Sempurna ke solat aku ni? Kadang2 takut terlepas pandang. So aku research la apa yang patut plus dengan ilmu yang aku belajar masa sek, dan masa mengaji dulu. Benda yang baik kalau dijadikan lebih baik, kan baaaik..haha. Ni aku research berkaitan dgn perempuan je, sbb aku ni women. Kalau lelaki tu, research ar sendiri k. Mana yang rasa terkurang tu tegur2 lah k. Lagi satu, citer aku ni utk yg dah tahu solat, just nak improve, so aku xciter detail. Kalau nak detail leh p kat link yang ini http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/09/05/solat-yang-sempurna/
http://nurayin.tripod.com/fiqeh/margrib.html
1. Niat. Sambil sapu muka, sambil niat.
Sahaja aku ambil wuduk fardu kerana ALLAH taa'la |
2. Membasuh Muka.
3. Membasuh dua tangan sehingga dua siku. Make sure rata sekeliling lengan, kadang2 kita just basuh guna sinki yg sempit tu, so hati2. Basuh atas sikit dari garisan siku macam dalam gambar.
4. Menyapu kepala. Utk pompan, just ubun2 rambut pun ok dah. Selalu lepas kepala, aku basuh telinga kiri kanan 3 kali.
5. Membasuh dua kaki sehingga dua buku lali. Masa basuh tu, jgn ar malas sgt, celah2 jari kaki tu, sapu ar guna jari mulus kita ni, jgn just hala ja kat air, takut xrata kang.
6. Tertib. Semua di atas tu wat 3 kali kanan kiri. Pastu jgn memandai je nak wat kaki dulu la apa la. Ikut urutan.
SOLAT ( rukun )
Sebelum cerita pasal solat, aku nak citer ar sikit pasal tempat solat. Make sure sejadah tu bersih. Kalau amik wuduk, tapi xmandi nak wat pe kan? Bayang ar ALLAH tu kekasih kita, so mesti ar nak wangi, bersih, then baru amik wuduk, biar la senonoh sikit orang kata. Telekung lak, kadang2 orang pompan ni bila nak semayang, dia bukak seluar jeans contoh, sbb dia tahu seluar dia kotor, tapi telekung jarang, nampak underwater dia?
Telekung jgn jarang, nak jumpa kekasih, mana leh seksi, DIA xsuka. Lepas tu lebih afdal warna telekung tu warna putih. Sekarang aku tengok macam2 fesyen ada, merah, hitam dan lain2. Bukan xleh, cuma kalau warna putih tu, if ada kotor, kita cepat perasan kan. Pastu bimbang nnt timbul perasaan riak, almaklum, kita lain dari lain. So senang, semua pakai je warna putih, tiada yang membezakan kita kan. If rasa diri nak melawa sebb KEKASIH, apa salahnya:)) Jom start..
1. NIAT solat ikut waktu
3. Qiam (berdiri betul). Maintain berdiri tegak. Jgn lak wat macam kawad, lenguh diri punya pasal, gerak2 ibu jari kaki. Xleh2. Solat ni xlama pun..haha
4. Membaca Fatihah. Baca dengan tertib, jgn mcm ketapi lak.
5. Rukuk
6. Iktidal.
7. Sujud dua kali tiap-tiap rakaat.
8. Duduk diantara dua sujud.
9. Tahiyat Awal
10. Duduk bagi Tasyahhud Akhir
11. Solawat atas Nabi Muhammad SAW di dalam tasyahhud akhir.
12. Salam, Assamualaikum warahmatullah, pastu sapu la muka tu
13. Tertib. Yang part ni penting, bukan just ikut turutan je, tapi bila kita solat, biar slow2, bacaan tu biar betul, jgn nak cepat je, imagine kita ni tengah DATING ngan KEKASIH kita ni, xbest la kalau kejap je kan??
SUJUD SAHWI
Sujud Sahwi ialah dua sujud yang dilakukan selepas membaca tasyahhud dan sebelum salam.
Kaifiat dan cara sujud sahwi adalah sama seperti sujud-sujud lain tentang perbuatan sunat dan wajibnya dan sunat dibaca dibaca semasa sujud ialah :
- Meninggalkan sunat Ab’adh iaitu duduk bagi tasyahhud awal, membaca tasyahhud awal, membaca selawat atas Nabi di dalam tasyahhud awal, membaca selawat atas keluarganya dalam tasyahhud akhir, membaca Qunut, berdiri bagi Qunut, membaca selawat atas Nabi dalam Qunut dan membaca selawat atas keluarganya di dalam Qunut.
- Mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang dengan sengaja dan tidak membatalkannya dengan terlupa. Di antaranya memanjangkan rukun pendek, berkata-kata yang sedikit yang tidak melebihi enam perkataan, makan , minum yang sedikit pada uruf , dan melebihi rakaat.
- Memindahkan Qauli (bacaan) dari tempatnya sama ada Qauli itu rukun , sunat Ab’adh atau sunat Hai’ah.
- Syak pada bilangan rakaat.
- Syak pada bacaan sunat Ab’adh.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.