S Punah Harapan Nak Menang Kereta ~ DIARI Online

Friday, May 31, 2013

Punah Harapan Nak Menang Kereta

Hari ni antara hari kesedihan aku, gara2 'Peraduan Jom Cari BH'. Firstime nak join, punya lah excited. Setiap pagi before p keje, aku beli senaskah, dan isi form apa yang patut. Member keje bukan men support lagi. Selama ni ofis just ada Harian Metro, sekarang ni Berita Harian lak jadi pengganti.

'Apasal setiap kali nak baca berita harian ni, tang muka depan ni mesti xda?' Ada sorang staff tanya. Aku just ketawa je lah..hahah.. Sebab peraduan tu nak kepala Cover BH tu sekali, alang2 aku nak gunting tang kepala BH tu, aku bukak je lah cover dia semua kan? Aku akan make sure walau apa yang terjadi, aku akan completekan penyertaan aku, xkan ada yang tertinggal. Malam tu before tido aku baca balik semua pasal peraduan tu, ok complete, boleh zZZZz sambil senyum.

So hari ini, aku kuar awal sebb aku nak beli surat khabar, nak gunting dan pos semua, sbb post yang kotak merah tu ada kat bas stop, so senang, nanti xyah ar kuar masa keje. Hari ni aku happy sgt. Sampai xsempat2 nak salam ibu aku, sbb dia ngah mandikan budak, so aku takut lambat, so aku p jelah tnpa salam dan cium pipi beliau..hurm.... Envelope plus alamat, plus stem, semua aku dah sediakan awal dua hari. Siap bawak gam, sebb takut gam kat envelope xlekat. Tapi masa aku nak gam tu, xboleh2, so aku bubuh je air liur semulajadi aku kat envelope tu, huarghh.. Nak cepat punya pasal. Aku nak yang pertama sampai ke BH tuh. Sampai aku tertinggal bas. Nekad punya pasal.

Bila sampai ofis, aku wat keje cam biasa. Balik keje, aku fikir, envelope tu melekat sempurna ke? Sebab xsempat nak gam, just air liur asli. Then, kalau terbukak, rasa2 ada ke yang amik n liquid maklumat aku n letak nama dia? Tapi aku muhasabah diri, aku cakap, if rezeki aku, insya allah, Allah akan lindungi............

Dah sampai rumah, aku lipat kain. Tetiba aku terfikir satu benda. Aku pernah telefon peraduan tu, sbb aku xfaham satu benda, dia tulis dia nak 2 kepala BH/Ahad. Ting! Ahad??? Tak kan peraduan ni sampai Ahad? Hari ni jumaat???? Aku ada simpan serpihan surat khabar yang aku gunting tu, aku baca balik tarikh peraduan tu. Alamak.....................memang sampai Ahad. Hancur harapan aku nak menang KERETA............memang bukan rezeki. Memang ar ada lagi peraduan, sebab dia sampai 5 minggu. Aku baru minggu yang pertama, tapi kalau aku hantar complete 5 minggu, baru ada peluang menang kete. Itu ar point aku nak masuk peraduan ni, kete.

Lantas aku pun baring dan pandang syiling umah aku selepas lipat kain. Terkedip2 mata aku. Ibu aku tegur, ' Kenapa tu? Termenung je? '..aku jawab..' tak ada apa2................


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.