S SILAP TARIKH ~ DIARI Online

Wednesday, July 31, 2013

SILAP TARIKH

Hari ni memang hari yang stress plus kelakaw..ya Allah..rasa bersalah sangat nagn sorang customer opis aku. Citernye macam ni..

selama dekat sebulan aku bertungkus lumur siapkan projek customer ni..aku namakan dia A ok..malas taip panjang..haha..pastu, dari hari ke hari, aku sentiasa update ngan A, apa yang tak cukup n bla2..aku kelam kabut, A kelam kabut..dan hari ni kemuncak kekelam kabutan kami..memula A kata nak siap pada hari rabu 23/jun..so aku try sehabis baik..depan meja aku ada calendar..kalau ikut tarikh tu, part 1 siap 23/jun, so nak xnak aku kena hantar part 2 pada 12/8 yang jatuh pada hari isnin, iaitu RAYA KEEMPAT..hurmm..ok..aku dah mula rasa pening..

macamana aku nak siapkan sedangkan aku ngam2 masuk keje 12/8? Ada lagi balance material yg A kena bagi aku, dan aku kena cek sebelum hantar print majalah tu. Aduh..camana ni? Takkan aku nak dating hari Ahad? No point sebab A cakap dia masuk balik keja pada 15/8???? Mana sempat???? Memang xsempat langsung! Aku dah stress..camana aku nak raya if kalau raya pun aku fikir projek yang xikut schedule macam ni???????????????????

Setiap kali aku tengok calendar depan meja, fikiran aku mula menerawang. Ngan dak opis pun aku malas nak tegur sebab dalam kepala aku ni ligat fikir, camana nak settle masalah supaya ikut tarikh schedule yang dah dibincangkan. So aku kerah sehabis baik A. Sebab aku risau sangat, walau pun sebenarnya, aku leh je wat rileks, sebab semuanya bergantung pada A jugak sebenarnya.

23/jun xsiap sbb ada material A yang sangkut lagi. So aku decide, nak xnak kena hantar 24/jun jugak!! so hari ni 23/jun, aku usaha dari pagi ke tengahri ke petang. Aku memang xwat keje lain dah. then, sesuatu terjadi..perghhhhhh

A call bos aku, dia nak Tanya benda lain sebenarnya. Bos aku borak ar kat bilik dia. Aku pulak, tunggang langgang siapkan keje tu. Nak xnak hari ni kena print, sebab esok 24/jun pagi2 tu kena hantar kat dia. Tak leh ar hantar tengahri sebb dia nak tunjuk kat orang len. 25/jun pulak, dia dah cuti raya. Aduhhhhhhhhhhh!!!!!

Tetiba bos aku kuar, muka sengeh, pastu dia ketawa!!! Alamak..awak deal ngan A sepatutnya hantar majalah hari apa?? Aku jawab ar, 12/8???..pastu dia ketawa..AWAK?? BUKAN KE AWAK DEAL NGAN A SEPATUTNYA BULAN 11 SIAP????????

Imagine..aku bertungkus lumus, rupanya ada lagi 4 BULAN OK!!!!!!! Yang A pulak, dia citer ar kat bos aku, yang dia sampai pakai telekung tebalik, salah amik air semayang, gara2 stress, tambah pulak aku menekan dia..dia cakap camtuuuu..warghhh..rasa bersalahnya aku...aduii..ni mesej dia kat fb, sebelum dia tahu yg aku ni salah tarikh:

Sungguh saya tak pernah stress macam ni! Mengejar tarikh akhir cetak Majalah Sekolah lebih stress daripada mengejar tarikh akhir novel

Dia penulis novel. See!! Sorry bebanyak A!! Saya tidak sengaja!! Hihihihi

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.