu nak p amik sendiri lagi? Cuma, if nak harga macam ni, jgn last minit lah ek, sbb standart printing proses, kalau nak cepat, bayar lebih. Masa siap adalah 7-10 hari bekerja:). Utk kes aku ni, mmg sgt sempat, dan aku dah bayar pun deposit. Ni design latest aku:


Colour gelap kan? Sbb org print suh wat CMYK. Thats y la. Yang atas tu RGB, so colour nek. Huuu..Takpa, next entry, aku upload lak hasil print k. Hopefully semua ok. Dah banyak kali aku cek maklumat dalam ni.

**********************************************************************

Kad kahwin aku dah siap!! Mmg mengikut masa yang dah dijanjikan iaitu 7 hari waktu bekerja. Bila dikira2, diorang print xtra 270 keping, alhamdulillah....aku xsure la samada memang macam tu or promotion ke pe (if korang print nt n xdapat macam aku, jgn salahkan aku ye..hihi). Tapi envelope ngam2 500, so kena ar beli envelope sendiri ye, beli kat MYDIN, 100 rm3.90 sahaja. Kad dah siap lipat dan masukkan dalam envelope dah pun. Bantuan dari ibu aku, kalau nak harap aku, mesti lom siap lagi tu:) Apapun, alhamdulillah, setakat ni, sempat la nak edar kad sbb kad sampai awal pada masanya:)))

Malas nak kaburkan maklumat..hihi..
Ok, nampak tak kad aku tu berkilat? Itulah Finishing kilat, benda tu la bila aku tanya kat kedai, jadi mahal. So setakat ni harga kat kad borong tu memang murah. Untuk quality warna, finishing semua aku puas hati, kemas, cuma untuk saiz tu lari dari saiz yang aku nak, rupanya bleed diorang adalah 5mm, agak besar aku rasa, thats y kad aku jadi kecik. Its ok, pengajaran utk aku dan syarikat ni. Syarikat ni kena xplain details saiz kat client, sbb as client aku xtahu proses printing mereka, yang aku tahu, aku design ikut saiz dalam web sahaja. Dan aku sebagai pengguna, kena lah tanya details, contoh, bleed mereka berapa mm kan?? Ok lah..itu saja setakat ni. Kad dah siap, turn goodies pulak. Goodies brown paper tu ada sedikit perubahan dari segi pembungkusan, ibu aku xsuka leper. So, ikuti cerita aku dalam ruangan GOODIES BAG:)

Saturday, September 7, 2013

Aku keras hati?

Mula2 aku pelik gak napa tiba2 je budak ofis mate aku ni tanya macam2 kat aku. Mula2 tanya camana jumpa tunang aku. Aku pun citer ar dari A-Z. Then tanya camana couple? Aku citer ar bla3..lepas tu tanya lagi, ada tak masa aku couple ngan tunang yang wat aku nangis melampau..hurm..aku cuba ingat dan ingat lagi. TAK ADA. Cuma yang paling aku ingat, time aku menangis sampai kurung diri dalam bilik adalah bila aku ada masalah berkaitan ngan assignment aku. Assignment aku kena curik ok? Ha, yang tu aku rasa frust. Actually bukan sekadar assignment je wat hati aku pedih, banyak lagi bab lain, bila dicampur2, tu yang aku luah semua melalui tangisan. Huu..tapi, napa u all tanya????? Rupanya.....

Diorang nak jadi macam aku. Sebb diorang tengok cara aku ni macam semua benda OK saja. Tak nampak aku nangis. Waima, masa iftar tempoh hari, biasalah, bila kita nak minta maaf, kadang2 rasa terharu, n mata mula berair. Tapi diorang tgok aku rileks je. N sepanjang hidup aku masa hari raya, TIDAK AKAN aku menitiskan air mata aku masa bersalam ngan family mohon maaf. Sebb pada aku, time tu adalah waktu utk kita happy? Lagipun, setiap kali aku ada wat salah, aku akan terus minta maaf. Ok, cara org lain2 kan? Itu cara aku supaya hari raya aku dan family tidak diselubungi kesedihan?

Dan penerimaan aku bila ayah aku meninggal dunia pada tahun 2009. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih?? Ayah yang jaga aku dari kecik? Ayah yang bagi aku duit bila aku minta? Ayah yang tegur aku bila aku wat silap? Jadi xmungkin aku tak rasa sedih. Kalau tak ada perasaan tu, memang pelik. Cuma, aku cuba kontrol diri. Walau sedih macamana pun, aku tetap bersyukur, sekurang2nya, ayah meninggal dalam keadaan jenazahnya sempurna tak ada cacat cela. Sesetengah orang, ada yang sampai hancur, malah ada yang xjumpa jenazah orang tersayang, lagi kesian kan? Jadi, kenapa mesti meraung? Sekurang2nya, ayah boleh berehat, tak perlu lagi fikir masalah duniawi lagi? Akan datang, aku pun akan 'pergi' jugak? Beza kalau kita fikir, 'kenapa ayah pergi time ni?' 'aku kesal sebab........'..well, agak2, bila masa yang kita bersedia nak terima pemergian orang tersayang? Tak ke kalau fikir macam tu wat hati kita sakit? Aku tak suka hati sakit. So, cara nak wat hati xsakit, fikir side yang sebelum tadi.

Macam tu jugak dengan orang2 yang kita sayang. Kita kena tahu, diorang manusia macam kita. Diorang ada waktu2 expired. So, nak tak nak, ready atau tak, kita kena terima. Cuma aku sentiasa berdoa moga diorang pergi dengan sempurna macam ayah aku. Dan, moga mati kami sentiasa dalam Islam. Itu dah cukup wat hati aku tenang. Siapa yang tak nak kan orang yang kita sayang pergi macam tu? Tapi aku sentiasa percaya, Allah xkan biar kita sorang2 hadapi benda tu. If xda ibu, kita ada kakak, if xda, kita ada adik, atau kawan2, atau siapa saja yang Allah akan bagi teman kita kat dunia ni. Lagipun, rasa sedih, rasa sunyi tu sementara je kan? Sebb dunia ni pun sifatnya sementara. Jadi kenapa nak sentiasa sedih? Kenapa nak sentiasa takut?


Then diorang cakap, antara ayah dan mak, diorang lebih sedih kalau mak yang pergi sbb mak adalah orang yang paling rapat dengan diorang. Hurm, ok, itu pendapat masing2. Macam yang aku cakap tadi, bersedia atau x, PASTI kita akan kehilangan orang yang kita sayang suatu hari nnt. Kan? Sedih? Memang, semua orang sedih kehilangan.

Tak sangka betul aku yang diorang ni admire kat sikap luaran aku yang satu ni:)..diorang tak tahu ke, sebelum diorang keje, aku ada satu matlamat, nak ubah supaya aku peka ngan orang sekeliling:)..dorang pun sometimes kena tempiasnya. Bila aku tegur kesilapan diorg dalam keje, hati diorang terguris. Dan aku wat muka macam tak ada apa yang jadi. Aku fikir, sampai bila agaknya aku nak jadi keras macam ni? Bila bercakap tak fikir perasaan orang? Aku tak kan buang semua kekerasan aku ni, cuma ambil inisiatif bersederhana dan cara penyampaian yang xmengguris hati sesiapa. Kalau lembut sangat pun payah jugak kan? 

Pada aku, apasalahnya kalau kita menangis? Kan bagus? Cuma, lepas menangis tu, teruskanlah hidup. Jangan stay kat satu tempat je. Sebab, yang boleh bantu kita adalah diri kita sendiri. Tak perlu nak jadi keras hati, membenci..sbb semua tu hanya wat hati sakit n pedih.

Sunday, August 18, 2013

MAJLIS KAWIN KAMI

Sudah selesai raya. Nak tulis blog dari awal puasa lagi, tp biasa la, macam xda cerita nak story. Tapi hari ni aku ada story..big story sebenarnya nak kongsi about wedding..fufufu..wedding siapa lagi kalau bukan aku kan? Kalau ikut perancangannya, nak buat bulan 12 atau bulan 2. Sekarang ni dah bulan 8, so aku harap la buat dalam bulan 2. Hurm..rasanya semua orang yg meniti hari yg paling bersejarah ni akan rasa apa yg aku rasa skg? Rasa macam, betul ke aku dah bersedia ni? Dah betul2 ready ke? Sebb aku rasa aku ni macam budak lagi? Bila jumpa kawan, skg ni dah xcerita pasal sekolah, artis dll. Topik utama, bila nak kawin? Pengalaman diorang melahirkan anak. Semua about kehidupan yang lebih real. Itu menandakan yang aku ni dah semakin DEWASA dan TUA..warghhh..

Raya ketiga kalau xsilap, pasangan akak aku n aku dtg umah. Aku cerita step by step dulu rancangan wedding aku ni ek. Aku bertunang pada 26 Jun 2011. Ikut perancangan, kami akan kawin 2 tahun kemudian iaitu pada bulan 6 2013. Tapi, xmacam pasangan lain, kami suam2 kuku je bila bincang pasal kawin. Macam tak tau hala tuju. Aku pulak lebih seronok ngan keje aku. Memang bz sentiasa jadi, aku xfikir pasal kawin sgt. Fikir macam2 tu je la. May be lom bersedia? Aku pun xsure. Kemuncaknya dtg bila ibu aku mula bertanya, sedara tnya, dan akak aku bg soalan2 yg aku rasa ada betulnya jugak. If aku xtanya, xda komunikasi, camana nak start majlis tu? Tak pa, biar masa yang tentukan.

One day, akak aku bertunang pada 24 jun 2013. THEN, decide nak kawin sekali:) memang sebelum ni kitorang cadang nak kawin sekali, tapi akak aku lom ada pasangan sedangkan aku ni dah bercinta dekat 6 tahun tau:) Jumpa masa aku dip lagi. Pastu part paling best, aku nak p kursus kawin sebab malas nak tangguh2, akak aku leh join sekali walau dia lom ada pasangan pun?? Aku ingat lagi, time tu kitorang duduk depan sekali, so ustaz tu tanya soalan psykologi ni kat akak aku, 'APA JENIS DARAH PASANGAN AWAK??' ..haha terkebil2 ar dia. Aku yg ada sebelah dia ni ustaz tu xtanya pun:)

So dari situ aku faham, setiap apa pun yang jadi kat aku, pasti ada hikmah. Dengan wedding tertangguh..aku serabut, tapi aku muhasabah diri. If ada jodoh kami, insya allah, Allah permudahkan. Memang Allah dah permudahkan. Allah tahu, aku jenis yang mudah serabut, so xbagi aku sorang2 settle masalah wedding ni. Aku ada kakak, ada bakal suami untuk tolong aku:)) Then pasal pertunangan aku yang kelam kabut tu pun aku percaya pasti ada hikmah kenapa jadi macam tu. May be sebb Allah nak jaga majlis aku dari ikut budaya agama lain? Mungkin. Aku fikir positif. Dari side orang len yg bg hantaran pulak, fikir itu sebagai sedekah kita kat pasangan. Kan? Kalau aku fikir kekurangan je, aku xkan bersyukur. Atleas, majlis aku berjalan lancar, alhamdulillah.

Buat masa sekarang, aku dan kakak dah decide wat majlis tu pada 21/12/2013. Bukan sebab tarikh cantik atau apa, sebab tarikh tu masih kosong dekat catering yang kitorang nak tempah nanti. Lepas tu, kami akan wat HIV test, then daftar online apa ntah, yang tu aku xtengok lagi dalam internet. Then nikah, kitorang wat hari lain2. Akak aku nikah 19/12, dan aku pada 20/12..insya allah dipermudahkan semuanya. ADA LAGI 3 BULAN UNTUK WAT PERSIAPAN..:)))

19/8
Lepas maghrib, aku n akak p jumpa org catering. Member sek akak aku, jumpa dalam fb, harga yg diorang bg kat kami, ok gak, ramai cakap murah. Siap ada yg suh cek betul2, betul ke harga yg diorang bg tu sekali ngan pakej kemah n bla2. Tu yg nak meeting tu.

Dalam perbincangan tu, ini yg dia bg:
- 4 kanopi arabian
- pelayan
- meja beradap
- pelamin (kitorg xamik sebb amik member akak aku yg len)
- set menu, nasi minyak 50%, nasi putih 50%, ayam masak merah, daging masak hitam, acar buah, buah oren, air kordial
-harga? memang ok dan betul macam yg kitorang dpt tu. Area rm8++..

Langkah seterusnya, booking parking area umah aku utk pacak kemah nt.
Then, online borang sebab aku tengok, proses tu amik masa 2 bulan. So insya allah sempat.

Wednesday, July 31, 2013

SILAP TARIKH

Hari ni memang hari yang stress plus kelakaw..ya Allah..rasa bersalah sangat nagn sorang customer opis aku. Citernye macam ni..

selama dekat sebulan aku bertungkus lumur siapkan projek customer ni..aku namakan dia A ok..malas taip panjang..haha..pastu, dari hari ke hari, aku sentiasa update ngan A, apa yang tak cukup n bla2..aku kelam kabut, A kelam kabut..dan hari ni kemuncak kekelam kabutan kami..memula A kata nak siap pada hari rabu 23/jun..so aku try sehabis baik..depan meja aku ada calendar..kalau ikut tarikh tu, part 1 siap 23/jun, so nak xnak aku kena hantar part 2 pada 12/8 yang jatuh pada hari isnin, iaitu RAYA KEEMPAT..hurmm..ok..aku dah mula rasa pening..

macamana aku nak siapkan sedangkan aku ngam2 masuk keje 12/8? Ada lagi balance material yg A kena bagi aku, dan aku kena cek sebelum hantar print majalah tu. Aduh..camana ni? Takkan aku nak dating hari Ahad? No point sebab A cakap dia masuk balik keja pada 15/8???? Mana sempat???? Memang xsempat langsung! Aku dah stress..camana aku nak raya if kalau raya pun aku fikir projek yang xikut schedule macam ni???????????????????

Setiap kali aku tengok calendar depan meja, fikiran aku mula menerawang. Ngan dak opis pun aku malas nak tegur sebab dalam kepala aku ni ligat fikir, camana nak settle masalah supaya ikut tarikh schedule yang dah dibincangkan. So aku kerah sehabis baik A. Sebab aku risau sangat, walau pun sebenarnya, aku leh je wat rileks, sebab semuanya bergantung pada A jugak sebenarnya.

23/jun xsiap sbb ada material A yang sangkut lagi. So aku decide, nak xnak kena hantar 24/jun jugak!! so hari ni 23/jun, aku usaha dari pagi ke tengahri ke petang. Aku memang xwat keje lain dah. then, sesuatu terjadi..perghhhhhh

A call bos aku, dia nak Tanya benda lain sebenarnya. Bos aku borak ar kat bilik dia. Aku pulak, tunggang langgang siapkan keje tu. Nak xnak hari ni kena print, sebab esok 24/jun pagi2 tu kena hantar kat dia. Tak leh ar hantar tengahri sebb dia nak tunjuk kat orang len. 25/jun pulak, dia dah cuti raya. Aduhhhhhhhhhhh!!!!!

Tetiba bos aku kuar, muka sengeh, pastu dia ketawa!!! Alamak..awak deal ngan A sepatutnya hantar majalah hari apa?? Aku jawab ar, 12/8???..pastu dia ketawa..AWAK?? BUKAN KE AWAK DEAL NGAN A SEPATUTNYA BULAN 11 SIAP????????

Imagine..aku bertungkus lumus, rupanya ada lagi 4 BULAN OK!!!!!!! Yang A pulak, dia citer ar kat bos aku, yang dia sampai pakai telekung tebalik, salah amik air semayang, gara2 stress, tambah pulak aku menekan dia..dia cakap camtuuuu..warghhh..rasa bersalahnya aku...aduii..ni mesej dia kat fb, sebelum dia tahu yg aku ni salah tarikh:

Sungguh saya tak pernah stress macam ni! Mengejar tarikh akhir cetak Majalah Sekolah lebih stress daripada mengejar tarikh akhir novel

Dia penulis novel. See!! Sorry bebanyak A!! Saya tidak sengaja!! Hihihihi

Monday, June 3, 2013

Aku Anak No 2

Malam ni aku rasa perlu untuk aku kaji balik sikap diri sendiri. Bukan je untuk aku, tapi untuk orang2 sekeliling aku, tambahan pulak sekarang aku dah kerja, so bila bermasyarakat ni, bukan semua orang boleh ikut cara kita kan? Kalau nak orang layan kita dgn baik, kita kena ar layan diorang dgn baik. Apa yang kita dapat tu berpunca dari dalaman kita gak kan.


1. ANAK MANJA EMAK ?
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
- Tidak pasti. Rasanya kalau manja tu adik laki aku, sebb setiap kali gaduh ibu pasti menangkan dia? Jadi itu membuktikan bukan semuanya ibu utamakan aku.
 
 
2. ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg degil. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
- Betul. Ada baik buruknya. Banyak benda gak yg aku rasa macam aku je yang betul. Kat rumah misalannya, aku control rumah, if nak beli sofa, mesti kena ikut citarasa aku, kalau tak JANGAN beli. Susun atur dalam rumah pun kena ikut kesesuaian yang aku tetapkan. JANGAN sesekali ubah. Aku mmg suka mengemas, jadi if ada sapa2 yang ubah, aku akan ubah balik tempat yang aku RASA BETUL. So, diorang malas nak layan sebab diorang bukan kaki mengemas.

- Bab kerja pulak, ada part yang aku RASA BETUL, aku tak endah kalau ada yang menegur. Selalunya bila kita rasa KITA BETUL akan ada plus over confident, so aku akan bagi hujah yang sepatutnya WHY aku buat macam tu.

- Ada bagusnya bila aku degil, keras kepala dan tak mendengar kata sebab aku TAHU apa yang plan dalam sesuatu perkara, cuma dalam komunikasi tu..ehem2..faham2 je lah yang aku ni bukan hidup dalam dunia sendiri kan? Kalau masa kecik tu ye lah aku boleh hidup dalam dunia sendiri, xda sapa nak marah, now, aku hidup dalam masyarakat. If aku anak no 2, yang lain tu ada yang anak sulung, anak no 3 dan etc. So sometimes aku perlu juga MENDENGAR, betul?

3. TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.
- Nak kata menyampah ke apa ke xjugak. Cuma kadang2 bila orang merajuk or terasa hati ngan aku, AKU TAK FAHAM. If faham, aku akan minta maaf if memang relevan lah? Yang ni lagi satu masalah. Aku bukan saja create benda ni, taaaaapi tolonglah, aku just pandai cakap 'MAAF' dengan ikhlas, padahal orang pun xfaham samada aku ikhlas atau x? Sebab emosi aku dari segi itu memang la xda.

4. BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban. :D
- Betul. Dulu masa muda..haha..aku pernah ar try nak ada scandel. Memang ada. Memang seronok, ye lah, dear aku jauh, yang ni depan mata, leh jalan2, leh makan2, tapi xlebih dari itu. Xsampai seminggu, aku rasa macam, daripada aku pening kepala, lebih baik aku fokus pada yang satu? So skg, aku hanya fokus pada yang satu sbb malas nak fikir benda yang buang masa.

5. HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
- Yup. Dalam rumah, if aku cakap jgn letak apa2 bawah katil, so jangan letak. Bab kerja, if aku kata benda ni perlu, so aku akan letak, sebab aku ada reasons aku, selalunya menjadi. Ada pendirian tu bagus, cuma kadang2 perlu dengar pendapat orang. Yang ni aku lom berjaya lagi nak ubah sikap diktator tu. Melainkan, orang yang nak lawan tu dia ada reason kukuh, so aku akan setuju.

6. HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras. Tp hati dia lembut. SATU lagi pe'el dia. Dia tak boleh ditegur.
- Kalaulah dikatakan sikap suka cium kucing tu hati lembut, aku setuju. Tak boleh ditegur tu, hurm..nak tegur tu kena ada cara. Sama gak macam diatas. Bagi reason kenapa dan mengapa aku ditegur. Aku ni xdalah keras sgt sampai macam tu. Setakat ni, if ada yang tegur, walau mulanya aku tak terima, muka telinga terasa panas, bila tenang, percayalah, aku akan buat apa yang ditegur tu.

7. BERDIKARI

Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.
- Aku bukanlah seorang yang mudah bergaul. Tapi alhamdulillah, mana2 aku pergi, jarang sekali aku jumpa orang yang bukan2. Selalunya memang kawan yang membantu. Bukan kawan dtg dan pergi. Aku memang pendiam sejak dulu lagi, tapi may b sebab masa kecik start tadika aku dah pandai urus diri, duduk rumah sorang, palay sorang, sebab tu kot, campak lah mana pun, insya allah, xdalah terkejut beruk..hahah. Tapi aku ni xda independent sangat, still bergantung ngan kakak aku gak kekadang..huuu

8. ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
- Aku memang suka wat hal sendiri dan xsuka tangguh keje. Bab arahan tu, hurm kadang2 je xleh terima. Dah nama pun keje ngan orang?

9. PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

- Aku bukan seorang pemarah. Tapi ngaku, bila marah, aku terlepas cakap dan kadang2 tu hurm..ntah lah. Aku xtahu apa perasaan orang. Bab yang ini lah yang aku cakap aku kena kaji sikap aku. Bab yang ni gak lah aku kena perbaiki sbb dah selalu terjadi ngn orang sekeliling aku. Selalunya aku jadi sensitif bila bab keje sbb aku ni detail sikit. Pulak tu berbalik pulak dengan 'hitam putih' tadi plus rasa diri je betul..haaaa..amacam?

10. PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.
- Janji kemas dan tutup aurat..amin..

Mana yang ok tu, alhamdulillah. Mana tak ok tu, ubahlah. Bagus if rasa diri tu betul, dari situ aku akan defence sedaya upaya, dan kualiti keje yang bagus, cuma, kalau terlalu sgt pun leh watkan kualiti keje jadi tak bagus. So..ubahlah mana yang perlu.

Saturday, June 1, 2013

Pertunangan aku dengan APOLLO

Ha..amacam tajuk? Ok ar, jom terus citer sementara otak aku ni aktif ingat detik2 itu.

Sebelum detik tu
12 Dis 2010 aku n dia dah start bincang pasal risik n bertunang ni. Bincang punya bincang, kami decide nak bertunang. 6 Jun 2011, start nak beli cincin. tapi aku kena ar p kat dia, macam2 halangan time tu. Aku pun xtahu ar napa macam xready masa tu. Dia bagi masa aku fikir, samada tindakan nak bertunang ni betul atau tak. Yelah, kejap nak datang, kejap xjadi datang untuk pilih cincin, sampai mengamuk ar dia. Pastu, aku bengang, aku suh dia p beli sendiri cincin tu ikut size yang aku cakap kat dia. Lepas tu xjadi gak sbb dia takut kalau beli, nanti terlalu besar or ketat. Nak xnak aku kena ar p sana selepas aku wat keputusan bertunang je lah, bukan apa pun kan?

Dah sampai sana, terus p beli cincin depan kedai tempat dia keje. Time tu hujan, redah gak lah, malas nak pakai payung. Aku moody time tu. Aku pun pilih ar cincin dengan perasaan malas. Aku pakai, rasa macam ketat, tapi cina tu kata ok je, so aku pun setuju je lah, malas nak pilih yang lain. Kebetulan dia ada kakak yang wat hantaran ni semua, terus decide pilih warna hantaran semua. Aku pilih merah putih. Masa tu kami dah decide xda hantaran semua. Aku ingat just tempat cincin je lah yang dia akan bawak nanti. So kami sepakat setuju, pilih tarikh 26 Jun 2011 untuk bertunang. Aku balik hari.

Sebelum menjelang harinya, kami p ar rumah kakak ibu aku, nak tnya ar pasal tunang ni, dia lagi berpengalaman sebab anak dia ramai, ada 13 orang, boleh dikatakan semua dah kawin berbanding ibu aku, aku lah anak dia yang first nak melangkah ke arah tu. Kitorang tanya lah, makanan apa yang sesuai untuk bertunang tu? Mak long pun cakap, wat lah lauk, sebab tengahari kan. Ikan goreng, sayur, nasi putih, lauk berkuah sikit, buah, settle. Sebelum balik, mak long bagi set sarung tilam yang sesuai untuk bertunang. Bila balik tu kami bincang lagi nak masak apa. Akhirnya, kami pilih masak nasi ayam, senang satu set je berbanding masak lauk. Bab makanan settle, bab nak bagi cenderahati sikit kat pihak lelaki. Kitorang pun beli ar APOLLO macam2 perisa. Aku ar susun dalam basket tu penuh2. Xpalah kan kalau belah laki xbawak apa2, janji kitorang bg sikit lah kat diorang sbb dtg jauh.

Detik yang ditunggu
Pagi2 kitorang dah masak nasi ayam bagai. Ibu aku dah cuak dah sbb dia xpernah masak banyak2 macam ni. Masak nasi pun berapa kali entah. Aku tukang kemas umah. Imagine ar, dua hari sebelum, semangat aku p cat satu rumah balik tau plus toilet sekali! Hahah..xda kaitan, saja ja, alang2 nak raya dah nanti, xyah cat dah. Sampai bergaduh ngan adik aku sebb dia xtolong cat toilet..hiiii.

Aku just pakai baju kurung raya aku plus my feveret warna merah, tudung warna putih, celak sikit. Sedara semua dah datang. Aku mesej lah si dia tanya lokasi, dia dah sampai kl, tp p umah sedara sbb nak semayang jap. Aku dah mula risau, sedara dah bertanya. Mulalah satu tragedi bila sedara tnya pasal hantaran, aku cakap ar xda. Sirih pun xda. Apalagi, bising ar diorang. Sebab yang sorang tu, anak mak long aku pandai wat hantaran. Dia cakap, if xnak hantaran pun atleast wat lah sirih junjung, dia leh watkan. Aku n kakak cepat2 sorokkan bakul APOLLO aku tu, kang kalau diorang nampak bakul yang xberapa hantaran tu kang, lagi bising nanti..haha..

Aku wat bodoh je lah sebab aku ni jenis amik mudah. Just tunang je kan? Bukan apa pun? Janji kedua belah pihak tahu bila nak langsungnya, dan aku n pasangan dah ready nak kawin bila dah ikat macam ni. Hantaran tu semua xyah pun xpa kan? Tapi yang kesiannya ibu aku. Aku memang ar hati kering, tapi yang tadah telinganya ibu aku. Sedara cakap ar, majlis aku ni macam xda sedara je, macam xda sedara yang leh tolong dan berpengetahuan pasal adat2 ni. Itu pun mujur ar bilik aku tu aku bubuh sarung tilam yang mak long bg hari tu.

Bila aku tengok ibu nangis, hati mula xsedap. Alahai, xpasal2 ibu kena marah. Ting..dapat mesej. ' Yang, kawan abang sponser dua hantaran...'..... hahahah..apa yang korang rasa riak muka aku masa tu? Rasa nak mengamuk semua. Dah ar start beli cincin tu aku jadi seorang yang mudah mengamuk. Terus aku mesej dia cakap jangan bawak hantaran masuk dalam rumah sbb sedara aku bising. Memula dia setuju, lega sikit hati aku. Akak pun lega gak.

Bila diorang sampai, ada dalam 4 kete..pap...sorang2 kuar dengan bangganya bawak hantaran yang cantik ikut tema colour yang aku pilih hari tu. Ada tujuh semuanya!!!! Ya Allah..xpa2, aku wat muka rileks. Dah ar hari tu orang ingat akak aku yang bertunang sbb dia pakai baju lip lap, geram lak aku ngan dia, time tu ar nak jadi datin lebih dari aku. Habis tenggelam aku ngan baju kurung feveret aku tu..haha..xpalah, wat bodo je..aku duduk seayunya dalam bilik. Rasa macam poyo je time tu.

Wargghh..bila dah habis bincang, oklah, yang pasal hantaran tu, belah laki dah xplain cakap yang itu just hadiah je, diorang xkisah if pompan xbg apa2. Huh..hadiah apa kalau siap hias semua bagai? Kalau hadiah, balut ar dengan pembalut hadiah???? Diorang pun masuk ar bilik aku. Along si dia datang, aku rapat ar gak ngan along nya tu. Memula macam nak wat slumber, tersengeh je nampak along tu, then bila start bilik tu dah ramai orang, zuppp, terus aku tak reti nak senyum!! Kelat muka!!

Masa tu aku nampak ada pompan belakang along tu. Konon macam nak jadi peramah plus control malu lah kan, aku tanya ' Ramainyaaaa..yang ni sapa? ' Sambil tunjuk kat pompan tu. Pompan tu jawab ' Ni angah lah, isteri abang ngah ' Zasssss..aku lupa sangat2 yang tu isteri abang ngah, abang si dia, sebab aku pernah p umah dia, siap dijamu makan lagi, dan siap complain cakap bini abang ngah muka garang?? So pendek citer aku pernah jumpa dia!!! Time tu tangan aku sejuk xyah cakap. Along ar tegur. Alamaklum, aku ni ada masalah tangan berpeluh. Bila nak sarung cincin tu, cincin tu ketat lak, tapi leh ar masuk gak walaupun selepas dipaksa. Ni semua cina jual cincin tu punya pasal. Hurm..fuh..apa pun semuanya settle.

Aku pun kuar, nak hantar belah laki ni balik. Belah laki p amik sendiri makanan sedangkan kami dah sediakan kat dalam talang. Kelam kabut jadinya. Nak xnak, sebelum diorang balik, aku kuarkan APOLLO kebanggaan aku tu, bagi kat belah laki. Muka aku tersengeh je, nak banding ngan hantaran yang dia bagi, bagai langit dan bumi. Apa pun, syukur semua selamat, walau dalam pahit, tetap ada manis:)))

Friday, May 31, 2013

Punah Harapan Nak Menang Kereta

Hari ni antara hari kesedihan aku, gara2 'Peraduan Jom Cari BH'. Firstime nak join, punya lah excited. Setiap pagi before p keje, aku beli senaskah, dan isi form apa yang patut. Member keje bukan men support lagi. Selama ni ofis just ada Harian Metro, sekarang ni Berita Harian lak jadi pengganti.

'Apasal setiap kali nak baca berita harian ni, tang muka depan ni mesti xda?' Ada sorang staff tanya. Aku just ketawa je lah..hahah.. Sebab peraduan tu nak kepala Cover BH tu sekali, alang2 aku nak gunting tang kepala BH tu, aku bukak je lah cover dia semua kan? Aku akan make sure walau apa yang terjadi, aku akan completekan penyertaan aku, xkan ada yang tertinggal. Malam tu before tido aku baca balik semua pasal peraduan tu, ok complete, boleh zZZZz sambil senyum.

So hari ini, aku kuar awal sebb aku nak beli surat khabar, nak gunting dan pos semua, sbb post yang kotak merah tu ada kat bas stop, so senang, nanti xyah ar kuar masa keje. Hari ni aku happy sgt. Sampai xsempat2 nak salam ibu aku, sbb dia ngah mandikan budak, so aku takut lambat, so aku p jelah tnpa salam dan cium pipi beliau..hurm.... Envelope plus alamat, plus stem, semua aku dah sediakan awal dua hari. Siap bawak gam, sebb takut gam kat envelope xlekat. Tapi masa aku nak gam tu, xboleh2, so aku bubuh je air liur semulajadi aku kat envelope tu, huarghh.. Nak cepat punya pasal. Aku nak yang pertama sampai ke BH tuh. Sampai aku tertinggal bas. Nekad punya pasal.

Bila sampai ofis, aku wat keje cam biasa. Balik keje, aku fikir, envelope tu melekat sempurna ke? Sebab xsempat nak gam, just air liur asli. Then, kalau terbukak, rasa2 ada ke yang amik n liquid maklumat aku n letak nama dia? Tapi aku muhasabah diri, aku cakap, if rezeki aku, insya allah, Allah akan lindungi............

Dah sampai rumah, aku lipat kain. Tetiba aku terfikir satu benda. Aku pernah telefon peraduan tu, sbb aku xfaham satu benda, dia tulis dia nak 2 kepala BH/Ahad. Ting! Ahad??? Tak kan peraduan ni sampai Ahad? Hari ni jumaat???? Aku ada simpan serpihan surat khabar yang aku gunting tu, aku baca balik tarikh peraduan tu. Alamak.....................memang sampai Ahad. Hancur harapan aku nak menang KERETA............memang bukan rezeki. Memang ar ada lagi peraduan, sebab dia sampai 5 minggu. Aku baru minggu yang pertama, tapi kalau aku hantar complete 5 minggu, baru ada peluang menang kete. Itu ar point aku nak masuk peraduan ni, kete.

Lantas aku pun baring dan pandang syiling umah aku selepas lipat kain. Terkedip2 mata aku. Ibu aku tegur, ' Kenapa tu? Termenung je? '..aku jawab..' tak ada apa2................


Thursday, May 30, 2013

Mak Cik Yam

Sebelum aku masuk tadika, Mak Cik Yam lah yang jaga aku. Sebelum ibu aku keje, pagi2 buta ibu akan kendung aku, so aku leh nampak ar keadaan time tu yang gelapnya, dgn rasa mengantuknya, bangun2 je, udah terang dirumah itu. Walau selang beberapa rumah ja dari rumah aku, aku tak pernah terfikir nak lari balik rumah. Hurm, sungguh, duduk dalam rumah mak cik yam xsebest rumah aku.

Start pagi buta sampai ke petang, baru lah ibu aku amik aku. Hari2 aku mengharap, kakak or abang or sapa saja, tolonglah amik aku, aku nak BALIK. Pernah sekali, aku nampak akak aku dari jauh, dengan senang hatinya BEBAS berjalan. Aku pulak hanya mampu tengok luar dari tingkap rumah tu je tau. Dalam hati menjerit. 'KAKAK!! AMIK ADIK!!' Apa kan daya, kakak aku yang pakai t-shirt kuning kedabak besar tu just straight ke depan. Sungguh rumah mak yam mmg xbest.

Rutin harian aku, tido, bangun tido, mandi, makan, pernah sekali, aku muntah dalam pinggan nasi aku, sampai skg aku ingat lagi lauk yang aku makan tu, ada patut mak cik yam terus angkat pinggan tu, xganti yang baru pun. Kadang2 tu aku beyak, pastu mak cik yam cebokkan. Lepas tu terperuk dalam rumah, tengok tv ke tengok luar dari tingkap ke. Lepas tu tido. Bangun tido petang tu, mandi. And then, tunggu ibu aku amik aku.................Esok sekali lagi hari yang membosankan melanda aku.

Brick Game 9999 In 1
Aku seorang pendiam. Ada sorang lagi budak laki, bawah dari aku, mak dia bg dia basikal, so dia leh ar main dalam rumah tu. Aku pulak just leh tgok je. Pastu anak mak cik yam tu suka buli perasaan aku. Masa tu femes ngan Brick Game, so dia akan main siap volume tinggi siap jeling kat aku. Aku just tengok dari jauh je walau aku teringin nakk main. Well family aku ni bukan senang mana pun. Kalau nak main game tu, aku kena ar p umah sedara, baru ar leh main. Hurm..sampai hati dia wat volume paling tinggi.......

Walaupun xbest duduk dalam rumah mak yam, ada satu pengalaman kat rumah tu yang tak kan aku lupakan:) Satu hari aku pakai cincin seposen kat jari manis aku. Saja la nak melawa sikit. Lepas tu rasa xselesa, aku try nak bukak, alamak..xleh nak bukak. Aku dah cuak, jari dah biru pucat. Mujur ar suami mak cik yam ada, dia letak sabun, pastu cut guna playar. Mujur settle.
 
Hari paling bahagia aku bila aku masuk tadika. Walaupun aku ni seorang yang pemalu, pendiam, tapi aku xrisau langsung bila ibu tinggalkan aku kat tadika. Means that aku dah tak payah nak duduk dalam rumah mak cik yam yang macam penjara tuh. Huh..tapi skg bila difikir2 balik, mak cik yam xlah teruk sangat?

Aku baca, tengok berita, dengar, macam2 kes pasal budak kena dera lah, kena culik, bila difikir2 balik, mujur lah mak cik yam xsesuka hati biarkan aku bebas main kat luar, mujur jugak mak cik yam xbg aku kat sapa2 walaupun kat akak aku sendiri, sebab akak aku pernah cakap, dia pernah nak amik aku, tapi kena marah, tu yang dia xendah kat aku dah masa aku nampak dia hari tu. Lagipun kakak aku tu baru darjah 4 kalau xsilap? So mana mampu nak jaga aku kan?

Walaupun rumah mak cik yam xbest, tapi terima kasih jaga aku dgn baik sekali. Biasalah, seindah2 rumah orang, indah lagi rumah sendiri, walaupun mak cik yam rumah batu, tapi aku suka lagi rumah reput aku. Klik sini untuk baca pasal rumah reput aku:). Terima kasih..:)

Thursday, May 23, 2013

Aku Mimpi

Semalam aku mimpi, excited dtg awal ofis, semata2 nak citer..haha..kang kalo tunggu ptg, mimpi jadi lapok lak:P. Jom citer!!

Masa graduation, ada sorang laki ni, muka dia macam Norman Hakim, dia marah2 aku. Aku jadi photographer dia untuk graduation tu. Tapi dia just marah2 kat kawan dia lah. Bila aku sampai, aku xnampak dia. Tetiba aku beratur sekali ngn budak graduation? Aku pun xsure aku ni photographer or graduate nye org?? Ok tutup cerita bab itu..haha..biasa ar, nama pun mimpi, mesti ada yg tergantung punyaaa.

Lepas graduate tu, kami kena duduk kat kerusi yang disediakan. Dah siap duduk, tetiba aku kena anjak ke kerusi sebelah, so budak tu duduk kat tempat aku, all ladies lah kan. Duduk punya duduk tetiba da dua orang lelaki, pakai tuala ja, badan basah, macam orang gile. Sekarang imagine, aku di apit dua orang pompan kan tadi? So aku nyorok kepala aku kat belakang budak pompan belah kiri aku. Aku ingat budak laki tu xkan kacau aku, tetiba dia kacau aku lak??

Lepas tu selesai je upacara apa ntah tadi kami bertiga jadi rapat, may b sebb duduk sama kot? Lepas tu 2 orang budak laki tadi tetiba dtg dan kacau lagi. Dan aku dengar sorang kat belakang ckp ' Jangan lah buli budak junior woi '. Barulah aku tahu yang aku ni budak baru belajar kat situ. Lepas tu ada sorang budak laki yang kacau aku kat dewan tu, dengan baik hati angkat beg yang aku sandang. Yang best tu, beg aku tu besar giler ok??? So dia just macam nak ringankan beban aku, dia just angkat2 beg aku dari belakang time aku jalan. Aku pun jalan ar cepat2.

Lepas tu, ada syarat, kalau xnak baik2 ngan senior tu, kitorang kena balik sendiri ke kampus. Kitorang pilih ar nak cari jalan balik sendiri. Kitorang just pandukan dari jauh bangunan yang ada. Sepanjang perjalanan tu, kitorang nampak tempat diving, yang memisahkan tu just pagar biasa je. So kitorang nampak ar air biru, siap ada orang ngah praktis diving lagi auu. Cantik sangat tempat tu:) Jalan punya jalan, hujan ar pulak. basaaaah..bukan kencing k!

Kitorang sampai kat pekan. Yang best tu, pekan tu xwujud pun! Tapi aku pernah mimpi, aku ngan kawan aku p kampung dia, pekan tu ar maksud aku, so dia citer ar, belah sana ada itu, belah itu ada sana, bla2. Dan ada satu part dia cakap, ' Ha afar, belah sana tu pulak, UiTM tempat bapak aku keje'. Warghhh, kitorang kan memang nak cari kampus kan? Itu ar kampusnya!! So aku pun cakap ar kat kawan aku suma yang depan tu ar UiTM. So kitorang p ar dekat. Bangunan dia macam bangunan orang keje tu, bukan macam tempat belajar (almaklum dalam mimpi). And then....salah tempat laaa. Memang ar betul UiTM, tapi kitorang nak cari dorm tido tuuu. Dorm tido area kat dewan tu je. Hurm..hujan lagi tuu. So kitorang pun nak patah balik.

Otw keluar, tetiba nanpak senior ( 3 orang ) yang kacau kitorang tadi, ada depan bangunan tu.
Diorang pakai baju hujan. SO AKU TAHU YANG DARI TADI DIORANG DOK IKUT JE MANA KITORANG PEGI!. So kawan aku yang lain dah penat, diorang surrender, diorang nak ikut senior tu balik, kecuali aku, macam degil, menonong je jalan. Senior yang dr mula dok kacau aku, diri je dari jauh, konon tunggu aku nak p kat dia r tu. Aku terus p kat jalan raya nak seberang. Masa tu ada konvoi moto besar. Tapi aku leh selamat lak melintas. Hahahaha. Konvoi tu semua pakai baju seragam Power Rangers. N then tetiba ada sorang excident, kaki tersekat kat mana ntah, pelik aku. Dan aku terus menonong..........



THE END!!   

Tuesday, May 21, 2013

Aku, Fotografi Dulu Dan Kini

Alahai..aku rasa bersalah sangat. Kawan aku ni, dia minta tolong amikkan gambar dia. Tapi...dia free hair..sebelum ni dia ada minta tolong amikkan gambar profile dia, nak tunjuk kat agency model katanya, tapi xjadi. Ni second time dia minta tolong. No2, aku pun xingat dah berapa kali time..hurmm

Cerita camana kawan aku ni leh berkecimpung dalam modelling ni bila aku final diploma dulu, kitorang ada asignment tema fashion. Pening kepala fikir, mana nak fikir kenderaan, baju, tema nak dibuat, dah lah dia nak dua keping gambar..ingat senang ke?? Idea lagi?? Nak tunggu kawan tolong, memang xleh, sbb diorang pun bz. Time tu masing2 random wat keje. Kitorang kena amik 12 keping = 12 tema yang berlainan. Jadi ada yang wat A dulu, B dulu. Aku nak wat fashion dulu, sbb pada aku fashion sangat susah, sbb nak fikir banyak benda. So aku terfikir akak aku, dia ada kenderaan, jadi kalau nak guna khidmat kakak aku, aku kena ar pilih model yang berdekatan. Fikir punya fikir, teringat member aku ni. Dia tinggi lampai orangnye.

Dalam masa 1 hari, aku shoot dua gambar fashion dengan lokasi, baju yang berlainan. Bayang betapa kelam kabutnya kami. Nak kena kejar masa sebb takut hujan ke apa ke. Alhamdulillah, cuaca ok. Sebelum tu, lokasi tu semua aku dah usha lama dah. Bila present gambar, terus lecture proced gambar aku, dan dia puji model, lokasi dan lain2. So thanks kat member aku tu. Ramai puji.

Then masa final degree. Dia jugaklah yang jadi model aku. Teman aku sampai ke malam. Bila aku serabut, dia ar gak yang bangkitkan semula semangat aku. Memang kawan yang sangat baik, aku tak pernah lupa. And then, persepsi aku tentang fashion terus berubah bila terjadi satu peristiwa.

Lepas shoot assignment aku, aku pun shoot ar gambar dia, utk dia wat profile, kalau2 nak hantar ke agency. Konon nak kreatif, aku amik selendang merah aku, dan kembankan dia. Rambut macam style kena kipas tu. Mekap, wat garang sikit. Memang cun lah gambar tu. One day aku terbaca satu article, http://www.naimrahmad.com/?page_id=528.. antara tulisan article tu:

3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.

Yang tu ok lagi, yang tak tahan tu, aku leh wat tudung aku tu, pi wat gambar seksi lak????? Lama gak lah aku fikir, rasa menyesal sangat. Selendang tu pun aku dah buang dah. Gambar tu pulak di pos dalam fb, ramai puji cantik, perfect, awesome........

Start dari situ, aku berat hati dah nak amik gambar macam tu lagi. Bukan nak tunjuk baik, cuma....aku tak tahu nak bagi reason yang paling tepat, cukuplah sekadar aku kata, xmau dah amik gambar mcam tu. Aku dah minta tolong member baik aku tu delete gambar2 yang aku amikkan sebelum ni. Mujur dia faham, dan dia dah delete.

Dan permintaan dia baru2 ni nak suh aku amikkan gambar dia, hurm..aku xda niat langsung nak kutuk dia, tak pernah, tapi ini lebih pada diri aku sendiri. Untuk dia, just berdoa je one day..harap2 dia xkecik hati bila aku reply dalam mesej fb tadi macam ni

' gambar polaroid? alahai maz, sory bnyak2..ko jgn terasa hati tau..sbb aku dah mmg nak stop amik gambar free hair dah, kalo utk koleksi peribadi, ok lah, tp kalo utk tunjuk dalam mana2 agency or mmg nak tunjuk kat orang, berat sikit maz..kalo utk peribadi, aku berbesar hati nak amikkan:)))) '

Harap kawan baik aku ni faham maksud aku, bukan nak menghina dia, tak terlintas langsung....rasa2 ayat aku ni wat dia terguris ke?????

Aku berdoa sangat, if one day, tempat keje aku ni suh aku amik gambar free hair, or kalau aku nak amik gambar wedding..aku mohon pada Allah, semoga lindungi aku. Aku mahu ambil gambar yang menutup aurat sahaja. Bukan untuk orang lain, tapi lebih kepada diri aku sendiri............sesungguhnya, aku manusia yang sangat penakut.....maafkan aku ye.....andaikata kalau kawan baik aku ni baca entry ni, if ada lagi koleksi gambar yang aku amik dulu2, tolong jadikan privaci, bukan tatapan umum ya. Terima kasih.....:/

Sambil tu aku selit jap gambar AURAT PEREMPUAN ni..

Monday, May 20, 2013

Permainan Zaman Kecik Aku

BASIKAL MERAH
Ayah aku belikan aku basikal warna merah:) Akak aku ar p amikkan kat kedai cina tu. Aku ni penakut, so aku bawak basikal dalam umah je, siap ada roda sokong lagi. Dah lah rumah reput, bergegar2 jadinya. Aku bawak ulang alik dari ruang tamu ke dapur, dapur ke ruang tamu. Tudung saji plastik warna biru yang rongak tu aku ikat kat belakang basikal aku. N then aku letak semua barang mainan aku letak dalam tu, then seret ar. Ceng2 ar bunyi mainan dalam saji tu..haha..main sorang2 pun jadi tau:)

TANAH LIAT/BASIKAL KECIK
Pastu mainan feveret aku, tanah liat, aku wat jadikan manusia. Lepas tu, aku suka kumpul basikal kecik, kalau beli apa ntah, dapat ar percuma basikal kecik tu, pastu aku wat ar mainkan dengan tanah liat orang aku tu. Ngeng2..
Dulu xlah perfect macam ni, siap ada rantai n sandel lg..
basikal kecik aku tu just sandel kat dinding je..haha

ANAK PATUNG

Ni versi anak patung aku
norhayatiberahim.blogspot.com
Lepas tu aku sukaaaaaa anak patung. Standard ar untuk pompan sopan santun macam aku ni, ceh, bertukar ganti anak patung aku tuh. Aku colourkan guna magic colour, habis comot, rambut kusut masai, so aku mintak ar kat ibu aku nak yang baru, aku xkisah pun dapat yang murah, janji sempurna ar sikit dari yang satu tu, dengan tangan ntah ke mana, kaki sebelah xda kan? Aku janji ar ngan ibu aku, kalau dapat yang baru, aku akan jaga anak patung aku baik2. So, ibu aku pun belikan yang baru:). Mula2 aku jaga bagai menatang anak yang penuh, lepas tu, magic colour ar apa lagi, kasi mekap sikit:)))

Ni la rupa anak patung jiran aku
Hurm, dulu aku ada ar p tengok anak patung jiran. Jenis barbi yang mahal tu, sikat rambut pun x gugur, xkusut, panjang mengurai sampai punggung, rambut warna perang. Aku punya pulak, rambut kerinting keras, kalau sikat, habis gugur..huuu. Tak pa, aku tengok dari jauh jelah anak patung yang cantik tu:)).

Part paling best:)). Aku akan buat lubang kat mulut anak patung aku tu, pastu aku amik biskut, lenyek2 bagi lembik. Pastu, aku amik sudu kecik, sudu tu selalunya dapat kalau aku beli cokelet kecik tu, so muat2 je ngan mulut anak patung aku tu. Cara anak patung aku makan, mula2 aku picit perut dia, then lepaskan slow2, so angin dari dalam perut sedut makanan tu, seolah2 macam patung tu yg makan:))) Lepas tu, aku bukak kaki anak patung aku, dan buang, konon2 anak patung aku berak ar tuuu:))hahahah..

PATUNG KERTAS
Yang ni pun best. Koleksi baju, beg semua cantik2 tau. Sampai terkoyak, pastu aku p beli lagi..haha
Macam ni la rupa anak patung kertas aku:))


KERETA HOME MADE
Aku amik tilam nipis single tu, pastu bawah tu aku susun ar bantal banyak2, pastu bantal kepala tu aku wat pintu, bantal peluk, aku wat pemisah antara tempat duduk depan dan belakang. Amir ar jadi penumpang aku..haha. Dia mesti nak join punya sbb dia bukan pandai wat kete home made ni..lalala

BUAIAN ANAK KUCING
Aku amik tudung ngaji aku, sangkut kat henger, pastu henger aku sangkut bawah katil double decker, pastu aku amik ar anak kucing aku, aku letak dalam buaian, yang best tu, anak kucing aku tu leh tido lak dalam buaian tu. May b dia layankan je kot aku ni? Hahahah

KERETA MESEN JAHIT
Dulu aku ada mesen jahit lama, yang berat giler tuu. Bawah mesen tu macam ada stereng kete. Aku suka men2 bawah tu. Ngok ngek ngok ngek. Bergerak2 kiri kanan bila aku pusing stereng tu..padahal statik je pun..hihi



PETAK BADMINTON
Yang ni aku xsure samada budak lain ada main atau x. Yang ni lebih kurang macam main monyet tu. Setiap 4 penjuru court tu ada petak kecik, so dianggap rumah. Jadi if ada orang nak tangkap aku, cepat2 aku lari kat dalam petak tu. Syarat nak main nya adalah, semua orang kena lari ikut line court tu, xleh sesuka hati nak guna laluan bebas lak. Best wooo..

Ni ar antara permainan yang aku suuuuka main dulu. Aku ni suka main sorang, penyendiri gak lah, sampai akak aku ingat aku ada penyakit sbb suka men sorang2. Sejak kecik aku suka xplore benda baru, kategori kratif gak lah..haha..tapi skg ni dah ok dah, leh bergaul dah:))