S Assignment yang belum siap ~ DIARI Online

Monday, February 14, 2011

Assignment yang belum siap

Hari ni sepatutnya aku shoot asgnment aku yang terbengkalai tu, tapi apa kan daya, bila dah sampai ja dekat studio, akak yang jaga studio tu ada emergency case pulak. So STUDIO TUTUP dengan rasminya. Dahlah aku bawa banyak barang. Bayangkan, tangan kanan aku bawa kerusi, joran yang panjang tu. Tangan kiri bawa kayu (kena pegang hati2 sebab senang patah). Bahu kiri bawa beg baju dan kasut untuk model termasuk alatan lain macam gunting dan lain2. Dan aku sandang beg laptop bersama kamera didalamnya..Can't you imagine that? Dah macam semut bawa makanan dah aku ni. Sampai2 ja studio tutup. Erm..tak apa lah, aku merancang, Allah yang tentukan semua tu. Mungkin Allah nak bagi aku masa untuk berfikir lagi idea yang lagi bagus, sebab dia tahu aku boleh buat lebih baik.


Tapi..kadang2 tu cuak jugak. Sebab aku hanya ada peluang nak shoot pada hari rabu petang, hari khamis pagi aku ada presentation!! Alahai..mampukah aku nak siapkan semua kerja2 tu nanti? Walaupun dia nak 4 keping gambar sahaja, tapi, amat sukar untuk aku siapkan...

Hari ni isnin, esok selasa ada maulidur rasul, studio memang tutup, erm..harap Rabu adalah hari terbaik aku..rileks..bukan tak pernah aku hadapi saat genting macam ni kan. Dulu, esok nak present malam baru aku shoot, hasilnya, gambar aku terpilih, lectera suka.

Mungkin ada betulnya kawan aku cakap, aku ni kalau dah terdesak, dah nak sampai masa nak terjun bangunan, baru otak aku berfungsi dengan creativenya. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dah. RABU 16 Feb 2011..adakah aku akan berjaya menyiapkan 4 keping gambar yang sangat penting tu? I'allah~~~

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.