S Peperangan Adik-beradik ~ DIARI Online

Thursday, December 9, 2010

Peperangan Adik-beradik

Bila aku tengok sikap Kak Yong yang tak mahu mengalah dan Adam yang selalu mengalah mengingatkan aku kenangan antara aku dan adik bongsu aku, Amir masa kami kecil. Masa aku darjah 2 iaitu 8 tahun aku dikurniakan adik lelaki yang comel. Rasanya masa dia kecik aku tak ada masalah, hinggalah dia boleh bercakap, berjalan dan melawan cakap aku. Aku ada seorang kakak, tapi masa tu aku tak rapat dengan dia sebb dia aktif dengan aktiviti sekolah. Aku dan dunia aku. Ayah dan ibu menurut segala kehendak aku. Almaklumlah, anak bongsu lah katakan. Tapi kehadiran Amir meragut semuanya. Bermulalah peperangan! Huh..
 
Kalau kami gaduh, xda makna macam ni je, selalunya, ada adegan
gusti menggusti..haha
Yang aku bengang tu, ibu selalu menangkan Amir. Ibu kata aku kenalah mengalah dengan adik. Huh! Tak mungkin. Boleh dikatakan kalau salah sorang antara kami tak ada, alamatnya sunyi dan amanlah rumah tu. Kadang2 jiran pun pelik. Kalau sehari tak dengar suara aku menjerit dan suara Amir menangis, memang tak sah. Ayah dan ibu pun dah fed up. Kalau hitam kata aku, hitamlah. Kalau yang membantah tu, aku akan merajuk, dan sifat keibuan ibu selalu mengalah bila berada dalam situasi tu.

Bila bergaduh, peralatan yang aku selalu guna, batang penyapu. Rasa seronok pukul adik aku dan tengok dia menangis. Bab tengok tv, memang tak sah kalau tak bergaduh, memang aku akan pastikan aku dapat siaran cerita apa yang aku nak. Kadang2 bukan nak tengok sangat pun..haha. Amir sentiasa kalah, tambahan pula aku sorokkan remote tv kat dalam baju aku..hahah..

Ada satu peristiwa, agaknya masa tu ibu dah muak dengan sikap aku yang tak pernah nak mengalah, satu hari ibu tanya kat aku, 'mana adik?' aku pun dengan bangga cakap 'entaaaah' dan ibu aku terus jegilkan mata 'pergi cari adik sekarang!!' Perghh..masa tu dalam hati ni menyumpah2 adik aku. Aku harap adik aku hilang je terus, senang hidup aku. Tapi dalam masa yang sama harap adik aku tak pergi jauh sebb takut ibu aku marah. Dari atas bukit aku tengok2 kat bawah, kot2 lah adik aku ada. Kalau dia balik memang teruk aku kerjakan.

Dari jauh budak kecik yang pakai baju berseluar pendek karton warna oren serta berselipar kaki menjulur kedepan berjalan menghala ke arah aku. Aku menunggu dengan sabar. Dia sampai ja terus aku terkam dan pukul dia. Alamak...ibu jari dia yang ada luka baru ja nak sembuh, tapi disebbkan aku, jari tu berdarah balik. Apalagi memekaklah dia. Bila ibu aku tau dia terus kejar aku, dan aku lari selaju yang mungkin. Aku berlindung dekat sebatang pokok. Ibu aku amik tanah keras dan baling ke arah aku. Tapi aku pandai mengelak! fuh..Dari jauh jugak aku nampak along baru balik. 'Boleh berlindung ni.. Terus aku lari berselindung belakang along yang lebih besar dari aku tu. Tapi apakan daya, ibu lagi gagah dari along, aku ditangkap dan muka aku ditampar beberapa kali. Aku terus lari dan masuk ke dalam bilik aku dan dot3..hahah..

Tapi peristiwa itu tidak membuatkan aku serik. Hanya beberapa kali ja aku kecundang dalam peperangan ni, dan selalunya akulah juara. Peperangan berlangsung hingga usia aku mencecah umur 17 tahun, itu pun masa aku masuk IPTA. Sekarang ni, adik aku bukan lagi budak yang pendek paras pinggang aku. Dia sekarang lebih tinggi dari aku, ketinggian aku hanya paras bahu dia aja..haha..suara dia pun dah jantan sekarang..hahah..Walaupun begitu, gaduh2 tu masih ada, tapi tidak seteruk dahulu. Tanpa sedar peperangan itu merapatkan lagi hubungan kami adik beradik;)


Peperangan yang panjang pun pasti akan
BERAKHIR:)

2 comments:

  1. hahahahahaha........... jealous bkn main lagi ko yer.. eh,xsangka ibu ko garang juge yer? Aku tgk ibu ko org yg lembut.. mmg xsangka..selembot2 ibu ko tuh..ade jgk yg kene penampor.. wahahaha ;p

    ReplyDelete
  2. tu lah yang ko tak tahu..dulu memang garang cuma skg ni lembut sikit..hahah..tahu xpa..aku mmg cemburu kuat:P

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.