S Aku Anak No 2 ~ DIARI Online

Monday, June 3, 2013

Aku Anak No 2

Malam ni aku rasa perlu untuk aku kaji balik sikap diri sendiri. Bukan je untuk aku, tapi untuk orang2 sekeliling aku, tambahan pulak sekarang aku dah kerja, so bila bermasyarakat ni, bukan semua orang boleh ikut cara kita kan? Kalau nak orang layan kita dgn baik, kita kena ar layan diorang dgn baik. Apa yang kita dapat tu berpunca dari dalaman kita gak kan.



1. ANAK MANJA EMAK ?
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
- Tidak pasti. Rasanya kalau manja tu adik laki aku, sebb setiap kali gaduh ibu pasti menangkan dia? Jadi itu membuktikan bukan semuanya ibu utamakan aku.
 
 
2. ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg degil. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
- Betul. Ada baik buruknya. Banyak benda gak yg aku rasa macam aku je yang betul. Kat rumah misalannya, aku control rumah, if nak beli sofa, mesti kena ikut citarasa aku, kalau tak JANGAN beli. Susun atur dalam rumah pun kena ikut kesesuaian yang aku tetapkan. JANGAN sesekali ubah. Aku mmg suka mengemas, jadi if ada sapa2 yang ubah, aku akan ubah balik tempat yang aku RASA BETUL. So, diorang malas nak layan sebab diorang bukan kaki mengemas.

- Bab kerja pulak, ada part yang aku RASA BETUL, aku tak endah kalau ada yang menegur. Selalunya bila kita rasa KITA BETUL akan ada plus over confident, so aku akan bagi hujah yang sepatutnya WHY aku buat macam tu.

- Ada bagusnya bila aku degil, keras kepala dan tak mendengar kata sebab aku TAHU apa yang plan dalam sesuatu perkara, cuma dalam komunikasi tu..ehem2..faham2 je lah yang aku ni bukan hidup dalam dunia sendiri kan? Kalau masa kecik tu ye lah aku boleh hidup dalam dunia sendiri, xda sapa nak marah, now, aku hidup dalam masyarakat. If aku anak no 2, yang lain tu ada yang anak sulung, anak no 3 dan etc. So sometimes aku perlu juga MENDENGAR, betul?

3. TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.
- Nak kata menyampah ke apa ke xjugak. Cuma kadang2 bila orang merajuk or terasa hati ngan aku, AKU TAK FAHAM. If faham, aku akan minta maaf if memang relevan lah? Yang ni lagi satu masalah. Aku bukan saja create benda ni, taaaaapi tolonglah, aku just pandai cakap 'MAAF' dengan ikhlas, padahal orang pun xfaham samada aku ikhlas atau x? Sebab emosi aku dari segi itu memang la xda.

4. BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban. :D
- Betul. Dulu masa muda..haha..aku pernah ar try nak ada scandel. Memang ada. Memang seronok, ye lah, dear aku jauh, yang ni depan mata, leh jalan2, leh makan2, tapi xlebih dari itu. Xsampai seminggu, aku rasa macam, daripada aku pening kepala, lebih baik aku fokus pada yang satu? So skg, aku hanya fokus pada yang satu sbb malas nak fikir benda yang buang masa.

5. HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
- Yup. Dalam rumah, if aku cakap jgn letak apa2 bawah katil, so jangan letak. Bab kerja, if aku kata benda ni perlu, so aku akan letak, sebab aku ada reasons aku, selalunya menjadi. Ada pendirian tu bagus, cuma kadang2 perlu dengar pendapat orang. Yang ni aku lom berjaya lagi nak ubah sikap diktator tu. Melainkan, orang yang nak lawan tu dia ada reason kukuh, so aku akan setuju.

6. HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras. Tp hati dia lembut. SATU lagi pe'el dia. Dia tak boleh ditegur.
- Kalaulah dikatakan sikap suka cium kucing tu hati lembut, aku setuju. Tak boleh ditegur tu, hurm..nak tegur tu kena ada cara. Sama gak macam diatas. Bagi reason kenapa dan mengapa aku ditegur. Aku ni xdalah keras sgt sampai macam tu. Setakat ni, if ada yang tegur, walau mulanya aku tak terima, muka telinga terasa panas, bila tenang, percayalah, aku akan buat apa yang ditegur tu.

7. BERDIKARI

Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.
- Aku bukanlah seorang yang mudah bergaul. Tapi alhamdulillah, mana2 aku pergi, jarang sekali aku jumpa orang yang bukan2. Selalunya memang kawan yang membantu. Bukan kawan dtg dan pergi. Aku memang pendiam sejak dulu lagi, tapi may b sebab masa kecik start tadika aku dah pandai urus diri, duduk rumah sorang, palay sorang, sebab tu kot, campak lah mana pun, insya allah, xdalah terkejut beruk..hahah. Tapi aku ni xda independent sangat, still bergantung ngan kakak aku gak kekadang..huuu

8. ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
- Aku memang suka wat hal sendiri dan xsuka tangguh keje. Bab arahan tu, hurm kadang2 je xleh terima. Dah nama pun keje ngan orang?

9. PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

- Aku bukan seorang pemarah. Tapi ngaku, bila marah, aku terlepas cakap dan kadang2 tu hurm..ntah lah. Aku xtahu apa perasaan orang. Bab yang ini lah yang aku cakap aku kena kaji sikap aku. Bab yang ni gak lah aku kena perbaiki sbb dah selalu terjadi ngn orang sekeliling aku. Selalunya aku jadi sensitif bila bab keje sbb aku ni detail sikit. Pulak tu berbalik pulak dengan 'hitam putih' tadi plus rasa diri je betul..haaaa..amacam?

10. PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.
- Janji kemas dan tutup aurat..amin..

Mana yang ok tu, alhamdulillah. Mana tak ok tu, ubahlah. Bagus if rasa diri tu betul, dari situ aku akan defence sedaya upaya, dan kualiti keje yang bagus, cuma, kalau terlalu sgt pun leh watkan kualiti keje jadi tak bagus. So..ubahlah mana yang perlu.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.