S Aku, Fotografi Dulu Dan Kini ~ DIARI Online

Tuesday, May 21, 2013

Aku, Fotografi Dulu Dan Kini

Alahai..aku rasa bersalah sangat. Kawan aku ni, dia minta tolong amikkan gambar dia. Tapi...dia free hair..sebelum ni dia ada minta tolong amikkan gambar profile dia, nak tunjuk kat agency model katanya, tapi xjadi. Ni second time dia minta tolong. No2, aku pun xingat dah berapa kali time..hurmm

Cerita camana kawan aku ni leh berkecimpung dalam modelling ni bila aku final diploma dulu, kitorang ada asignment tema fashion. Pening kepala fikir, mana nak fikir kenderaan, baju, tema nak dibuat, dah lah dia nak dua keping gambar..ingat senang ke?? Idea lagi?? Nak tunggu kawan tolong, memang xleh, sbb diorang pun bz. Time tu masing2 random wat keje. Kitorang kena amik 12 keping = 12 tema yang berlainan. Jadi ada yang wat A dulu, B dulu. Aku nak wat fashion dulu, sbb pada aku fashion sangat susah, sbb nak fikir banyak benda. So aku terfikir akak aku, dia ada kenderaan, jadi kalau nak guna khidmat kakak aku, aku kena ar pilih model yang berdekatan. Fikir punya fikir, teringat member aku ni. Dia tinggi lampai orangnye.

Dalam masa 1 hari, aku shoot dua gambar fashion dengan lokasi, baju yang berlainan. Bayang betapa kelam kabutnya kami. Nak kena kejar masa sebb takut hujan ke apa ke. Alhamdulillah, cuaca ok. Sebelum tu, lokasi tu semua aku dah usha lama dah. Bila present gambar, terus lecture proced gambar aku, dan dia puji model, lokasi dan lain2. So thanks kat member aku tu. Ramai puji.

Then masa final degree. Dia jugaklah yang jadi model aku. Teman aku sampai ke malam. Bila aku serabut, dia ar gak yang bangkitkan semula semangat aku. Memang kawan yang sangat baik, aku tak pernah lupa. And then, persepsi aku tentang fashion terus berubah bila terjadi satu peristiwa.

Lepas shoot assignment aku, aku pun shoot ar gambar dia, utk dia wat profile, kalau2 nak hantar ke agency. Konon nak kreatif, aku amik selendang merah aku, dan kembankan dia. Rambut macam style kena kipas tu. Mekap, wat garang sikit. Memang cun lah gambar tu. One day aku terbaca satu article, http://www.naimrahmad.com/?page_id=528.. antara tulisan article tu:

3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.

Yang tu ok lagi, yang tak tahan tu, aku leh wat tudung aku tu, pi wat gambar seksi lak????? Lama gak lah aku fikir, rasa menyesal sangat. Selendang tu pun aku dah buang dah. Gambar tu pulak di pos dalam fb, ramai puji cantik, perfect, awesome........

Start dari situ, aku berat hati dah nak amik gambar macam tu lagi. Bukan nak tunjuk baik, cuma....aku tak tahu nak bagi reason yang paling tepat, cukuplah sekadar aku kata, xmau dah amik gambar mcam tu. Aku dah minta tolong member baik aku tu delete gambar2 yang aku amikkan sebelum ni. Mujur dia faham, dan dia dah delete.

Dan permintaan dia baru2 ni nak suh aku amikkan gambar dia, hurm..aku xda niat langsung nak kutuk dia, tak pernah, tapi ini lebih pada diri aku sendiri. Untuk dia, just berdoa je one day..harap2 dia xkecik hati bila aku reply dalam mesej fb tadi macam ni

' gambar polaroid? alahai maz, sory bnyak2..ko jgn terasa hati tau..sbb aku dah mmg nak stop amik gambar free hair dah, kalo utk koleksi peribadi, ok lah, tp kalo utk tunjuk dalam mana2 agency or mmg nak tunjuk kat orang, berat sikit maz..kalo utk peribadi, aku berbesar hati nak amikkan:)))) '

Harap kawan baik aku ni faham maksud aku, bukan nak menghina dia, tak terlintas langsung....rasa2 ayat aku ni wat dia terguris ke?????

Aku berdoa sangat, if one day, tempat keje aku ni suh aku amik gambar free hair, or kalau aku nak amik gambar wedding..aku mohon pada Allah, semoga lindungi aku. Aku mahu ambil gambar yang menutup aurat sahaja. Bukan untuk orang lain, tapi lebih kepada diri aku sendiri............sesungguhnya, aku manusia yang sangat penakut.....maafkan aku ye.....andaikata kalau kawan baik aku ni baca entry ni, if ada lagi koleksi gambar yang aku amik dulu2, tolong jadikan privaci, bukan tatapan umum ya. Terima kasih.....:/

Sambil tu aku selit jap gambar AURAT PEREMPUAN ni..

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.