S Tak Tahu Siapa JODOH Aku ~ DIARI Online

Monday, May 6, 2013

Tak Tahu Siapa JODOH Aku

Ingat x kisah tentang CINTA OKU? Sekarang kami sudah BERTUNANG:)..ikut perancangan tempoh tunang 2 tahun, tapi skg dah nak habis tempoh dah..ada lagi sebulan je:)..hurm..senyum xberapa nak senyum gak lah..kami tangguh kawin, itu cerita dia..


Dari side positif, mungkin sebb kami belum ready lagi..selama tempoh dua tahun tu, kami jarang berbincang tentang kawin atau persiapan kawin atau apa saja yg berkaitan dgn k.a.w.i.n..dan mungkin ALLAH bagi kami masa untuk berfikir semasak2nya tujuan kami @ ALLAH nak beritahu yg kami bukan jodoh @ kami memang jodoh yang terbaik jika sanggup susah dan senang sama2..macam2 kemungkinan kan? 

Dah nak habis tempoh tunang ni, baru nampak kesepakatan kami..kami sepakat kumpul duit sama2 start bulan ini..dah terlambat kan? Tak lah..ALLAH MAHA mengetahui apa yang kami tak tahu..so kami usaha sehingga betul2 jadi..insya allah..

Kalau ikut kepala kami sendiri, kami nak buat majlis nikah dan kenduri sikit2 je..tapi kena fikir belah keluarga aku dan dia..andaikata ada antara mereka yang kecil hati, lebih2 lagi belah ibu, mak dan ayah dia dah tak da, tak ke yang tanggung keberkatan kahwin kami tu adalah kami sendiri sepanjang hidup kami nanti? Permintaan ibu tu mudah, dia xharap majlis yang besar, sekadar cukup agar saudara belah perempuan tahu yang anak perempuan dia dah kahwin supaya tidak timbul fitnah..dia xkisah xda pelamin..xda itu xda ini..

Biasalah, belanja kawin sekarang, paling koman dan jimat, setelah ditolak itu ini, tidak mungkin dapat lagi harga rm5000 tu kan? Melainkan kalau aku kawin secara beramai2 anjuran kerajaan atau badan2 tertentu..memang rasa nak kawin beramai2, tapi tunggu lah kalau PLAN A tak jadi, kita pergi ke PLAN B, iaitu kawin ramai2..:)..PLAN A adalah kumpul duit sama2..

Ada orang tanya, aku xkisah ke kawin ramai2??Kisah sikitlah kan, sebagai perempuan yang nafsunya bnyak pada harta benda, siapa yang tak nak majlis kawin dia ikut warna yang dia inginkan, siapa yang xnak merasa majlis kawin dirai hanya untuk dia seorang, tapi kalau lah memang xmampu, kita cari jalan lain yang lebih mudah dan jimat..aku mmg xsetuju BERHUTANG semata2 nak kawin..

Bayang, lepas kawin, insya allah ada anak..susu, makan pakai dia..n then sekolah dia, n then, masuk universiti dia..n then bla2..so bila masa nak bayar hutang kawin tu? Tambah pulak aku ada hutang PTPTN..WAJIB kena bayar walau apa pun orang cakap pasal PTPTN..pada aku, orang lain xnak bayar tu, itu hak dia, tapi untuk aku yang mmg dulu bergantung harap pada duit pinjaman tu, tetap akan bayar..xnak nanti dituntut masa akhirat..pahala yang sedikit bertambah muflis pulak semata2 diganti dgn bayar hutang yang melambak tu..bukan tidak percaya dengan REZEKI LEPAS KAWIN..tapi ada cara lain selain dari berhutang kan?

Jadi? Tunggu dan lihat samada mmg dia jodoh aku atau org lain..KAMI mmg redha walau apa ketentuan ALLAH untuk kami sbb kami tahu ALLAH akan tentukan yang terbaik untuk kami..aku dah ada nama untuk anak aku:))

Perempuan : NURUL HANNAN
Lelaki : MUHAMMAD FAHRI

:))

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.