S Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2 ~ DIARI Online

Monday, May 6, 2013

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2

So, KENAPA PARTNER AKU DIBERHENTIKAN WALAUPUN DIA OK? Well, masa tu setelah 6 tahun company beroperasi, company aku ada masalah yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan company TERPAKSA berhentikan beberapa pekerja..partner aku salah sorang darinya..masa tu ada lah dalam 10 orang diberhentikan sementara sbb company tak mampu bayar gaji jika mereka terus bekerja disitu, kecuali aku dan lagi sorang dikekalkan sebab......yang sorang tu sgt independent kalau kerja diluar, tak perlukan pembantu..aku pulak, sebab aku tahu IN DESIGN..perghh..so aku dikekalkan..

Sebelum cerita buang membuang ni, ada sorg staf ni, tetiba bos panggil dia utk meeting..dia sorang lak tu..aku tertanya gak, kenapalah ni kan..dia balik, muka sedih2 bagai n cakap kat aku lah, dia akan dibuang sementara..so dia ckp aku kena ar get ready..n jgn bagitahu yg aku dah tahu..alamak, masalah untuk orang JUJUR macam aku ni..camana nak keep secret nih..dan..bos panggil aku..masa tu aku dah ready sepenuhnya..bos pun cerita masalah itu, ini n tanya aku 'kalau awak nak berhenti, saya tak halang, tapi kalau awak nak bantu, teruskanlah keje esok'..aik?? Lain macam ayatnya ni..aku kena buang ke tidak ni?? Dan secepat kilat dan seikhlas mungkin aku jawab 'ESOK SAYA DATANG'..huu:)..bukan sebab duit, tapi aku dah sayang dengan company ni:)) So, sudah pasti aku akan tolong kan?

Memang tak rugi aku ikut cakap lecture cerewet tu..member lain amik jalan mudah siapkan projek dgn guna sofware yang selalu kami pakai..IN DESIGN adalah sesuatu yang sangat baru, tambah pulak kami belajar hanya untuk beberapa bulan sahaja, assignment pulak nak dihantar secepat mungkin? Tapi mujur aku buat apa yang lecture ajar, guna IN DESIGN..walau tak secantik macam projek kawan2 yang lain, atleast aku sudah tahu basic2 IN DESIGN tu setelah bersusah payah godek sana sini..fuh..lap peluh..percayalah, apa pun yang lecture ajar, walau susah, pasti untuk kebaikan..aku percaya benda tu, so skg dah terbukti, kerana IN DESIGN aku tak diberhentikan:)

Mula2 memang rasa sedih..bayanglah, mula2 ofis bising, tiba2 yang ada dalam ofis cuma aku je, sbb yang sorang lagi tu banyak kena keluar..tapi..xsampai setengah jam, x-staff yang lain dtg lepak ofis? Aik? haha, wat penat je rasa sedih..dan hari seterusnya bos bagi diorang wat part time..diorang tak nak cari keje sbb diorang pun sayang ofis ni:)..so aku buatlah kerja aku seadanya dengan gembira seperti sedia kala..

Setahun kerja, akhirnya aku dapat partner baru..actually, nak cari budak admin sbb budak admin lama nak berhenti..mula2 aku tak masuk campur sbb admin lama yang interview budak2 ni sbb dia lebih tahu bidang dia dan apa yang company ni nak..one day dia p lunch pulak, so aku lah yang kena interview budak ni..oklah, aku tnya itu ini, n STOP, dia bawak resume IN DESIGN..fuh..so aku suggest dia dekat bos utk jadi partner aku, sbb aku malas nak tunggu bulan berikutnya untuk bos bukak iklan untuk grafik ni..hai..ingat senang ke nak interview?? Kena angkat phone, kena gtahu alamat la apa la, kena tnya soalan yang sama dan macam2..PENAT..n rahsia ni aku nak bagitahu bg sapa2 yang nak p interview..just b urself..walaupun awak xda apa2, just JUJUR je..dan berani..dan study company apa yang korang nak interview..if kerajaan, jgn lah selekeh..if studio, janji kemas..kan beza tu?

Kadang2, dalam iklan macam2 dia tulis, dan kadang2 xda orang pun yang dtg untuk iklan diorang tu, n datang lah korang, tetiba diorang amik korang keje walaupun nak banding diri ngan iklan tu memang TAK LAYAK sbb in case diorang nak URGENT..pengalaman aku interview orang, walaupun company studio, bos xkisah pun if diorang tak da kemahiran atau pengalaman, yang penting dia nak orang yang sudi belajar..

Lain majikan, lain lah yang mereka cari..macam aku masa mula2 nak keje sini, dalam iklan cakap nak umur 28 tahun, ada lesen, dan grafik design..satu pun tak sesuai dengan aku..dan may b bos malas nak interview lagi, or aku je yang datang, haha..or memang aku layak? So TAK CUBA TAK TAHU kan?? Rezeki yang datang tu ada macam2..tapi kalau ada seribu macam ALASAN, macamana lah rezeki nak datang? Dia pun seribu kali tak sudi..

Aku dapat partner baru, budaknya bagus cuma selalu cuai bila buat kerja..its ok, budak baru belajarlah katakan..dan dia gelar aku mak tiri..hamboih..garang sangat ke?? N nak cerita pasal RM800 TO RM1200 (1 TAHUN KEJE)..ni perjalanan gaji aku..
- RM800 plus allowance komitmen
- RM1000 plus allowance komitmen
- RM1200 plus O.T ikut jam..
kan..xsia2 aku makan hati dengan kawan2 yang rasa diri hebat sangat..rezeki tu ALLAH yang bagi..if kita ikhlas, insya allah, SEMUA kita dapat..yang penting, hati mesti tenang dalam bekerja, jangan berkira dalam bekerja (yang ni ada2 masa aku berkira, ada sebab aku wat macam tu)..jangan ada hasad dengki if ada yang lebih dari kita..dulu, baik buruk, semua atas bahu aku..skg bila dah ada partner, pasti bos aku akan banding aku dgn budak baru tu kan? Tapi xpa, itu akan membuatkan aku menjadi lebih baik..ada partner ni best jugak, leh bersaing:)..

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.