S DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 6, 2013

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2

So, KENAPA PARTNER AKU DIBERHENTIKAN WALAUPUN DIA OK? Well, masa tu setelah 6 tahun company beroperasi, company aku ada masalah yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan company TERPAKSA berhentikan beberapa pekerja..partner aku salah sorang darinya..masa tu ada lah dalam 10 orang diberhentikan sementara sbb company tak mampu bayar gaji jika mereka terus bekerja disitu, kecuali aku dan lagi sorang dikekalkan sebab......yang sorang tu sgt independent kalau kerja diluar, tak perlukan pembantu..aku pulak, sebab aku tahu IN DESIGN..perghh..so aku dikekalkan..

Sebelum cerita buang membuang ni, ada sorg staf ni, tetiba bos panggil dia utk meeting..dia sorang lak tu..aku tertanya gak, kenapalah ni kan..dia balik, muka sedih2 bagai n cakap kat aku lah, dia akan dibuang sementara..so dia ckp aku kena ar get ready..n jgn bagitahu yg aku dah tahu..alamak, masalah untuk orang JUJUR macam aku ni..camana nak keep secret nih..dan..bos panggil aku..masa tu aku dah ready sepenuhnya..bos pun cerita masalah itu, ini n tanya aku 'kalau awak nak berhenti, saya tak halang, tapi kalau awak nak bantu, teruskanlah keje esok'..aik?? Lain macam ayatnya ni..aku kena buang ke tidak ni?? Dan secepat kilat dan seikhlas mungkin aku jawab 'ESOK SAYA DATANG'..huu:)..bukan sebab duit, tapi aku dah sayang dengan company ni:)) So, sudah pasti aku akan tolong kan?

Memang tak rugi aku ikut cakap lecture cerewet tu..member lain amik jalan mudah siapkan projek dgn guna sofware yang selalu kami pakai..IN DESIGN adalah sesuatu yang sangat baru, tambah pulak kami belajar hanya untuk beberapa bulan sahaja, assignment pulak nak dihantar secepat mungkin? Tapi mujur aku buat apa yang lecture ajar, guna IN DESIGN..walau tak secantik macam projek kawan2 yang lain, atleast aku sudah tahu basic2 IN DESIGN tu setelah bersusah payah godek sana sini..fuh..lap peluh..percayalah, apa pun yang lecture ajar, walau susah, pasti untuk kebaikan..aku percaya benda tu, so skg dah terbukti, kerana IN DESIGN aku tak diberhentikan:)

Mula2 memang rasa sedih..bayanglah, mula2 ofis bising, tiba2 yang ada dalam ofis cuma aku je, sbb yang sorang lagi tu banyak kena keluar..tapi..xsampai setengah jam, x-staff yang lain dtg lepak ofis? Aik? haha, wat penat je rasa sedih..dan hari seterusnya bos bagi diorang wat part time..diorang tak nak cari keje sbb diorang pun sayang ofis ni:)..so aku buatlah kerja aku seadanya dengan gembira seperti sedia kala..

Setahun kerja, akhirnya aku dapat partner baru..actually, nak cari budak admin sbb budak admin lama nak berhenti..mula2 aku tak masuk campur sbb admin lama yang interview budak2 ni sbb dia lebih tahu bidang dia dan apa yang company ni nak..one day dia p lunch pulak, so aku lah yang kena interview budak ni..oklah, aku tnya itu ini, n STOP, dia bawak resume IN DESIGN..fuh..so aku suggest dia dekat bos utk jadi partner aku, sbb aku malas nak tunggu bulan berikutnya untuk bos bukak iklan untuk grafik ni..hai..ingat senang ke nak interview?? Kena angkat phone, kena gtahu alamat la apa la, kena tnya soalan yang sama dan macam2..PENAT..n rahsia ni aku nak bagitahu bg sapa2 yang nak p interview..just b urself..walaupun awak xda apa2, just JUJUR je..dan berani..dan study company apa yang korang nak interview..if kerajaan, jgn lah selekeh..if studio, janji kemas..kan beza tu?

Kadang2, dalam iklan macam2 dia tulis, dan kadang2 xda orang pun yang dtg untuk iklan diorang tu, n datang lah korang, tetiba diorang amik korang keje walaupun nak banding diri ngan iklan tu memang TAK LAYAK sbb in case diorang nak URGENT..pengalaman aku interview orang, walaupun company studio, bos xkisah pun if diorang tak da kemahiran atau pengalaman, yang penting dia nak orang yang sudi belajar..

Lain majikan, lain lah yang mereka cari..macam aku masa mula2 nak keje sini, dalam iklan cakap nak umur 28 tahun, ada lesen, dan grafik design..satu pun tak sesuai dengan aku..dan may b bos malas nak interview lagi, or aku je yang datang, haha..or memang aku layak? So TAK CUBA TAK TAHU kan?? Rezeki yang datang tu ada macam2..tapi kalau ada seribu macam ALASAN, macamana lah rezeki nak datang? Dia pun seribu kali tak sudi..

Aku dapat partner baru, budaknya bagus cuma selalu cuai bila buat kerja..its ok, budak baru belajarlah katakan..dan dia gelar aku mak tiri..hamboih..garang sangat ke?? N nak cerita pasal RM800 TO RM1200 (1 TAHUN KEJE)..ni perjalanan gaji aku..
- RM800 plus allowance komitmen
- RM1000 plus allowance komitmen
- RM1200 plus O.T ikut jam..
kan..xsia2 aku makan hati dengan kawan2 yang rasa diri hebat sangat..rezeki tu ALLAH yang bagi..if kita ikhlas, insya allah, SEMUA kita dapat..yang penting, hati mesti tenang dalam bekerja, jangan berkira dalam bekerja (yang ni ada2 masa aku berkira, ada sebab aku wat macam tu)..jangan ada hasad dengki if ada yang lebih dari kita..dulu, baik buruk, semua atas bahu aku..skg bila dah ada partner, pasti bos aku akan banding aku dgn budak baru tu kan? Tapi xpa, itu akan membuatkan aku menjadi lebih baik..ada partner ni best jugak, leh bersaing:)..

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1

Huih..dah nak pukul 5 pagi dah, malas nak tido..boleh? haha..kat tv siaran lagenda budak setan 2, tak tgok pun, sibuk layan internet..skg ni aku sibuk cari peluang keje part time online, jwb survey ke apa ke, janji halal dan dapat duit..setakat ni tak da apa2 duit yang aku dapat sbb xda apa2 survey yang diorg hantar kat email aku..yang aku tak faham skg tentang Pay pal ni.. aku dah buat dah, rasa2 leh pakai ke? aku xsure lah leh pakai ke tidak..confius lak..

Tujuan aku nak cari keje online ni sbb bulan 5 ni company aku xberapa ada projek, walaupun gaji aku leh tahan, tapi aku kena ada income lain untuk buat belanja harian, almaklumlah, aku nak simpan duit kawin kan:)..xpa, susah dulu, senang kemudian..

Dah setahun aku keje kat sini..dulu sibuk nak habis belajar..haha..kelakar bila ingat..habis je belajar, aku keje part time jual baju..bersungguh2 aku keje, kedai aku paling bersih tau..bayangkan, ada customer siap tnya lagi 'dik, kena bukak kasut ke ni?'..punya bersih lantai kedai tu aku kejekan..haha..n then, aku xingat aku nak cari apa kat mudah.my, aku terjumpa iklan keje aku skg..ciri2 pekerja yang dia nak adalah:
- wanita ada lesen memandu
- 28 tahun ke atas
- grafik design

Hurm..nak cuba ke tak? umur aku baru je 23 tahun masa tu..lesen..dalam proses sebab aku fail kali ke tiga!! Kalau nak lesen, mesti nak suh p mana2 lah tu kan? Fikir punya fikir, aku try lah jugak..so interview lepas semyang jumaat..berdebar gak sbb aku ni bukan lah tahu sgt grafik kan..tapi kalau TAK CUBA TAK TAHU kan? Hari jumaat pun tiba, aku pakai baju feveret dan baju bertuah aku yang warna merah tu..masa final asses pun aku pakai baju tu jugak:)

O..ofis ni baru pindah rupanya..sbb masa aku sampai, xsiap renovate lagi, karpet pun tengah nak pasang..dan yang paling best, opis ni DEKAT gila dengan rumah aku, kalau jalan kaki, amik masa dalam 30 minit, kalau nek bas, 15 minit..nek motor 5 minit..kete 10 minit..purata kiranya xsampai sejamlah:)..dan memandangkan rumah aku adalah perhentian bas, so mmg xsusahlah kalau nak pergi keje..dan kalau aku kena stay tido opis, ibu aku mesti tak risau punya:))..aku tahu, kalau dah nama studio, bab2 tido opis ni mesti tak dapat elak punya lah..

Soalan pertama aku bila sampai opis ni adalah 'wah cantiknya opis ni!!?'..sebab opis ni guna warna feveret aku, merah plus hitam:))))..double senyum..haha..silap, itu bukan soalan, yang ini soalan, 'bos sini melayu, cina or india?'..time tu aku tak tahu pulak org yg jawab soalan aku tu rupanya bakal bos aku..so dia jwb 'melayu:)'..aku bukan prejudis pada kaum, cuma aku ada sebab aku sendiri..xsalahkan kalau ada prinsip sendiri? Tambahan pula, aku jenis kerja yang bersungguh2, jadi aku cuma nak rasa berbaloi jika bekerja dengan syarikat islam..Setelah dikaji selidik di kedai makan, kat opis xsiap renovate lagi, bos belanja minum tuuu..wahhh..haha..aku diterima keja sebagai GRAFIK DESIGN dengan gaji rm800..

Hari pertama keje, aku dah buat hal, baru sentuh komputer, aku terpaksa hantar komputer tu pegi 'klinik'..so satu hari aku relex tanpa buat apa2..n then mulalah satu tugasan pertama aku, huih, baru tahu rupanya aku dapat bos yang cerewet..its ok, masa belajar dulu, selalunya aku admire dekat lectera yang cerewet..xkisahlah kalau kekawan len xsuka dekat lectera semacam ini, tp bg aku, selalunya org yang cerewet ni BERJAYA dalam bidang masing2..sebab, mereka perfectenist, dan selalunya hasil kerja mereka memang akan disukai..tapi biasalah, kdg2 keterlaluan jugak, tp its ok, aku tetap suka dengan mereka2 ni..haha..hinggakan masa dip, aku pilih supervisor yg super cerewet!..kui3..n masa deg pun sama walaupun beliau tak secerewet supervisor dip aku:)


Dengan gaji rm800 tu aku rasa pada waktu itu sudah mencukupi, siap ada simpanan lagi..sbb aku tak ada kereta, xbayar rumah, just untuk diri 100%..aku xkisah pun, kira ok lah tu sbb mula2 aku letak rate harga aku rm600 tau;p..bukan lah nak kata aku ni xda harga setanding dgn sijil aku tuh, cuma terasa aku sgt perlukan kerja dan pengalaman tu? Memang sungguh, duit aku letak paling bawah..so bila kawan2 tnya, keje apa..dan pasti akan ada soalan wajib seterusnya, gaji berapa?..ntahlah, aku tak tahu, may b nak banding dgn diri mereka kot? may be..aku dgn jujurnya jwb..rm800

Dan..dia akan ckap 'rm800 as a graphic design?? SIKITNYER??'..aku reply :) ajer..sbb chat je, kalau depan mata tu, sure2 dia akan nampak muka aku mcm ni :/..tipulah kalau aku xkecik hati!!..huh..kadang2 bila org tnya, aku tipu ar ckp rm1000, pun still diorang ckp, itu je??aiyooo..nak berapa sebenarnya?rm1juta ke??..so lepas tu, malas nak buat hati org senang, aku cakap jelah rm800..hurm..xpa2..buat yang terbaik..niat asal apa? Pengalaman kan? So, pasal duit tu xyah fikir..dia datang dan pergi..

Well, aku HAPPY giler keje sini..ofis warna feveret aku, xyah pakai kasut dalam opis, ada meja sendiri, dekat dengan rumah, bos selalu belanja, aku enjoy dengan job aku..sedar xsedar dah masuk 1 tahun keje:)..satu jangka masa yang lama untuk aku sebb before this 2 bulan paling lama sbb keje time cuti sem..n then..jeng2..aku dapat partner baru!!yea!!..tapi xlama, sbb dia wat hal, main fb sambil wat keje..bukan aku report k, depan bos aku dia men fb..hari pertama keje lak tu!!..so bos aku berentikan dia setelah ditegur dan diberi peluang, cari partner len utk aku..partner yang ini ok, xda masalah dan membantu meringankan beban aku..taaaapi..ada masalah len lah pulak yang membuatkan company terpaksa berhentikan dia:))..oklah..nanti sambung..kang bosan lak baca panjang2..tunggu episod ini ' Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2 ', aku akan cerita
- KENAPA PARTNER AKU DIBERHENTIKAN WALAUPUN DIA OK
- RM800 TO RM1200 (1 TAHUN KEJE)
- DAPAT PARTNER LAIN (HOPFULLY LAST)

Tak Tahu Siapa JODOH Aku

Ingat x kisah tentang CINTA OKU? Sekarang kami sudah BERTUNANG:)..ikut perancangan tempoh tunang 2 tahun, tapi skg dah nak habis tempoh dah..ada lagi sebulan je:)..hurm..senyum xberapa nak senyum gak lah..kami tangguh kawin, itu cerita dia..

Dari side positif, mungkin sebb kami belum ready lagi..selama tempoh dua tahun tu, kami jarang berbincang tentang kawin atau persiapan kawin atau apa saja yg berkaitan dgn k.a.w.i.n..dan mungkin ALLAH bagi kami masa untuk berfikir semasak2nya tujuan kami @ ALLAH nak beritahu yg kami bukan jodoh @ kami memang jodoh yang terbaik jika sanggup susah dan senang sama2..macam2 kemungkinan kan? 

Dah nak habis tempoh tunang ni, baru nampak kesepakatan kami..kami sepakat kumpul duit sama2 start bulan ini..dah terlambat kan? Tak lah..ALLAH MAHA mengetahui apa yang kami tak tahu..so kami usaha sehingga betul2 jadi..insya allah..

Kalau ikut kepala kami sendiri, kami nak buat majlis nikah dan kenduri sikit2 je..tapi kena fikir belah keluarga aku dan dia..andaikata ada antara mereka yang kecil hati, lebih2 lagi belah ibu, mak dan ayah dia dah tak da, tak ke yang tanggung keberkatan kahwin kami tu adalah kami sendiri sepanjang hidup kami nanti? Permintaan ibu tu mudah, dia xharap majlis yang besar, sekadar cukup agar saudara belah perempuan tahu yang anak perempuan dia dah kahwin supaya tidak timbul fitnah..dia xkisah xda pelamin..xda itu xda ini..

Biasalah, belanja kawin sekarang, paling koman dan jimat, setelah ditolak itu ini, tidak mungkin dapat lagi harga rm5000 tu kan? Melainkan kalau aku kawin secara beramai2 anjuran kerajaan atau badan2 tertentu..memang rasa nak kawin beramai2, tapi tunggu lah kalau PLAN A tak jadi, kita pergi ke PLAN B, iaitu kawin ramai2..:)..PLAN A adalah kumpul duit sama2..

Ada orang tanya, aku xkisah ke kawin ramai2??Kisah sikitlah kan, sebagai perempuan yang nafsunya bnyak pada harta benda, siapa yang tak nak majlis kawin dia ikut warna yang dia inginkan, siapa yang xnak merasa majlis kawin dirai hanya untuk dia seorang, tapi kalau lah memang xmampu, kita cari jalan lain yang lebih mudah dan jimat..aku mmg xsetuju BERHUTANG semata2 nak kawin..

Bayang, lepas kawin, insya allah ada anak..susu, makan pakai dia..n then sekolah dia, n then, masuk universiti dia..n then bla2..so bila masa nak bayar hutang kawin tu? Tambah pulak aku ada hutang PTPTN..WAJIB kena bayar walau apa pun orang cakap pasal PTPTN..pada aku, orang lain xnak bayar tu, itu hak dia, tapi untuk aku yang mmg dulu bergantung harap pada duit pinjaman tu, tetap akan bayar..xnak nanti dituntut masa akhirat..pahala yang sedikit bertambah muflis pulak semata2 diganti dgn bayar hutang yang melambak tu..bukan tidak percaya dengan REZEKI LEPAS KAWIN..tapi ada cara lain selain dari berhutang kan?

Jadi? Tunggu dan lihat samada mmg dia jodoh aku atau org lain..KAMI mmg redha walau apa ketentuan ALLAH untuk kami sbb kami tahu ALLAH akan tentukan yang terbaik untuk kami..aku dah ada nama untuk anak aku:))

Perempuan : NURUL HANNAN
Lelaki : MUHAMMAD FAHRI

:))

Monday, April 25, 2011

Nak habis belajar!!

Semester ni. Tahun ni. Aku rasa bukan semester dan tahun yang bertuah untuk aku. Pertama, ujian
memandu aku, fail, kedua hidup aku hura-hara, ketiga pelajaran aku ntah apa2. Semua serba tak kena. Semester ni adalah semester terakhir aku. Jadi masa nak start sem baru, aku penuh semnagt untuk habiskan sem ini dengan jayanya dengan menghasilkan work2 yang bermutu tinggi. Sebelum start sem baru lagi aku dah pilih tajuk untuk aku buat kajian.

Depan semua lectera dengan yakin dan bangganya aku present tajuk aku, mula2 diorang macam xyakin aku boleh buat sebab tajuk aku ni susah. Tapi agaknya bila diorang tengok kesungguhan aku, tu yang diorang terima kot;). Then, aku buat work aku dengan bersungguh-sungguh. Untuk presentation pertama kami kena produce 4 keping gambar. Sampai giliran aku, macam biasa aku dengan yakinnya berkata-kata. Then diorang komen, kritik dan sewaktu dengannya. Aku mula pening dengan work aku. Episod tidak bertuah pun bermula.

Aku jumpa lectera lain untuk tanya pendapat mereka, mereka mula bercakap, aku dah pening, lectera kedua pun bercakap jugak, aku bertambah pening. Kemudian aku jumpa supervisor aku, aku minta pendapat dia, tapi apa yang dia cakap macam tidak capai apa yang aku nak, aku tak faham. Kemudian aku jumpa ex-bos aku, dia buat advertising, relate dengan apa yang aku nak buat, sebab dulu dia pernah kata, kalau perlukan bantuan, jumpa dia. Then aku pergi jumpa dia, dia komen, tapi masih atas angin. Soalan aku seolah tidak berjawab, cuma menambah beban di atas kepala.

Lighting studio jangan cakaplah, asyik muka aku je yang pinjam. Tapi hasilnya tetap tidak memuaskan hati dan tidak meyakinkan aku seperti sebelum2 ni. Sebab, walaupun aku tidak lah bagus mana, tapi bila aku suka dengan apa yang aku buat, walaupun tidak sehebat mana, aku tetap akan yakin dengan work2 aku. Tapi kali ni tidak...serba tidak kena. Adakah kerana tajuk aku? atau pemilihan supervisor aku (orang yang akan membimbing aku)? atau genre pilihan aku? Entahlah. Bukan tidak usaha tapi semua tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Puncanya satu, sebab aku terlalu sibuk berfikir tentang 'Adakah orang akan faham imej aku'. Sebab tu idea aku terus stuck, sebab aku merasakan diri ini tidak bebas untuk berkarya. Then bila rasa tidak bebas, aku tidak ada jiwa berkarya. Then bila aku paksa untuk berkarya, terhasil lah karya yang macam SAMPAH~~

Kali kedua presentation kami kena produce 4 keping gmbar lagi, tapi aku tak datang, walaupun aku dah siapkan 4 keping gambar tu, tapi aku rasa lost. Hilang 10 markah..huhu.. Kali ketiga presentation, dengan tidak yakinnya aku produce 12 keping gambar. Yang peliknya semua lectera diam, dan ada sorang lectera tu wat muka, muka macam work aku ni adalah work yang sangat teruk. Adoi..mulanya aku ingat nak buat lagi, tapi aku dah tak ada jiwa langsung nak buat work yang baru. So, biarkan lah 12 keping tu. Aku dah tak nak buat lagi dah. MALAS, KECEWA..semua perasaan ada. Yang pasti sekarang, aku dah tak sabar nak habis belajar....

Saturday, March 5, 2011

Assignment tak siap lll

Kerja yang berlambak hari tu sudah aku siapkan. 4 keping je kan? Tapi rasa macam nak tercabut semua urat bagi memastikan mesej yang ingin aku sampaikan dalam imej tu sampai pada sasaran audience aku. Almaklum aku ni buat tentang kempen, jadi mesej kena kuat. Tapi..masa presentation hanya dua gambar aja yang ok..yang satu tu kena reject sebab mesej tak sampai (seperti yang dijangka) dan yang lagi satu tu pula kena perbaiki sebab masa present, tak da pula mereka cakap reject? So terima lah tu kan? Walaupun aku kena kaw2 punya..haha..

Selepas ini ada lagi 8 keping gambar. Masa tinggal lagi seminggu untuk aku siapkan imej yang berikutnya sebab minggu depan kena present 4 keping gambar lagi. Erm..idea yang sebetul2nya belum ada, cuma kalau yang bermain-main dalam fikiran tu memang banyak lah kan? Masalah biasa, memastikan agar mesej sampai pada audience, bukanlah sesuatu yang mudah tapi bukan mustahil kan?

Ok, cerita tentang seseorang telah mencuri artwork seseorang dengan mengaku artwork berkenaan adalah work si pencuri tu. Tak tahulah sahih atau tidak. Kalau sahih, kesian 'women photographer' tu wajahnya terpampang di dalam blog empunya artwork yang asli. Walaupun wajah wanita tu di tutup line hitam, tapi dengan adress tagged yang diberi, sure pembaca blog tu akan cari. Aku sendiri cari, memang wujud wanita tu, dan aku nampak wajah tanpa selindung, erm..kesian juga??

Dari pandangan aku, bila aku tengok gambar2 yang wanita ni tangkap, rasanya dia memang bukan seorang pro photographer, atau atleast seorang yang pandai ambil gambar secara semulajadi. Sebab dari segi angle, memang tak betul dan macam guna kamera yang murah sedangkan kamera beliau mahal? Setiap gambar ada tulis edited by..captured by..talent..and so on. Betul ke gambar ni diedit? Erm, mungkin sebab dia tambah bingkai hitam pada gmbar?

Ada antara title, dia tulis WOMEN PHOTOGRAPHER. Menyirap juga bila baca sebab aku yang belajar photography ni pun rasanya belum layak lagi digelar macam tu, inikan pula dia yang entah sapa2? Tapi bila difikir2 balik, suka hati dia lah kan? Itu just gelaran aja, betul tak?

Dari sudut yang positif, aku lihat dia seorang yang berani, bercita-cita tinggi di dalam dunia photography? Alahai, kenapa tak belajar? Dalam course aku ni, bukan semua bebudak aku suka bidang ni, masuk pun sebab terpaksa atau sebab tak tahu nak ambil bidang apa. Tapi benda ni selalu terjadi di dalam akedemik kan? Berani sebab berani ambil gambar khawin (aku belum capai tahap berani lagi..hehe), rajin explore editing, dan bercita2 tinggi nak jadi pro photographer..tidak mustahil kan? Dari perkembangan gambar2 beliau, ada peningkatan dari segi angle, lighting, walaupun peningkatan yang tidak banyak berubah, atleast ada?

Cuma yang tak bestnya curi work orang lain dan letak watermark nama sendiri. Tapi tak nak lah komen banyak2 sebab tak tahu lah sahih ke tidak. Sebab, kalau betul lah, rasanya wanita ni berani sebab dia tak takut orang lain dapat cam benda ni. Bukan ke dalam social network sekarang, benda2 macam ni bukannya susah nak kesan kan? Ok lah, kerja tak berjalan2, banyak buat kerja lain dari tadi. Isnin nak kena hantar thesis. So ada masa lagi 2 hari..(selalu macam ni, tak pernah insaf dengan kesilapan lalu. Nak buat macamana, idea tak ada, alasan ke tu?)

Tuesday, February 15, 2011

Assignment belum siap ll

Adoi..gabra betul hati dan perut ni. Esok nak shoot, entah jadi ke tidak ni. Macam2 ada dalam benak fikiran aku. First, barang nak shoot aku letak dalam bilik lectera. Yang merisaukan aku, adakah barang2 itu selamat di sana? Barang2 tu termasuklah baju model, kasut model, baju member yang aku pinjam, pancing abang aku..banyak tu barang berharga. Bukan apa, tak larat pulak nak angkut semua barang2 tu balik bilik. Lepas tu nanti nak kena bawa balik ke fakulti?

Perkara no 2, pasal model aku ni. Aku call dari siang tadi tak berjawab. Dia off handphone. Apasal ek? Dia gaduh ngan bf dia ke? Dah lah dia dan bf dia tu jadi model aku. Kalau bergaduh, camana aku nak ambil gambar diorang? Dah lah dalam gambar tu nanti kena menampakkan diorang ni serasi bersama??

Perkara no 3, adakah studio akan buka? Dahlah masa hari Isnin tu TUTUP. Kalau tutup, memang hancur lah semua rancangan. Khamis pulak nak present dah 4 keping gambar. 10% tuuu..

Perut aku ni rasa macam nak meletup ja sebab sekarang aku tengah risau tahap gaban dah ni. Salah aku ke kalau idea yang best hadir saat2 akhir macam ni? Awal2 aku dah fikir idea, bila di tambah2, hasilnya berhari2. Alasan ke tu? Erm..just 4 ja ok..semoga berjaya esok. Kalau tak berjaya, pastikan awak ada plan Z ok..pastikan semua berjalan lancar esok!!

Manusia merancang, Allah menentukan. Ya Allah, aku mohon agar semua berjalan lancar esok...

Monday, February 14, 2011

Assignment yang belum siap

Hari ni sepatutnya aku shoot asgnment aku yang terbengkalai tu, tapi apa kan daya, bila dah sampai ja dekat studio, akak yang jaga studio tu ada emergency case pulak. So STUDIO TUTUP dengan rasminya. Dahlah aku bawa banyak barang. Bayangkan, tangan kanan aku bawa kerusi, joran yang panjang tu. Tangan kiri bawa kayu (kena pegang hati2 sebab senang patah). Bahu kiri bawa beg baju dan kasut untuk model termasuk alatan lain macam gunting dan lain2. Dan aku sandang beg laptop bersama kamera didalamnya..Can't you imagine that? Dah macam semut bawa makanan dah aku ni. Sampai2 ja studio tutup. Erm..tak apa lah, aku merancang, Allah yang tentukan semua tu. Mungkin Allah nak bagi aku masa untuk berfikir lagi idea yang lagi bagus, sebab dia tahu aku boleh buat lebih baik.

Tapi..kadang2 tu cuak jugak. Sebab aku hanya ada peluang nak shoot pada hari rabu petang, hari khamis pagi aku ada presentation!! Alahai..mampukah aku nak siapkan semua kerja2 tu nanti? Walaupun dia nak 4 keping gambar sahaja, tapi, amat sukar untuk aku siapkan...

Hari ni isnin, esok selasa ada maulidur rasul, studio memang tutup, erm..harap Rabu adalah hari terbaik aku..rileks..bukan tak pernah aku hadapi saat genting macam ni kan. Dulu, esok nak present malam baru aku shoot, hasilnya, gambar aku terpilih, lectera suka.

Mungkin ada betulnya kawan aku cakap, aku ni kalau dah terdesak, dah nak sampai masa nak terjun bangunan, baru otak aku berfungsi dengan creativenya. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dah. RABU 16 Feb 2011..adakah aku akan berjaya menyiapkan 4 keping gambar yang sangat penting tu? I'allah~~~

Sunday, February 13, 2011

Baik ke aku ni?

Ya Allah..aku bersyukur ya Allah sebab kurniakan aku hambamu yang ikhlas membantu dikala aku kesusahan.

Aku kena siapkan assignment untuk present 4 hari lagi. Dalam seminggu ni aku sibuk nak siapkan apa yang patut sebelum nak shoot. One day masa nak tunggu bas aku ternampak satu perempuan, erm..cantik, leh jadi model aku ni. Dia naik bas yang sama dengan aku, dengan beraninya aku pergi dekat dia..'Nak tanya, awak student ke?' tanya aku dengan ramahnya. Segan juga sebenarnya sebab dia cantik. Rasa macam anak manja ja? Persepsi awal aku. 'Ak ah' jawab dia sambil senyum. Borak punya borak, aku dapat no phone dia.

Hari ni aku pergi jumpa dia untuk discus apa yang patut. Kepala aku dah pening, kenderaan tak ada, macamana nak shoot dia? Lagipun, tak manis lah kalau dia naik bas dan jalan kaki pergi fakulti aku? Dah lah berbukit. Dan, dia kan MODEL aku?? Segannya, aku tak ada kenderaan, aku adalah photographer yang paling teruk dan dia adalah model yang paling malang. Tak pa lah, nanti aku explain, harap dia faham. Kalau tak, aku cari teksi dan pergi ambil dia dekat rumah.

Aku dah sampai tempat yang dijanjikan. Aku lambat. Bukan lambat dari masa yang aku tetapkan, tapi lambat sebab masa aku telefon, dia ada kat KFC, bila aku dah sampai dia dah balik rumah dah (kira aku lambat lah kan). Aku pergi rumah dia pulak. Bila dah sampai aku call, sebab aku takut salah rumah. Rupanya dia tak ada dekat rumah lagi, lega hati aku sebab dia tak menunggu aku. Rumah dia paling atas (rumah kedai), sambil tunggu aku dengar macam orang tengah berlari naik tangga. Eh? Persepsi aku tentang dia seorang anak manja yang cantik berubah. Tak sangka dia jenis yang menghormati orang. Dia risau aku tunggu lama..erm..baiknya..


Masa discus dah selesai, mulalah perbincangan dari hati ke hati. Aku nak cakap pasal masalah kenderaan yang aku hadapi. 'Wani pergi kelas naik apa ek?' Aku memulakan ayat tersirat. 'Naik bas.' Fuh lega..dia menambah 'Kadang2 naik motor ngan bf. Tak pa, nanti Wani pergi studio naik moto aja.' Alahai..segannya..'Afar selalu dapat model macam ni. Yang suka tolong orang. Seganlah afar. Afar sebenarnya ada cari kenderaan tapi kawan tak reply.' 'Heheh. Rileks lah afar. 2 maknanya Afar ni baik, sebab tu dapat orang macam tu.' erm..baik ke aku??

Teringat masa dulu, kes yang sama, nak menyiapkan assignment. Model aku tu siap explore lagi watak yang aku nak tu. Masa shoot, kerja aku jadi mudah sebab dia dah tahu nak buat apa, dan sesuai dengan kehendak aku. Dan yang paling best, dia mekap sendiri. Tak payah pening cari orang yang pandai mekap. Sebab dia sendiri memang mak andam (dia student, tapi buat part time)

Lagi satu kes, Model aku tu sanggup naik bas dengan aku. Aku lah yang bawa semua barang2, itu pun dia nak bawakkan. Aku cakap, tak palah, dia sanggup naik bas ni pun dah kira bersyukur dah. Aku ada explain cakap aku tak ada kenderaan yang selesa untuk dia. Dia cakap, ok ja, tak kisah, lagipun apa salahnya tolong kawan? Alahai..terharu ja rasa. Itu masa shoot outdoor, indoor pun sama. Dia sanggup naik bukit dengan aku ke studio. Erm..

Tapi ni kes yang tak berapa sedap nak cerita. Bukan selalunya nasib aku baik. 'Awak boleh naik bas tak? Sebab saya nak minta maaf sangat sebab saya tak ada kenderaan.' kata aku dengan rendah diri. 'Hah? Ala..habislah mekap cair....lagipun panas lah...' Aku tak kecil hati, aku terus tukar lokasi B..shoot dekat tempat yang tidak memerlukan kenderaan. Dalam u aku ja. Hahah..

Kalau kita baik dan ikhlas dengan orang, one day bila kita hadapi masalah yang besar macamana pun, pasti ada yang datang menolong, walaupun masa tu dah stuck..tapi kalau kita ada masalah, dan kita keseorangan, pasti ada yg tak kena dengan diri kita..afar~

Aku bersyukur sangat dapat jumpa hamba2 Allah yang ikhlas membantu aku bagi memastikan kerja2 aku siap. Terima kasih..aku percaya, kalau aku nak sesuatu berjalan lancar, segala masalah aku akan pastikan tiada masalah dengan cara mempunyai plan B, plan C hingga plan Z. TIADA YANG MUSTAHIL..

Tuesday, February 8, 2011

Pra Ulangan JPJ

Sempat amik gambar guna phone
Tadi belajar kereta sebab esok ada test JPJ ulangan. Ulangan? Ye ULANGAN..atau KANDAS dekat bukit. Erm..hati rasa tak gementar buat masa ni. Mungkin dah tak kisah. Sungguh, kalau gagal lagi, aku nak mohon bantuan dari sesiapa yang sayang kat aku untuk bayar yuran ulangan tu..haha..aku dah tengok nama, no 11, bahagian ke 2..ala..balik lambat lagi lah ni agaknya sebab aku ada kelas petang. Erm..tak kisah lah. Harap esok LULUS semua ujian2 tu.

Bila fikir2 balik, aku kira beruntung sebab aku just gagal bukit. Ada akak tu, masa aku ambil test hari tu, dia ulangan, so dia cerita lah kat aku pengalaman dia yang gagal parking dan jalan raya, means dia kena ulang 2-2 sekali. Pergh..masa cerita tu siap gelak2 lagi, yang aku ni dah rasa macam nak terkucil dengar cerita dia yang best sangat tu. Kemudian bila dah selesai test pada hari tu, aku tanyalah dia lulus ke tak sebab dia asyik tengok ja result dia tu kemudian macam nak sorok2 takut orang lain nampak. Rupanya dia gagal parking. Tapi yang jalan raya aku tak tahu lah samada dia lulus ke tak sebab masa tu pun aku tengah tunggu giliran aku nak ambil test jalan raya.


lori kat depan, cuak gak ni
Tadi, cikgu aku tu ada cakap, minggu lepas, means minggu selepas aku dah test jalan raya, test jalan JPJ diorang buat jalan baru. So, disebabkan itu, ada student yang fail sebab tak tahu jalan. Fuh..mujur lah aku just kena ingat satu jalan ja. Dah lah aku ni buta jalan. Itu pun, terkial2 nak ingat. 3,4 kali jalan situ, baru ingat. Tu pun masa test JPJ, nyaris lupa jalan, haru2..

Agaknya inilah sebabnya kenapa dulu bila family aku paksa aku ambil lesen, aku tak nak, malas. Rupanya nak gagal. Ye lah, yuran pun aku amik yang pakej student tu, bayangkan kalau aku ambil kat luar, harga standart, kalau gagal, tak ke aku kena bayar lebih?
Hikmah tu..haha..apa keputusan esok agaknya? Tungguu..

Test JPJ

Monday, February 7, 2011

Kamera vs perpustakaan



Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalas dan suka kan kerja yang mudah..disebabkan tu aku ni creative sikit dalam bab2 nak memudahkan kerja aku. Kenapa tidak menggunakan teknologi yang ada untuk membuat sesuatu yang berfaedah? Kalau pergi ke perpustakaan, kita mesti nak pinjam buku, tapi kita ragu-ragu nak pinjam sebab takut tak ada masa nak pulangkan @ malas @ tak ada duit nak bayar denda lewat hantar buku @ maklumat yang kita nak tu tak seberapa berbanding berat buku yang melampau. Ini antara masalah2 yang aku hadapi bila nak cari maklumat dan disebabkan itu aku malas nak ke perpustakaan, lebih mudah cari dalam internet kemudian copy and paste. Tapi maklumat dalam internet tidak sehebat dalam buku sebab tak semua orang boleh baca. Kira kalau aku dapat maklumat limited macam tu, mesti lah bangga dan bertambah ilmu aku kan..

Fikir punya fikir, idea creative pun muncul. Hanya berbekalkan kamera DSLR, masalah aku pun selesai. Nak ke perpustakaan pun dah tak malas lagi. Jangan salah fahm. Aku beli kamera ni bukan semata-mata nak tangkap gambar dalam perpustakaan, tapi memang course aku memerlukan DSLR. So, kemudahan dah ada, kenapa sia2kan? Caranya, aku ambil gambar maklumat-maklumat yang aku nak dalam buku tu sahaja. Bukan banyak pun, cuma 4, 5 m/s ja. Tapi kalau memang maklumat tu ada dalam setiap m/s, nak tak nak pinjam ajalah. Tapi jarang berlaku. Mudah kan? Aku sembunyi2 ja buat kerja ni sebab aku tak tahu yang aku buat ni ada AKTA atau tak. Kang kalau dia rampas kamera aku ni, siapa mahu jawab? So, selamat mencuba.

Setakat ni aku belum berani nak snap gambar nota2 dalam kelas, sebab banyak sangat slide, tak larat nak tulis. Pernah cuba, tapi gambar shaking lah pulak sebab gementar. Isk3..tak apalah..salin je lah labu..

Sunday, February 6, 2011

Bukan Aku Yang Cuai!!

Selamat kembali dari Cuti Tahun Baru Cina!! Memang best bila bersama keluarga, yang tak bestnya bila time cuti pun kepala dok fikir assgnment yang melambak tu. Dahlah sem ni pendek. Adoi..pening.. Takpa, lupakan seketika assignment tu, hari ni aku nak cerita satu kejadian yang rasa macam kelakar, tapi seriau pun ada bila diingat balik. Pergghh..

Hari ni akak aku, ibu, amir hantar aku balik ke tempat aku belajar kat shah alam, dekat je pun, tapi saja mengada2, haha. Bila sampai je Shah Alam, kami lepak kat taman, then masuk area kolej aku, lepak kat surau. Setiap kali nak melepak, aku akan make sure laptop aku tu selamat, paling tidak aku akan letak kat bonet, masa kat surau, adik aku guna. Masa tu aku bawak ibu and kakak p masuk dalam bilik, lepak. Almaklum, ibu aku xpernah tengok keadaan bilik aku tu kan. Dalam bilik, aku fikir gak, kang adik aku tu nak p toilet ke pe, camana lah ye? Haha..aku punyalah sayang laptop aku tu.

Bila dah settle melepak, kitorang pun p makan kat luar, kat seksyen 7 restoran BARA. Ayam goreng dia sedap gilaaa. Sebelum kuar, adik aku tanya..
' Nak bawak ke laptop ni? '
' Tolong bawak amir '
' Ala, malas lah angah..'
' Tak yah bawaklah ' jwb aku, sbb kedai tu dekat sangat ngn parking tu, so aku letak ar kat seat belakang, bukan kat bonet. Kami makan kat tempat yang terhadang sikit, so xnampak lah kereta kami tu, tak palah, ramai orang, xda apalah tu.
Ni la rupanya tingkap kete terbukak, selamber dek je..haha
Sampai je kat kete, terus berhenti jantung aku. Perghhh..tingkat kete xtutup!!! Beg laptop aku kat seat belakang, tingkap kete belakang belah ibu aku yang terbukak. Aiyo, terus aku cek laptop aku, Ya Allah, elok je kat belakang tu. Dah lah memang aku guna beg special letak laptop, sah2 orang tahu dalam tu ada apa kan??

Kitorang bantai gelak. Adui, kecut perut aku. Mujur ar xjadi apa2. Alhamdullillah..dahlah semua assignment aku dalam tu. Can't imagine..

Friday, January 28, 2011

Dapat minuman free


27/1/2011

Hari ni aktiviti aku nak ke libry (kisah semalam yang beg duit aku hilang). Tapi ni kisah lain. Otw nak keluar dari kolej, ada nyonya (pekerja syarikat minuman) bagi aku air free yang dalam botol tu. Aku tak nak ambil sebab minuman tu not my feveret. Tapi ambil juga sebab berpegang pada kata-kata, musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak. Aik? Betul ke peribahasa aku tu? Hahah.. Air blackaren. Masam, tak sedap. Dalam hati terdetik, 'Kan best kalau air laici'..Dah sampai libry, perut rasa lapar pulak. Dah beli makanan, aku ke tempat air pula. Erm, tak ada yang menarik perhatian. Terus teringat air free yang ada dalam beg aku. Erm..rezeki ni. Patutlah peribahasa kata rezeki jangan ditolak sebab pasti kita akan perlukan rezeki yang kita dapat tadi. Haha..masam pun masam lah, janji air ni lagi sedap daripada air yang ada jual kat situ (mungkin sebab air ni free).

28/1/2011 iaitu pada hari ini. Yang diatas tu hanya mengimbas kembali.

Rasa perut lapar dan aku terus bersiap untuk membeli makan. Otw nak ke kedai makan, nyonya semalam bagi lagi air free. Dan kali ni AIR LAICI! Aik..ajaib. Nyonya ni macam tahu2 ja hati aku cakap apa. Mula2 dia bagi 2 botol (may be nak habiskan cepat sebab bebudak nak cuti sem dah, jadi tak ramai yang ada kat kolej sekarang). Aku terus letak air free tu kat tempat yang tertentu sebab aku nak pergi beli makanan dulu. Bila dah beli cepat2 aku ke tempat nyonya tu balik. 'Nak air free' kata aku tanpa segan silu. Terus dia bagi kat aku 7 botol air free!! macam perli je? Kata aku dalam hati. Terus aku balik, yang 2 botol yang aku letak kat tempat tertentu tu aku biarkan ja sebab tangan aku dah tak muat nak pegang sebab diorang tak bagi plastik, kotak yang berlambak tu diorang nak guna balik. Haha..dalam hati ada niat nak turun balik, nak ambil beg kosong, tapi tak jadi sebab dah banyak dah. Siapa yang nak minum?

Aku pelik apasal diorang ni bagi air free kat kitorang. Jenama femes tu. Tak rugi ke. Siasat punya siasat, patutlah, dah nak expired dah. Air free yang aku dapat hari ni expired pada 3/2/2011 iaitu 5 hari dari sekarang. Dan air blackaren tu pulak expired pada 31/1/2011. Hahah..best jugak..kalaulah pizza ada tarikh luput macam tu, ermm, alangkah bahagianya aku;)

Thursday, January 27, 2011

Cuai yang terlampau


Kejadian Pertama
Hari ni aku semangat pegi libry, nak pinjam buku rujukan sebelum cuti semester. Dah cuti semester tapi kerja satu apa pun belum buat lagi. Dah lah semester ni pendek..adui..risau lah.. Tapi tu belum cukup merisaukan aku dengan sikap cuai aku yang terlampau. Masa dekat libry aku dok ralit baca buku. Aku rasa masa dekat dalam tu ada lah dalam setengah jam? Bila nak kuar dari libry tu aku lalu dekat satu meja dan nampak beg duit aku elok je atas tu. Ops..lupaaaa..beg duit aku (ada ic, lesen L, duit dan macam2 lagi yang penting ada dekat dalam tu). Camana leh terlupa entah.. Aku cek semua, mujur ada. Isk..dah lah meja tu dekat betul dengan pintu keluar, kalau ada yang ambil, sapa nak perasan? Bila jadi macam tu aku teringat dekat beberapa kejadian.

Kejadian Kedua
Masa makan dengan ehem2, aku letak beg duit bawah helmet aku. Lepas makan, aku terus angkat helmet, memang xperasan beg duit aku tu. Kami singgah satu kedai, lepak sana, aku rasa macam ada yang tak kena. Fikir punya fikir rupanya beg duit aku HILANG. Dan fikir punya fikir baru aku teringat yang aku letak kat atas meja makan tadi. Mujur kedai makan tu xjauh, dua saat dah sampai. Bila aku sampai kat meja makan tu, aku tengok beg duit aku dah tak ada! Erm...aku pergi tanya kat brother yang keja kat kedai makan tu, perghh, dia kata beg duit tu ada dia simpankan..huhu..alhamdulilah..

Kejadian Ketiga
Masa tu aku pergi tandas. Dah 'selesai' semua aku pun blah la dari situ. Masa berjalan tu aku rasa macam ada yang tak kena. Fikir punya fikir, zup!! aku terus lari ke tandas tu balik. Aku cari beg duit aku, aku letak kat sinki. Aku tengok ada beg perempuan dekat atas beg duit aku, so macam terlindung sikit, aku cek, memang beg duit aku!! Mujur tak ada barang yang hilang..ermm..

Kejadian Keempat
Ni dekat kolej aku, selalunya memang kalau nak ke tandas aku akan kunci bilik, so aku akan bawa beg duit sekali sebab kunci bilik ada kat beg duit aku. Bila dah 'selesai' aku pun selamber je kuar masuk ke dalam bilik, kebetulan masa tu roomate aku dah balik, so bilik pun tak berkunci. Tengah dok layan perasaan, aku kira ada lah dalam 20 minit, baru aku teringat kat beg duit aku! Terus aku berlari ke tandas tadi, masa tu aku tengok ada budak nak masuk tandas yang aku masuk tadi. Aku tahan dia dan aku cek, mujur beg duit aku ada lagi kat situ, dan sekali lagi tak ada barang yang hilang.

Ini baru 4 peristiwa, yang sebenarnya ada banyak lagi peristiwa pasal cuai melampau aku ni. Selalunya beg duit aku akan hilang dekat tempat yang senang orang nak ambil. Tapi, dah rezeki aku, aku dapat balik beg duit aku tu. Tapi sampai bila rezeki akan memihak dekat aku kan? Bukan tak berubah, tapi tercuai jugak. Erm..camana nak buat. Banyak kali dah tukar beg duit ikut keselesaan. Yang aku pakai sekarang ni aku beli yang aku selalu akan pegang, pun hilang jugak (tapi dah jumpa)..kalau tak ada beg duit susahlah sebab takkan asyik nak pakai beg besar?erm..

Thursday, January 20, 2011

Tangan berpeluh (Hyperhidrosis)

 
 
Seingat aku, aku menghidap tangan berpeluh sejak kecil lagi. Bila ada kelas mewarna, habis kertas lukisan aku akan kotor sebab ada kesan2 jalur tangan aku masa mewarna. Dan kertas aku akan jadi basah kemudian kedut sebab dah kering. Hinggakan aku terpaksa letak somthing bawah tangan aku untuk memastikan lukisan aku tak comot. Tapi memang tak selesa sebab rasa tak bebas.
Bila nak bersalam dengan orang, aku akan pastikan tangan aku kering dulu. Aku lap kat baju ke kat dinding ka supaya orang yang akan bersalam dengan aku tak rasa geli. Tambahan pula kalau nak ambil hadiah kat pentas. Perghh..bila gabra, makin kuat peluh aku keluar plus dengan tangan aku akan jadi sejuk macam ais. Aku pernah kena tegur. Bila bersalam, puan tu cakap ' Amboi..sejuknya tangan awak? Takut ek? ' Aku senyum ja..haha..:/

Bila time nak exam jangan cakaplah macamna rupa kertas aku tu. Lagi2 kertas karangan. Habis lenjun dengan peluh aku. Bukan apa, rasa cuak tu tak boleh nak control. erm..dan aku akan letak alas macam biasa. Tapi bila dah dapat idea tu, alas kemana, peluh kemana, basah jugak. Setakat ni yang paling ketara bila aku gayut guna handfone. Tengah ralit gayut aku rasa macam ada yang mengalir dari tapak tangan ke lengan aku. Rasa geli2 sikit. Bila aku tengok rupanya peluh aku? Dasyat sangat.

Memanglah perasaan rendah diri tu ada. Lagi2 kalau nak bersalam. Kalau boleh rasa macam nak tutup muka bila ada yang salam ngan aku dan cakap 'e..tangan kau basah' Adui..malunya.....Tapi kelebihan tangan basah ni adalah, tangan aku lembut aja:p..hehe..fikir kelebihan, baru rasa sedap sikit hati kan?? Itu aku cerita bab tangan aja. Belum masuk bab kaki lagi tu. Aku memang dilarang pakai kasut bertutup macam kasut sport. Memang mudah berpeluh. Bila berpeluh mula lah bakteria nak jadi kawan kaki aku, bila dah berkawan, dah sebati, bau pun akan menyelubungi..haha..

Tapi disebabkan dah biasa dengan kebasahan ni, bila tangan dan kaki kering aku akan cari air untuk basahkan bahagian itu. Tak pun aku akan gosok tangan dan kaki kat tempat yang kasar supaya jadi basah berpeluh..erm..macam2..sebab tu aku tak boleh duduk dekat marmar, atau tempat yang sejuk2 ni. Aku lebih selesa duduk dekat tilam, dekat karpet (kasar). Bukan mengada2 tapi keselesaan sejak kecil lagi.

Aku ada juga serve internet, rupanya yang aku alami ni adalah satu penyakit yang dipanggil Hyperhidrosis iaitu peluh yang berlebihan. Ini antara petikan yang aku jumpa:

"Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.

Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan."
So? Dah ada penyelesaian. Pilihan semua di tangan aku. Tapi bukan sekarang. Bila dah ada kekuatan..haha..

Wednesday, January 19, 2011

Asyik ke tandas

Aku tak tahulah aku ni ada penyakit ke, fobia ke, apa ke sebab setiap kali kalau nak jalan jauh, aku rasa risau sangat. Aku tak pasti bila semua ni jadi, seingat aku, dulu aku tak macam ni pun. Dulu belajar kat Perak, selalu jugak ulang alik Bas Ipoh-KL. Dari tempat belajar aku nak ke Ipoh pun ambil masa 1 jam perjalanan. Aku rasa mungkin sebab peristiwa tu aku rasa tak selamat kalau jalan jauh.

Kes 1
Perjalanan dari KL ke Ipoh ambil masa 3 jam kalau naik bas. Masa tu aku pakai seluar lembab sikit kat bahagian pinggang sebab dah tak ada seluar lain. Macam biasa kalau nak jalan jauh, aku akan ke tandas dulu. Tapi entah kenapa masa tu 1/2 jam lepas perjalanan dalam bas aku dah rasa nak ke tandas. GILA! ada lagi 2 jam 1/2 ok kalau nak tahan sekalipun?? Aku ni pulak jenis kalau dah rasa nak ke tandas tu memang tak boleh nak tahan dah. Dah lah pulak orang depan aku ni pasang air-cond bukan main kuat. Aku pun pergi ke depan cakap kat pemandu tu aku nak ke tandas. Dia cakap tak boleh berhenti sebab tak ada tempat nak berhenti. Yang ada pun bila nak sampai Ipoh. Kat Behrang isi minyak. Sama gak lah, aku kena tahan 2 jam lebih!! Memang pun, selalu kalau aku naik bas, semua bas akan berhenti kat situ untuk isi minyak. What......lama lagi....

Aku pun ke tempat duduk aku. Aku pandang pokok, kereta untuk alihkan perhatian. Tak berjaya. Aku buat petua yang aku pernah dengar dulu. ' Kepala, punggung ' ulang-ulang kali. Tak berjaya. Aku baca doa kat perut aku, pun tak berjaya jugak..adui..aku nak ke tandas sangat2 ni. Jauh lagi ni.......

Nak tambah perisa story aku ni, HUJAN turunlah pulak........sejuknya.....aku dah terbayang tandas...alangkah nikmatnya...ups!! Jangan fikir! Aku duduk bersila kat tempat duduk aku. Kiri kanan je lah dah macam apa je. Masa tu dah fikir kalau tak tahan jugak, aku lepaskan je lah. Peduli lah. Tapi dalam mind aku cakap, nanti, nak sampai dah ni..nak sampai dah. Sabar2. Akhirnya...bila sampai ja, belum sempat pintu buka, akulah orang pertama yang pergi ke depan, dan terus berlari ke tandas. Bila settle, aku wat muka lek je:)))) 

Kes 2
Masa ni aku dah belajar kat Shah Alam. KL ke Shah Alam ambil masa 1 jam perjalanan kalau tak jem. Masa tu petang, memang akan jem. Aku rasa tak sampai 15 minit, perut aku dah meragam. Alamak..macamana nih. Terus aku turun dan pergi ke kedai mamak yang berdekatan. Dan aku beli pil cikketeun. Masa tu aku dengan member aku. Kesian dia, dengan dia2 sekali kena turun bas. Bukan apa, kalau aku tunggu lagi, alamatnya memang susah nak cari kedai makan or stesyen minyak sbb bas ni p laluan highway.

Kes 3
Trip kelas dari Shah Alam ke Tg Piai, Johor. Ambil masa 6 jam perjalanan. Malam sebelum nak ke sana, aku tak makan yang bukan2. Sebelum naik bas aku rasa dekat 5 kali aku ke tandas. Punyalah takut. Aku siap pakai sweater dengan selimut tebal aku. Memang teruja kekawan aku tengok aku pakai selimut tebal macam tu. Hehe. Lantaklah janji aku selesa. Tapi itu pun tak membantu jugak sebab aku tetap nak ke tandas. Mujur bas banyak berhenti. Sampai je Tg Piai, memang aku akan jaga pemakanan aku sebab aku tak nak sakit perut. Masa ada discussion dan ceramah, muka aku lah yang kerap keluar untuk ke tandas. Malu pulak rasanya. Dah lah aku duduk depan. Ermmmm

Time nak balik pulak, sebelum bertolak, aku dah ke tandas dulu macam biasa sebelum naik bas. Tapi tu lah, aku tak tahu apa masalah aku ni, dah ada sweater, selimut pun masih nak ke tandas. Memang tak tahan, aku terus cakap dekat pemandu tu nak p tandas. Dia cakap nanti bas akan berhenti dekat tempat beli cenderahati sebab lecture rancang nak jalan2 dekat sana dulu. Aku tanya jauh lagi tak? Dia kata, tak jauh. What? Tak jauh dia cakap..e..penat aku tahan tau. Ke disebabkan aku tak tahan, tu yang rasa jauh? Hari hujan pulak (memang selalu macam tu. Bila aku dalam keadaan macam tu mesti akan diiringi hujan. Hujan lebat pulak tu!) Bila dah sampai, bas tu plak nak cari parking. Lambatnya. Bila dia nak bukak pintu ni, aku tak tahan dah ni! Dia bukak pintu terus aku turun, dah tak peduli dengan hujan lebat. Semua aku redah. Tandas dia dah lah dekat belakang, menyeramkan. Tapi aku dah tak mampu fikir semua tu, yang aku tahu aku nak lepaskan 'hajat' ja. Selepas tu barulah aku rasa bahagia dalam bas;). Bas semua terpaksa tunggu aku seorang sebab kami tak jadi beli belah sebb hujan. 2 buah bas tau:P

Sampai dekat perhentian seterusnya, kami diberi masa dalam 1/2 jam untuk makan dan lain2. Mula2 aku tak nak makan sebab takut nanti perut wat hal, tapi bila tengok kawan makan sedap, siapa yang tahan kan? Aku beli air limau panas, waffle margerine plus strawbery. Bila dah habis aku terfikir, bukan ke limau ni buat perut kita sakit?? Ermmmm
Memang betul! Dalam bas aku tak senang duduk sebab sakit perut. Lagi sekali aku pergi cakap kat pemandu aku nak ke tandas. Rancangan awal nak berhenti kat perhentian seremban, tapi kami berhenti kat perhentian yang lebih dulu. Aku sorang je yang p toilet masa tu tau. Yang tak seronoknya, bila dalam toilet, perut aku sakit, tapi 'tak ada'. Bengangnya. Puas aku usaha kuarkan! Aku beli pil cikketeun tu, dan telan kat situ jugak. Dalam bas aku tidur ja. Perut masih sakit nak ke tandas, tapi aku malas nak layan dah sebab letih, malu, rendah diri, nak nangis semua bercampur baur. So, tidur ja lah. Bas tak berhenti dah lepas tu. Staright ke Shah Alam. Erm...apa masalah aku agaknya?

Banyak lagi peristiwa yang seumpamanya. Kekadang tu rasa macam tak nak keluar dari bilik. Kalau sakit perut pun tak menyusahkan orang dan tak memalukan diri sendiri. Member ada suruh aku pergi cek doktor, mana tau aku ada masalah. Ada jugak member yang suggest aku guna pampers yang khas untuk masalah aku ni sebab dia serap bau. Ada ke? Nantilah aku cari...

Mula2 aku rasa semua ni jadi sebab aku dah set dalam minda aku, kalau jalan jauh susah nak ke tandas, jadi aku mula risau dan fikir yang bukan2. Sebab tu asyik nak ke tandas pada masa yang tak betul. Tapi, aku rasa salah sebab bila perut tak sakit, aku tak kan fikir benda2 tu dan aku rasa selesa dalam perjalanan. Mungkin ada masalah dalaman....




Test JPJ



Sabtu, 15/1/2011
Aku ambil extra kelas untuk belajar memandu sebelum test jpj hari Rabu ni. Sebelum ni aku belajar dengan orang lain, tapi hari ni aku belajar dengan orang lain. Rasa tak selesa jugak. Ada patut, masa belajar kat atas jalan raya, aku yang sedang berusaha nak ingat jalan (ada masalah ingatan jalan sikit), dengan ragu2 aku ikut jalan yang dia ajar. Sebab aku rasa, hari tu jalan lain, ni napa jalan lain? Jalan baru kot? Tiba2 dia tnya, ' Kenapa awak ikut jalan ni? ' Dahlah masa tu enjin mati, aku pun gabra lah. Then dia cakap, ' Eh, Allahuakbar, betul lah jalan yang adik ikut tadi! ' ermmm??? Tak pasal2 kena berhenti tepi jalan dan dia bawa balik jalan tadi. Rupanya dia orang baru yang tak berapa cam jalan2 kat situ. Sebelum ni dia ajar kat Puchong. Tak pa lah. Nanti belajar lagi. Melayang lah Rm50 aku hari ni.

Selasa, 18/1/2011
Hari ni aku belajar dengan orang yang ajar aku dulu. Aku minta kat diorang aku nak dengan dia jugak sebab aku selesa dengan dia. Tak nak ar macam hari tu, melayang duit aku woiii!!

Rabu 19/1/2011 (TEST TIME!!)
Aku no yang ke 40 sesi 2, 10.30 pagi. Aku sampai kat sana jam 8.30 pagi. So aku nampak bebudak yang awal ni buat test. Perghh..aku dah start gabra. Ada pulak dua orang hamba Allah sebelah aku ni galak cerita yang diorang gagal itu dan ini, diorang buat ulangan. Siap gelak2 lagi. Hati aku rasa macam nak meletup. Aku ke toilet entah berapa kali. Dari luar tandas tu aku nampak dengan jelas diorang tengah buat test kat litar. Ermmm..

10.30 pagi. Aku ke khemah yang disediakan. Kemudian ke litar. Masa nak menunggu giliran, pergh..rasa macam nak pecah perut. Dah lah aku tak makan lagi, sebab takut nanti sakit perut masa buat test. Dari jauh aku tengok diorang buat test kat bukit. Alamak, kereta dia berundur, means dia gagal. Terus jpj suruh dia keluar, dia tak buat parking dan 3 penjuru pun..adui..stressnya..sampailah giliran aku. Aku bawa kereta dengan cermat. Menjerit2 aku dalam kereta tu untuk hilangkan gabra. Hilang sikit. Sampai bukit, aku buat ar step macam yang diajar tu, gear 1, stop kat garisan kuning, make sure cermin sisi sama dengan tiang kat tepi tu, tarik hand break, tekan minyak, angkat sikit clutch, dann... Step by step dan aku angkat tangan. Tapi..........kereta terberundur pulak;(!! Masa tu rasa sedih giler. Lagi sedih bila aku terpaksa turun. Baru la aku tahu perasaan budak yang fail tadi. Terus dia suruh aku keluar dan suruh aku pergi ke pondok seterusnya. GAGAL.

Sampai je dekat pondok untuk tunggu turn test jalan raya, adui, rasa macam hilang semua mood aku. Macam tak nak ambil test jalan sebab rasa macam aku akan gagal jugak dan rasa macam membuang masa aku belajar extra kelas. Borang fail aku tu, aku gulung2 supaya orang tak nampak. Alah, riak muka kau pun orang dah tahu yang aku FAIL. Ai..macam-macam rasa ada ok. Tapi aku kena teruskan jugak. Tak boleh mengalah. Tambahan pulak hamba Allah yang galak cerita dia gagal, dia cakap sekali lagi dia gagal kat parking. Lagi kesian. Dia gagal dua2. Jalan raya dan litar, so hari ni dia ulang dua2. Sekurang2nya aku masih ada lagi peluang, jadi aku tak boleh gagal untuk jalan raya. So nanti aku boleh fokus dekat litar ja.

40! Nombor aku dipanggil dan aku pergi ke kereta yang disediakan. Aku doa harap2 dapat jpj yang baik. Sampai dalam kereta aku cek apa yang patut. Yang tak patut cek pun, aku berlakon pegang sikit-sikit (pengajar aku suruh). Dan aku alihkan air-cond dekat jpj tu. ' Ai? Panas2 nih tak pakai air-cond? ' kata jpj tu. ' Gabra ar cik ' kata aku. Dia gelak ' Patutlah tak panas, gagal bukit rupanya ' Dia gelak lagi sambil tengok borang fail yang aku gulung tadi. Aku senyum ja. Dalam hati ni ' Cis..'

Aku bawa kereta macam biasa. Jpj tu friendly ngan aku jadi aku takdalah gabra sangat. Muka dia pun tak adalah bengis macam yang kekawan aku selalu cerita. Tapi mujurlah tak tersalah jalan tadi. Haha..dan aku LULUS!!Yea!!Ada jugak lah perkataan LULUS dalam borang aku tu. Dan ada jugak lah perkataan KANDAS..KANDAS? Cis....Tak pa. Next episode hope aku dapat lagi perkataan LULUS tu;)

Saturday, December 11, 2010

Cinta OKU


' Ya Allah..aku mohon, Kau berilah aku seorang lelaki yang kaya untuk menjadi pasangan hidup aku..aaamin '
Doa aku masa diploma bila aku kesempitan duit atau tak da duit untuk berfoya2, cukup2 je untuk study..haha

2 Mac 2008
Inilah kisah pertemuan aku dan sidia. Masa tu aku dan kawan2 ke Ipoh Prade sebb nak beli buku sambil jalan2 hilangkan stress kononnya. Masa dalam NOVEL HUT, kedai femes untuk student macam kami sbb dia jual buku terpakai, so harga murah2lah kan. So, boleh lah jimat kat situ. Tengah cari buku, aku nampak la kawan2 aku ni kat tempat duduk rehat kat situ sambil borak ngan sorang laki, masa tu aku tak pakai cermin mata, so semua blur je lah..haha. Habis je bayar aku terus lah pegi kat diorg. Nak tahu gak apalah yang rancak sgt tu.
Masa nak dtg dekat tu, aku nampak ar ada tongkat sandang kat tiang tu, o..rupanya diorang berborak ngan sorang lelaki OKU. Badan dia besar macam orang angkat berat tu. Lengan besar sangat, rupanya dia ni dulu paralimpik angkat berat. Dari segi pakaian, smart lah jugak. Bila sampai je kat diorang, aku saja ja acah nak guna tongkat dia, terus diterjahnya aku?? ' Isk jangan!! Nanti kena badi!'
Aku sengeh je lah macam kerang busuk. Malu pun ada..haha. Member aku yang sorang ni ha sibuk tanya pasal niaga2 dekat bro ni. Untuk sambung bual tu, bro ni ajak p foodcourt dekat tingkat atas. Sebelah kerusi yang diorang duduk tu ada tangga, so aku ajaklah naik tangga. Lupa pulak aku yang bro ni pakai tongkat?? Adui, malu lagi sekali:P. Then bro ni ajak naik lif..huhu. 

Sampai je kat tempat makan tu, dia ceritalah umur dia 32 tahun dan berniaga sendiri. Lepas tu, dia asyik usik aku je. Malu2 aku dibuatnya..haha. Then dia suh p beli air, dia belanja. Masa tu dua orang member aku p tandas, sorang p beli air. Tinggal lah aku dengan dia je. ' Harijadi bila? Boleh saya belikan hadiah. Nak?' Sambil tunjuk kedai teddy bear kat area situ. ' Ha? Tak pa lah..harijadi dah lepas dah '. Adui, napa lah aku tolak..hihi. Tapi rasa pelik gak, asal tetiba nak bagi hadiah ni? So, dia n kawan2 aku pun borak macam biasa. Aku ar jadi mangsa usikan bro ni. Sebelum berpisah, bro ni minta no telefon kami.

Masa dalam bas, dia mesej aku tanya dah sampai ke belum. Bila sampai je kolej, dia mesej lagi. Mesej punya mesej, dah berani panggil aku sayang2, gurau2 lah tu kan. Huh, berani betul dia. Aku pun layan je, sbb masa tu muda lagi, mood nak main mesej je kan, buat hilang sunyi:). Beberapa hari kemudian, kami decide nak jumpa dekat Yik Fong. Tetiba kitorang gaduh (xingat sebab apa), dia leh mesej macam ni kat aku, oklah kalau tak nak jumpa. Saya pun tak nak lah ganggu awak lagi... Perghh..menyirap aku. Belum pernah lelaki berani cakap macam tu, selalunya diorang akan pujuk ke apa ke, janji aku menang. Ni kira aku kalahlah ni. Tapi yang ni..erm..Isk, mana boleh tunjuk kalah kan? Tunggu punya tunggu, dia xmerayu pun nak jumpa, so aku mesej, kita tetap akan jumpa macam biasa. haha

Masa tu aku pakai baju t-shirt biru, seluar jeans besar dan lusuh (aku ni simple je). Dia pulak, macam biasa, smart je. Dari jauh aku lambai ar kat dia. Dalam hati masa tu malu gak nak jumpa, sure kami akan jadi perhatian punyalah. Tambah pulak dengan bunyi tongkat dia tu. Then, bila dia tengok kasut koyak aku tu, terus dia belikan aku kasut baru..haha. Aku xkisah pun sebenarnya. Nanti aku cerita beza antara dia dan aku. Kitorang makan2 dekat kedai MOMO, masa tu orang kelantan yang masak, sejak tu, kedai MOMO jadi kedai feveret aku:). Habis je makan, kami keluar jalan2 naik motor roda 4 dia. Adui kekoknya lah. Lagi sekali jadi perhatian sbb motor dia pelik. Suatu hari, aku cakap, ' Jom couple nak?'. So dengan rasminya kami couple. Masa tu aku saja ja, nak hilangkan rasa sunyi.

Lama2 aku kenal hati budi dia, hati aku mula berubah sikit2. Dari perasaan biasa, mula jadi simpati, dan berubah jadi sayang. Malu kuar ngan dia terkikis perlahan2. Depan mata aku ni, dah berapa kali dia jatuh depan khalayak tau. Gigih di bangun sendiri. Dah biasa katanya. Tapi kadang2 dia jadi segan jugak ngan aku, tu yang dia buat lawak lepas jatuh, dia xmau aku rasa malu kot? Sejak tu, aku akan jalan depan dia, nak make sure lantai xbasah, xlicin. Mungkin itu salah satu punca kenapa aku dah lali dengan pandangan mata orang kat kami. Aku dah xkisah bunyi tongkat tup..tap.. dia tu:)

Banyak beza antara dia dan aku. Antaranya, aku seorang pendiam, dia ramah, bayangkan, aku p toilet kejap je, bila datang balik kat dia, amboi, dah ada geng dah. Setiap kali, pegi mana2 pun, cukup senang dapat kawan. Tak macam aku, boleh dikira dengan jari. dari segi pakaian, sebelum aku jumpa, pakaian aku memang selekeh. Seluar lusuh dan besar, baju besar. So nampak aku ni gemuk. Kasut koyak. Ntah, memang tak jaga keterampilan sungguh. Banding ngan dia, head to toe, semua nak yang cantik aje. Baju nak masuk dalam seluar je. Kasut nak kilat je. Rambut sisir rapi.

Bab shopping pulak, aku suka kuar ngan dia berbanding ngan kakak or adik or ibu aku. Sebab diorang ni mudah surrender, last2, aku xbeli apa2, dan diorang semua akan bengang..haha. Aku ni mmg selekeh, tapi cerewet mmg xhengat. Sebab, kalau xberkenan, tetiba terbeli, sampai kesudah aku tak akan pakai. Pernah sekali dia yang pilihkan baju aku, aku kata aku tak nak, tapi dia belikan jugak, sampai ke sudah aku tak pakai. Sejak tu dia serik. Kalau aku suka baru dia akan belikan. Selalunya, bila shopping, aku akan tunjuk dua pilihan aku kat dia. Which one dear? So dia pun buat pilihan dia. Why? Aku tanya dia. Dan dia akan jawab, sebab yang ini ada zip, so xcepat rosak, kalau beli yang klip tu, kang bukak tutup je dah rosak..sayang tu ganas..warna pulak ceria je, sesuai ngan sayang..kalau nak pakai apa2 pun matching..so pilih yang ini. Haaaa, jawapan yang detail. X ke bertambah sayang aku kat dia:). Dari segi komunikasi aku yang pendiam, aku rasa aku yang OKU, bukan dia:)

Dia jugak banyak membantu dalam pelajaran aku. Bidang aku ni banyak nak kena travel sana sini. Nak harap kawan2 pun xboleh sebab diorang pun sibuk jugak, tambahan pula aku ni perempuan, so susah untuk aku pegi tempat lain tanpa teman. Kang kalau tunggu kawan, assignment aku pulak xsiap. So kehadiran dia tepat pada masanya. Dengan motor roda 4 itulah kami travel ke Peneng, Lumut, Cameron Highland, Kuala Lumpur dan area Perak yang terdekat. Pergh, pinggang aku ni jgn cakap lah, rasa nak tercabut!! Nak ke KL je 2 jam, pegi balik 4 jam! Masa ke KL tu lah yang tak tahan tu, atas highway hujan lebat giler. Nak berteduh time tu xda tempat sesuai pulak, habis lenjun kami. Nyaris xdemam aku n dia. Tapi pengalaman sungguh:)

Dalam kawasan belajar aku tu pulak, entah berapa kali kami redah masuk. Aku risau gak kan, giler bawak pakwe nek moto masuk dalam U?? Tapi Pak Guard lepaskan je, may b dia ingat dia ni ayah aku or abg aku lah paling koman. Dulu pernah sekali orang tanya aku, ' Tu ayah adik ke? '..hahah..meyirap ar kawan. Smart dah smart dah, apa yang kurang lagi gamaknya:)). Taklah, aku yang sweet sgt kot;P. Tapi tulah, dia lah yang selalu teman aku buat assignment. Hujan, panas dia redah. Selalu bg motivasi time aku serabut.
Aku pernah bawak dia jumpa family aku. Ayah aku tak suka kat dia. Bukan sebb dia OKU, tapi ayahh memang xsuka anak2 bercinta time belajar. Masa tu aku muda lagi, mana nak tahu bawak balik lelaki tido kat rumah tu satu kesalahan, tambahan pulak masa tu aku fikir just nak kenalkan kat family dengan siapa aku kawan. Lagipun rumah aku ramai orang kot? So, pagi tu ayah aku panggil dia ngan aku duduk mengadap dia. Ayah aku suruh dia tinggalkan aku sementara aku belom habis belajar ni. Tapi tu lah, aku ni degil kan, fikir ikut kepala aja, diam2 kat Perak tu kami jumpa jugak. Itu pun jarang rasanya aku abaikan belajar. Sebab jenis aku ni, sambil berjalan, sambil wat assignment. Dua dalam satu.

Hampir 4 tahun kami bersama. Skg aku sambung amik ijazah. Biasalah, dalam hubungan ni ada pasang surut. Ayah aku dah meninggal masa aku degree semester 5. Masa tu aku tengah kemas barang nak balik. Betul2 dah habis sem 5..al-fatihah..tapi, aku happy sebb ayah sempat tengok aku gradute masa diploma:). Ayah sempat pesan dekat abang aku tentang hal aku ni ayah serahkan kepada diorang. Kalau diorang terima hubungan aku ni, ayah pun akan terima. Aku harap hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan di alam yang lagi satu sekalipun. Dia banyak merubah aku menjadi seorang manusia yang boleh mengawal perasaan amarah. Kini bukan lagi mempergunakan, tapi aku ingin lebih dari itu. Walaupun dia seorang OKU, tapi semangat dia sangat tinggi. Aku manusia yang pernah melihat dia jatuh di khalayak ramai, aku melihat dia bangun sendiri bila jatuh, aku melihat dia datang dari jauh semata2 nak membantu pelajaran aku, aku melihat dia gembira bila dapat tukar motor baru sebb dia tak nak assignment aku terganggu, sebab itu salah satu perkara yg membantu aku selesaikan assignment aku. Dia nak buktikan pada ayah, walaupun bercinta, tapi tidak akan menjejaskan pelajaran aku. Semua tu berlaku di depan mata aku, bukan melalui kata2 manis dari seorang lelaki.
Walaubagaimanapun, restu ayah dan ibu sangat penting. Sebelum ni tanpa restu mereka aku terasa hubungan ni sedikit sukar dan panas. Tapi bila ayah dah cakap macam tu, ibu pula sejak akhir-akhir ini boleh menerima dia, aku terasa hubungan ini menjadi mudah. Aku tidak lagi merasa segan bila disampingnya. Aku merasa bangga sebb dia memilih aku sebagai pasangannya. Doa aku pada Allah sebelum ini memang dimakbulkan. Aku bukan dapat lelaki kaya harta tapi lelaki yang kaya kasih sayang. Dia telah kehilangan mak dan ayah. Disebabkan itu SEMUA kasih sayangnya hanya untukku. Allah Maha Mengetahui..

Kalau benar kau menyayanginya, kau peliharalah maruahnya..kerana kau xsanggup melihat dia derita di 'sana' seorang diri di atas perbuatanmu..sama-samalah membimbing kerana manusia itu sifatnya lemah~~diari online
Cintaku kepadanya kerana ALLAH..aku berdoa agar ALLAH memberkati hubungan kami..aaamin..


Thursday, December 9, 2010

Peperangan Adik-beradik

Bila aku tengok sikap Kak Yong yang tak mahu mengalah dan Adam yang selalu mengalah mengingatkan aku kenangan antara aku dan adik bongsu aku, Amir masa kami kecil. Masa aku darjah 2 iaitu 8 tahun aku dikurniakan adik lelaki yang comel. Rasanya masa dia kecik aku tak ada masalah, hinggalah dia boleh bercakap, berjalan dan melawan cakap aku. Aku ada seorang kakak, tapi masa tu aku tak rapat dengan dia sebb dia aktif dengan aktiviti sekolah. Aku dan dunia aku. Ayah dan ibu menurut segala kehendak aku. Almaklumlah, anak bongsu lah katakan. Tapi kehadiran Amir meragut semuanya. Bermulalah peperangan! Huh..
 
Kalau kami gaduh, xda makna macam ni je, selalunya, ada adegan
gusti menggusti..haha
Yang aku bengang tu, ibu selalu menangkan Amir. Ibu kata aku kenalah mengalah dengan adik. Huh! Tak mungkin. Boleh dikatakan kalau salah sorang antara kami tak ada, alamatnya sunyi dan amanlah rumah tu. Kadang2 jiran pun pelik. Kalau sehari tak dengar suara aku menjerit dan suara Amir menangis, memang tak sah. Ayah dan ibu pun dah fed up. Kalau hitam kata aku, hitamlah. Kalau yang membantah tu, aku akan merajuk, dan sifat keibuan ibu selalu mengalah bila berada dalam situasi tu.

Bila bergaduh, peralatan yang aku selalu guna, batang penyapu. Rasa seronok pukul adik aku dan tengok dia menangis. Bab tengok tv, memang tak sah kalau tak bergaduh, memang aku akan pastikan aku dapat siaran cerita apa yang aku nak. Kadang2 bukan nak tengok sangat pun..haha. Amir sentiasa kalah, tambahan pula aku sorokkan remote tv kat dalam baju aku..hahah..

Ada satu peristiwa, agaknya masa tu ibu dah muak dengan sikap aku yang tak pernah nak mengalah, satu hari ibu tanya kat aku, 'mana adik?' aku pun dengan bangga cakap 'entaaaah' dan ibu aku terus jegilkan mata 'pergi cari adik sekarang!!' Perghh..masa tu dalam hati ni menyumpah2 adik aku. Aku harap adik aku hilang je terus, senang hidup aku. Tapi dalam masa yang sama harap adik aku tak pergi jauh sebb takut ibu aku marah. Dari atas bukit aku tengok2 kat bawah, kot2 lah adik aku ada. Kalau dia balik memang teruk aku kerjakan.

Dari jauh budak kecik yang pakai baju berseluar pendek karton warna oren serta berselipar kaki menjulur kedepan berjalan menghala ke arah aku. Aku menunggu dengan sabar. Dia sampai ja terus aku terkam dan pukul dia. Alamak...ibu jari dia yang ada luka baru ja nak sembuh, tapi disebbkan aku, jari tu berdarah balik. Apalagi memekaklah dia. Bila ibu aku tau dia terus kejar aku, dan aku lari selaju yang mungkin. Aku berlindung dekat sebatang pokok. Ibu aku amik tanah keras dan baling ke arah aku. Tapi aku pandai mengelak! fuh..Dari jauh jugak aku nampak along baru balik. 'Boleh berlindung ni.. Terus aku lari berselindung belakang along yang lebih besar dari aku tu. Tapi apakan daya, ibu lagi gagah dari along, aku ditangkap dan muka aku ditampar beberapa kali. Aku terus lari dan masuk ke dalam bilik aku dan dot3..hahah..

Tapi peristiwa itu tidak membuatkan aku serik. Hanya beberapa kali ja aku kecundang dalam peperangan ni, dan selalunya akulah juara. Peperangan berlangsung hingga usia aku mencecah umur 17 tahun, itu pun masa aku masuk IPTA. Sekarang ni, adik aku bukan lagi budak yang pendek paras pinggang aku. Dia sekarang lebih tinggi dari aku, ketinggian aku hanya paras bahu dia aja..haha..suara dia pun dah jantan sekarang..hahah..Walaupun begitu, gaduh2 tu masih ada, tapi tidak seteruk dahulu. Tanpa sedar peperangan itu merapatkan lagi hubungan kami adik beradik;)


Peperangan yang panjang pun pasti akan
BERAKHIR:)

Kak Yong dan Adam

Perjalanan hidup aku pada hari ini. Tidak banyak yang berubah. Aku menjaga dua orang anak buah aku yang comel, yang sulung aku panggil kak yong, nama dia Adriana Zaqeera bt Aziz berumur 5 tahun dan yang bongsu aku panggil adam, nama dia Adam Ziqree bin Aziz berumur 4 tahun (xsure ejaan betul ka tak..haha..dan lagi satu nama diorang ni panjang sedangkan nama ayah diorang pendek ja..isk2)

Kak yong seorang yang aktif manakala adam seorang yang lambat sedikit. Yang paling membosankan bila time makan, adam lah yang paling lambat sekali habis makan. Samada makanan yang aku masak tu tak sedap ataupun dia ikut sunnah nabi kunyah 44 kali. Tapi bagi orang yang tak sabar macam aku ni kadang2 boleh tercabar jugak bila kitorang dah habis makan tapi adam masih makan hingga 1/2 jam lewat! Tak boleh jadi, aku kena buat strategi.

Pertama aku suapkan. Memang cepat habis sebab aku kepal nasi sebanyak yang mungkin biar nasi tu cepat habis (tak menjadi). Kedua aku letak nasi sikit ikut kesesuaian semasa (tak menjadi dan adam boleh cakap 'Mak jang, nasi banyak sangatlah mak jang..' walaupun kandungan nasi tu sudah aku kurangkan hari demi hari dan dia cakap benda yang sama hari demi hari dan suatu hari aku cakap 'Adam!jangan nak mengada!MAKAN!!) Ketiga aku ugut, 'siapa yang makan lambat kena duduk sini sorang2.' Niat aku nak bagi dia makan cepat dan takut. Memang dia takut tapi dia makan jadi lebih perlahan sebab menagis. Keempat, aku tutup tv sebab nak bagi diorang concentrate makan. tapi diorang bergaduh pulak. Bertambah lambatlah adam makan. Dan terakhir dan berjaya, aku biarkan adam makan makanan dia sehingga habis walaupun mengambil masa yang lama.

Dua adik beradik ni sangat mendengar kata dan tidak susah untuk aku jaga. Agaknya mak diorang dah psyko kot. Setakat ni tak ada masalah cuma kadang2 tu hilang sabar jugak bila diorang ni degil. Baru tadi aku cubit Kak Yong sebb menipu. Semalam adam kena tampar ngan aku sebb masa makan dia gelak buat2 dan kena cubit sebb main air liur. Erm..rasa bersalah pulak, i'allah akan diperbaiki mutu. Well, aku sebenarnya tak suka budak2. WHAT!

Memang betul. Aku anak bongsu selama 8 tahun dan diragut oleh adik lelaki aku. Tak ada lagi 100% kasih sayang untuk aku. Pendek kata pengalaman hidup sebagai anak bongsu ni membuatkan aku tak suka budak2, bayi dan seangkatan dengannya. Bagi aku diorang ni membosankan, leceh dan sebagainya. Pernah sebelum ni abang aku nak minta tolong jagakan anak dia sebb bini dia sarat mengandung tapi tak jadi sebb dia tak percaya dekat aku. Dia kata, pasti, comfirm dan yakin aku akan biarkan anak dia menangis, dan bla3. Kemudian, Along aku pulak minta tolong jagakan anak dia sebb suami dia masuk hospital. Aku pun rela hati jaga lah diorang. Dan abang aku tak percaya Along percaya kat aku. Huh..

Yang sebenarnya lagi, sejak Kak Yong dan Adam lahir, hati aku mulai terima kehadiran kanak2 dalam dunia ni(tapi masa kecik aku tak endahkan sangat pun sebb malas nak pergi mandikan atau nak pakaikan lampin dan sebagainya). Tapi sekarang diorang dah besar dah boleh berdikari, jadi aku berani nak jaga, dan yang penting diorang tak pakai pampers..hehe..paling tidak agaknya dah sampai seru kot??i'allah

Ermm..kesian rasanya, kecik2 macam ni bila membesar tak ada ayah disisi. Apa pun Mak Jang, Mak Teh dan semua sayang dekat kalian berdua..