Adoi..gabra betul hati dan perut ni. Esok nak shoot, entah jadi ke tidak ni. Macam2 ada dalam benak fikiran aku. First, barang nak shoot aku letak dalam bilik lectera. Yang merisaukan aku, adakah barang2 itu selamat di sana? Barang2 tu termasuklah baju model, kasut model, baju member yang aku pinjam, pancing abang aku..banyak tu barang berharga. Bukan apa, tak larat pulak nak angkut semua barang2 tu balik bilik. Lepas tu nanti nak kena bawa balik ke fakulti?
Perkara no 2, pasal model aku ni. Aku call dari siang tadi tak berjawab. Dia off handphone. Apasal ek? Dia gaduh ngan bf dia ke? Dah lah dia dan bf dia tu jadi model aku. Kalau bergaduh, camana aku nak ambil gambar diorang? Dah lah dalam gambar tu nanti kena menampakkan diorang ni serasi bersama??
Perkara no 3, adakah studio akan buka? Dahlah masa hari Isnin tu TUTUP. Kalau tutup, memang hancur lah semua rancangan. Khamis pulak nak present dah 4 keping gambar. 10% tuuu..
Perut aku ni rasa macam nak meletup ja sebab sekarang aku tengah risau tahap gaban dah ni. Salah aku ke kalau idea yang best hadir saat2 akhir macam ni? Awal2 aku dah fikir idea, bila di tambah2, hasilnya berhari2. Alasan ke tu? Erm..just 4 ja ok..semoga berjaya esok. Kalau tak berjaya, pastikan awak ada plan Z ok..pastikan semua berjalan lancar esok!!
Manusia merancang, Allah menentukan. Ya Allah, aku mohon agar semua berjalan lancar esok...
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.