S Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1 ~ DIARI Online

Monday, May 6, 2013

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1

Huih..dah nak pukul 5 pagi dah, malas nak tido..boleh? haha..kat tv siaran lagenda budak setan 2, tak tgok pun, sibuk layan internet..skg ni aku sibuk cari peluang keje part time online, jwb survey ke apa ke, janji halal dan dapat duit..setakat ni tak da apa2 duit yang aku dapat sbb xda apa2 survey yang diorg hantar kat email aku..yang aku tak faham skg tentang Pay pal ni.. aku dah buat dah, rasa2 leh pakai ke? aku xsure lah leh pakai ke tidak..confius lak..

Tujuan aku nak cari keje online ni sbb bulan 5 ni company aku xberapa ada projek, walaupun gaji aku leh tahan, tapi aku kena ada income lain untuk buat belanja harian, almaklumlah, aku nak simpan duit kawin kan:)..xpa, susah dulu, senang kemudian..

Dah setahun aku keje kat sini..dulu sibuk nak habis belajar..haha..kelakar bila ingat..habis je belajar, aku keje part time jual baju..bersungguh2 aku keje, kedai aku paling bersih tau..bayangkan, ada customer siap tnya lagi 'dik, kena bukak kasut ke ni?'..punya bersih lantai kedai tu aku kejekan..haha..n then, aku xingat aku nak cari apa kat mudah.my, aku terjumpa iklan keje aku skg..ciri2 pekerja yang dia nak adalah:
- wanita ada lesen memandu
- 28 tahun ke atas
- grafik design

Hurm..nak cuba ke tak? umur aku baru je 23 tahun masa tu..lesen..dalam proses sebab aku fail kali ke tiga!! Kalau nak lesen, mesti nak suh p mana2 lah tu kan? Fikir punya fikir, aku try lah jugak..so interview lepas semyang jumaat..berdebar gak sbb aku ni bukan lah tahu sgt grafik kan..tapi kalau TAK CUBA TAK TAHU kan? Hari jumaat pun tiba, aku pakai baju feveret dan baju bertuah aku yang warna merah tu..masa final asses pun aku pakai baju tu jugak:)

O..ofis ni baru pindah rupanya..sbb masa aku sampai, xsiap renovate lagi, karpet pun tengah nak pasang..dan yang paling best, opis ni DEKAT gila dengan rumah aku, kalau jalan kaki, amik masa dalam 30 minit, kalau nek bas, 15 minit..nek motor 5 minit..kete 10 minit..purata kiranya xsampai sejamlah:)..dan memandangkan rumah aku adalah perhentian bas, so mmg xsusahlah kalau nak pergi keje..dan kalau aku kena stay tido opis, ibu aku mesti tak risau punya:))..aku tahu, kalau dah nama studio, bab2 tido opis ni mesti tak dapat elak punya lah..

Soalan pertama aku bila sampai opis ni adalah 'wah cantiknya opis ni!!?'..sebab opis ni guna warna feveret aku, merah plus hitam:))))..double senyum..haha..silap, itu bukan soalan, yang ini soalan, 'bos sini melayu, cina or india?'..time tu aku tak tahu pulak org yg jawab soalan aku tu rupanya bakal bos aku..so dia jwb 'melayu:)'..aku bukan prejudis pada kaum, cuma aku ada sebab aku sendiri..xsalahkan kalau ada prinsip sendiri? Tambahan pula, aku jenis kerja yang bersungguh2, jadi aku cuma nak rasa berbaloi jika bekerja dengan syarikat islam..Setelah dikaji selidik di kedai makan, kat opis xsiap renovate lagi, bos belanja minum tuuu..wahhh..haha..aku diterima keja sebagai GRAFIK DESIGN dengan gaji rm800..

Hari pertama keje, aku dah buat hal, baru sentuh komputer, aku terpaksa hantar komputer tu pegi 'klinik'..so satu hari aku relex tanpa buat apa2..n then mulalah satu tugasan pertama aku, huih, baru tahu rupanya aku dapat bos yang cerewet..its ok, masa belajar dulu, selalunya aku admire dekat lectera yang cerewet..xkisahlah kalau kekawan len xsuka dekat lectera semacam ini, tp bg aku, selalunya org yang cerewet ni BERJAYA dalam bidang masing2..sebab, mereka perfectenist, dan selalunya hasil kerja mereka memang akan disukai..tapi biasalah, kdg2 keterlaluan jugak, tp its ok, aku tetap suka dengan mereka2 ni..haha..hinggakan masa dip, aku pilih supervisor yg super cerewet!..kui3..n masa deg pun sama walaupun beliau tak secerewet supervisor dip aku:)


Dengan gaji rm800 tu aku rasa pada waktu itu sudah mencukupi, siap ada simpanan lagi..sbb aku tak ada kereta, xbayar rumah, just untuk diri 100%..aku xkisah pun, kira ok lah tu sbb mula2 aku letak rate harga aku rm600 tau;p..bukan lah nak kata aku ni xda harga setanding dgn sijil aku tuh, cuma terasa aku sgt perlukan kerja dan pengalaman tu? Memang sungguh, duit aku letak paling bawah..so bila kawan2 tnya, keje apa..dan pasti akan ada soalan wajib seterusnya, gaji berapa?..ntahlah, aku tak tahu, may b nak banding dgn diri mereka kot? may be..aku dgn jujurnya jwb..rm800

Dan..dia akan ckap 'rm800 as a graphic design?? SIKITNYER??'..aku reply :) ajer..sbb chat je, kalau depan mata tu, sure2 dia akan nampak muka aku mcm ni :/..tipulah kalau aku xkecik hati!!..huh..kadang2 bila org tnya, aku tipu ar ckp rm1000, pun still diorang ckp, itu je??aiyooo..nak berapa sebenarnya?rm1juta ke??..so lepas tu, malas nak buat hati org senang, aku cakap jelah rm800..hurm..xpa2..buat yang terbaik..niat asal apa? Pengalaman kan? So, pasal duit tu xyah fikir..dia datang dan pergi..

Well, aku HAPPY giler keje sini..ofis warna feveret aku, xyah pakai kasut dalam opis, ada meja sendiri, dekat dengan rumah, bos selalu belanja, aku enjoy dengan job aku..sedar xsedar dah masuk 1 tahun keje:)..satu jangka masa yang lama untuk aku sebb before this 2 bulan paling lama sbb keje time cuti sem..n then..jeng2..aku dapat partner baru!!yea!!..tapi xlama, sbb dia wat hal, main fb sambil wat keje..bukan aku report k, depan bos aku dia men fb..hari pertama keje lak tu!!..so bos aku berentikan dia setelah ditegur dan diberi peluang, cari partner len utk aku..partner yang ini ok, xda masalah dan membantu meringankan beban aku..taaaapi..ada masalah len lah pulak yang membuatkan company terpaksa berhentikan dia:))..oklah..nanti sambung..kang bosan lak baca panjang2..tunggu episod ini ' Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2 ', aku akan cerita
- KENAPA PARTNER AKU DIBERHENTIKAN WALAUPUN DIA OK
- RM800 TO RM1200 (1 TAHUN KEJE)
- DAPAT PARTNER LAIN (HOPFULLY LAST)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.