S Pertunangan aku dengan APOLLO ~ DIARI Online

Saturday, June 1, 2013

Pertunangan aku dengan APOLLO

Ha..amacam tajuk? Ok ar, jom terus citer sementara otak aku ni aktif ingat detik2 itu.

Sebelum detik tu
12 Dis 2010 aku n dia dah start bincang pasal risik n bertunang ni. Bincang punya bincang, kami decide nak bertunang. 6 Jun 2011, start nak beli cincin. tapi aku kena ar p kat dia, macam2 halangan time tu. Aku pun xtahu ar napa macam xready masa tu. Dia bagi masa aku fikir, samada tindakan nak bertunang ni betul atau tak. Yelah, kejap nak datang, kejap xjadi datang untuk pilih cincin, sampai mengamuk ar dia. Pastu, aku bengang, aku suh dia p beli sendiri cincin tu ikut size yang aku cakap kat dia. Lepas tu xjadi gak sbb dia takut kalau beli, nanti terlalu besar or ketat. Nak xnak aku kena ar p sana selepas aku wat keputusan bertunang je lah, bukan apa pun kan?

Dah sampai sana, terus p beli cincin depan kedai tempat dia keje. Time tu hujan, redah gak lah, malas nak pakai payung. Aku moody time tu. Aku pun pilih ar cincin dengan perasaan malas. Aku pakai, rasa macam ketat, tapi cina tu kata ok je, so aku pun setuju je lah, malas nak pilih yang lain. Kebetulan dia ada kakak yang wat hantaran ni semua, terus decide pilih warna hantaran semua. Aku pilih merah putih. Masa tu kami dah decide xda hantaran semua. Aku ingat just tempat cincin je lah yang dia akan bawak nanti. So kami sepakat setuju, pilih tarikh 26 Jun 2011 untuk bertunang. Aku balik hari.

Sebelum menjelang harinya, kami p ar rumah kakak ibu aku, nak tnya ar pasal tunang ni, dia lagi berpengalaman sebab anak dia ramai, ada 13 orang, boleh dikatakan semua dah kawin berbanding ibu aku, aku lah anak dia yang first nak melangkah ke arah tu. Kitorang tanya lah, makanan apa yang sesuai untuk bertunang tu? Mak long pun cakap, wat lah lauk, sebab tengahari kan. Ikan goreng, sayur, nasi putih, lauk berkuah sikit, buah, settle. Sebelum balik, mak long bagi set sarung tilam yang sesuai untuk bertunang. Bila balik tu kami bincang lagi nak masak apa. Akhirnya, kami pilih masak nasi ayam, senang satu set je berbanding masak lauk. Bab makanan settle, bab nak bagi cenderahati sikit kat pihak lelaki. Kitorang pun beli ar APOLLO macam2 perisa. Aku ar susun dalam basket tu penuh2. Xpalah kan kalau belah laki xbawak apa2, janji kitorang bg sikit lah kat diorang sbb dtg jauh.

Detik yang ditunggu
Pagi2 kitorang dah masak nasi ayam bagai. Ibu aku dah cuak dah sbb dia xpernah masak banyak2 macam ni. Masak nasi pun berapa kali entah. Aku tukang kemas umah. Imagine ar, dua hari sebelum, semangat aku p cat satu rumah balik tau plus toilet sekali! Hahah..xda kaitan, saja ja, alang2 nak raya dah nanti, xyah cat dah. Sampai bergaduh ngan adik aku sebb dia xtolong cat toilet..hiiii.

Aku just pakai baju kurung raya aku plus my feveret warna merah, tudung warna putih, celak sikit. Sedara semua dah datang. Aku mesej lah si dia tanya lokasi, dia dah sampai kl, tp p umah sedara sbb nak semayang jap. Aku dah mula risau, sedara dah bertanya. Mulalah satu tragedi bila sedara tnya pasal hantaran, aku cakap ar xda. Sirih pun xda. Apalagi, bising ar diorang. Sebab yang sorang tu, anak mak long aku pandai wat hantaran. Dia cakap, if xnak hantaran pun atleast wat lah sirih junjung, dia leh watkan. Aku n kakak cepat2 sorokkan bakul APOLLO aku tu, kang kalau diorang nampak bakul yang xberapa hantaran tu kang, lagi bising nanti..haha..

Aku wat bodoh je lah sebab aku ni jenis amik mudah. Just tunang je kan? Bukan apa pun? Janji kedua belah pihak tahu bila nak langsungnya, dan aku n pasangan dah ready nak kawin bila dah ikat macam ni. Hantaran tu semua xyah pun xpa kan? Tapi yang kesiannya ibu aku. Aku memang ar hati kering, tapi yang tadah telinganya ibu aku. Sedara cakap ar, majlis aku ni macam xda sedara je, macam xda sedara yang leh tolong dan berpengetahuan pasal adat2 ni. Itu pun mujur ar bilik aku tu aku bubuh sarung tilam yang mak long bg hari tu.

Bila aku tengok ibu nangis, hati mula xsedap. Alahai, xpasal2 ibu kena marah. Ting..dapat mesej. ' Yang, kawan abang sponser dua hantaran...'..... hahahah..apa yang korang rasa riak muka aku masa tu? Rasa nak mengamuk semua. Dah ar start beli cincin tu aku jadi seorang yang mudah mengamuk. Terus aku mesej dia cakap jangan bawak hantaran masuk dalam rumah sbb sedara aku bising. Memula dia setuju, lega sikit hati aku. Akak pun lega gak.

Bila diorang sampai, ada dalam 4 kete..pap...sorang2 kuar dengan bangganya bawak hantaran yang cantik ikut tema colour yang aku pilih hari tu. Ada tujuh semuanya!!!! Ya Allah..xpa2, aku wat muka rileks. Dah ar hari tu orang ingat akak aku yang bertunang sbb dia pakai baju lip lap, geram lak aku ngan dia, time tu ar nak jadi datin lebih dari aku. Habis tenggelam aku ngan baju kurung feveret aku tu..haha..xpalah, wat bodo je..aku duduk seayunya dalam bilik. Rasa macam poyo je time tu.

Wargghh..bila dah habis bincang, oklah, yang pasal hantaran tu, belah laki dah xplain cakap yang itu just hadiah je, diorang xkisah if pompan xbg apa2. Huh..hadiah apa kalau siap hias semua bagai? Kalau hadiah, balut ar dengan pembalut hadiah???? Diorang pun masuk ar bilik aku. Along si dia datang, aku rapat ar gak ngan along nya tu. Memula macam nak wat slumber, tersengeh je nampak along tu, then bila start bilik tu dah ramai orang, zuppp, terus aku tak reti nak senyum!! Kelat muka!!

Masa tu aku nampak ada pompan belakang along tu. Konon macam nak jadi peramah plus control malu lah kan, aku tanya ' Ramainyaaaa..yang ni sapa? ' Sambil tunjuk kat pompan tu. Pompan tu jawab ' Ni angah lah, isteri abang ngah ' Zasssss..aku lupa sangat2 yang tu isteri abang ngah, abang si dia, sebab aku pernah p umah dia, siap dijamu makan lagi, dan siap complain cakap bini abang ngah muka garang?? So pendek citer aku pernah jumpa dia!!! Time tu tangan aku sejuk xyah cakap. Along ar tegur. Alamaklum, aku ni ada masalah tangan berpeluh. Bila nak sarung cincin tu, cincin tu ketat lak, tapi leh ar masuk gak walaupun selepas dipaksa. Ni semua cina jual cincin tu punya pasal. Hurm..fuh..apa pun semuanya settle.

Aku pun kuar, nak hantar belah laki ni balik. Belah laki p amik sendiri makanan sedangkan kami dah sediakan kat dalam talang. Kelam kabut jadinya. Nak xnak, sebelum diorang balik, aku kuarkan APOLLO kebanggaan aku tu, bagi kat belah laki. Muka aku tersengeh je, nak banding ngan hantaran yang dia bagi, bagai langit dan bumi. Apa pun, syukur semua selamat, walau dalam pahit, tetap ada manis:)))

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.