S Kak Yong dan Adam ~ DIARI Online

Thursday, December 9, 2010

Kak Yong dan Adam

Perjalanan hidup aku pada hari ini. Tidak banyak yang berubah. Aku menjaga dua orang anak buah aku yang comel, yang sulung aku panggil kak yong, nama dia Adriana Zaqeera bt Aziz berumur 5 tahun dan yang bongsu aku panggil adam, nama dia Adam Ziqree bin Aziz berumur 4 tahun (xsure ejaan betul ka tak..haha..dan lagi satu nama diorang ni panjang sedangkan nama ayah diorang pendek ja..isk2)

Kak yong seorang yang aktif manakala adam seorang yang lambat sedikit. Yang paling membosankan bila time makan, adam lah yang paling lambat sekali habis makan. Samada makanan yang aku masak tu tak sedap ataupun dia ikut sunnah nabi kunyah 44 kali. Tapi bagi orang yang tak sabar macam aku ni kadang2 boleh tercabar jugak bila kitorang dah habis makan tapi adam masih makan hingga 1/2 jam lewat! Tak boleh jadi, aku kena buat strategi.

Pertama aku suapkan. Memang cepat habis sebab aku kepal nasi sebanyak yang mungkin biar nasi tu cepat habis (tak menjadi). Kedua aku letak nasi sikit ikut kesesuaian semasa (tak menjadi dan adam boleh cakap 'Mak jang, nasi banyak sangatlah mak jang..' walaupun kandungan nasi tu sudah aku kurangkan hari demi hari dan dia cakap benda yang sama hari demi hari dan suatu hari aku cakap 'Adam!jangan nak mengada!MAKAN!!) Ketiga aku ugut, 'siapa yang makan lambat kena duduk sini sorang2.' Niat aku nak bagi dia makan cepat dan takut. Memang dia takut tapi dia makan jadi lebih perlahan sebab menagis. Keempat, aku tutup tv sebab nak bagi diorang concentrate makan. tapi diorang bergaduh pulak. Bertambah lambatlah adam makan. Dan terakhir dan berjaya, aku biarkan adam makan makanan dia sehingga habis walaupun mengambil masa yang lama.

Dua adik beradik ni sangat mendengar kata dan tidak susah untuk aku jaga. Agaknya mak diorang dah psyko kot. Setakat ni tak ada masalah cuma kadang2 tu hilang sabar jugak bila diorang ni degil. Baru tadi aku cubit Kak Yong sebb menipu. Semalam adam kena tampar ngan aku sebb masa makan dia gelak buat2 dan kena cubit sebb main air liur. Erm..rasa bersalah pulak, i'allah akan diperbaiki mutu. Well, aku sebenarnya tak suka budak2. WHAT!

Memang betul. Aku anak bongsu selama 8 tahun dan diragut oleh adik lelaki aku. Tak ada lagi 100% kasih sayang untuk aku. Pendek kata pengalaman hidup sebagai anak bongsu ni membuatkan aku tak suka budak2, bayi dan seangkatan dengannya. Bagi aku diorang ni membosankan, leceh dan sebagainya. Pernah sebelum ni abang aku nak minta tolong jagakan anak dia sebb bini dia sarat mengandung tapi tak jadi sebb dia tak percaya dekat aku. Dia kata, pasti, comfirm dan yakin aku akan biarkan anak dia menangis, dan bla3. Kemudian, Along aku pulak minta tolong jagakan anak dia sebb suami dia masuk hospital. Aku pun rela hati jaga lah diorang. Dan abang aku tak percaya Along percaya kat aku. Huh..

Yang sebenarnya lagi, sejak Kak Yong dan Adam lahir, hati aku mulai terima kehadiran kanak2 dalam dunia ni(tapi masa kecik aku tak endahkan sangat pun sebb malas nak pergi mandikan atau nak pakaikan lampin dan sebagainya). Tapi sekarang diorang dah besar dah boleh berdikari, jadi aku berani nak jaga, dan yang penting diorang tak pakai pampers..hehe..paling tidak agaknya dah sampai seru kot??i'allah

Ermm..kesian rasanya, kecik2 macam ni bila membesar tak ada ayah disisi. Apa pun Mak Jang, Mak Teh dan semua sayang dekat kalian berdua..

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.