S Dapat minuman free ~ DIARI Online

Friday, January 28, 2011

Dapat minuman free


27/1/2011

Hari ni aktiviti aku nak ke libry (kisah semalam yang beg duit aku hilang). Tapi ni kisah lain. Otw nak keluar dari kolej, ada nyonya (pekerja syarikat minuman) bagi aku air free yang dalam botol tu. Aku tak nak ambil sebab minuman tu not my feveret. Tapi ambil juga sebab berpegang pada kata-kata, musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak. Aik? Betul ke peribahasa aku tu? Hahah.. Air blackaren. Masam, tak sedap. Dalam hati terdetik, 'Kan best kalau air laici'..Dah sampai libry, perut rasa lapar pulak. Dah beli makanan, aku ke tempat air pula. Erm, tak ada yang menarik perhatian. Terus teringat air free yang ada dalam beg aku. Erm..rezeki ni. Patutlah peribahasa kata rezeki jangan ditolak sebab pasti kita akan perlukan rezeki yang kita dapat tadi. Haha..masam pun masam lah, janji air ni lagi sedap daripada air yang ada jual kat situ (mungkin sebab air ni free).

28/1/2011 iaitu pada hari ini. Yang diatas tu hanya mengimbas kembali.

Rasa perut lapar dan aku terus bersiap untuk membeli makan. Otw nak ke kedai makan, nyonya semalam bagi lagi air free. Dan kali ni AIR LAICI! Aik..ajaib. Nyonya ni macam tahu2 ja hati aku cakap apa. Mula2 dia bagi 2 botol (may be nak habiskan cepat sebab bebudak nak cuti sem dah, jadi tak ramai yang ada kat kolej sekarang). Aku terus letak air free tu kat tempat yang tertentu sebab aku nak pergi beli makanan dulu. Bila dah beli cepat2 aku ke tempat nyonya tu balik. 'Nak air free' kata aku tanpa segan silu. Terus dia bagi kat aku 7 botol air free!! macam perli je? Kata aku dalam hati. Terus aku balik, yang 2 botol yang aku letak kat tempat tertentu tu aku biarkan ja sebab tangan aku dah tak muat nak pegang sebab diorang tak bagi plastik, kotak yang berlambak tu diorang nak guna balik. Haha..dalam hati ada niat nak turun balik, nak ambil beg kosong, tapi tak jadi sebab dah banyak dah. Siapa yang nak minum?

Aku pelik apasal diorang ni bagi air free kat kitorang. Jenama femes tu. Tak rugi ke. Siasat punya siasat, patutlah, dah nak expired dah. Air free yang aku dapat hari ni expired pada 3/2/2011 iaitu 5 hari dari sekarang. Dan air blackaren tu pulak expired pada 31/1/2011. Hahah..best jugak..kalaulah pizza ada tarikh luput macam tu, ermm, alangkah bahagianya aku;)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.