S Pra Ulangan JPJ ~ DIARI Online

Tuesday, February 8, 2011

Pra Ulangan JPJ

Sempat amik gambar guna phone
Tadi belajar kereta sebab esok ada test JPJ ulangan. Ulangan? Ye ULANGAN..atau KANDAS dekat bukit. Erm..hati rasa tak gementar buat masa ni. Mungkin dah tak kisah. Sungguh, kalau gagal lagi, aku nak mohon bantuan dari sesiapa yang sayang kat aku untuk bayar yuran ulangan tu..haha..aku dah tengok nama, no 11, bahagian ke 2..ala..balik lambat lagi lah ni agaknya sebab aku ada kelas petang. Erm..tak kisah lah. Harap esok LULUS semua ujian2 tu.

Bila fikir2 balik, aku kira beruntung sebab aku just gagal bukit. Ada akak tu, masa aku ambil test hari tu, dia ulangan, so dia cerita lah kat aku pengalaman dia yang gagal parking dan jalan raya, means dia kena ulang 2-2 sekali. Pergh..masa cerita tu siap gelak2 lagi, yang aku ni dah rasa macam nak terkucil dengar cerita dia yang best sangat tu. Kemudian bila dah selesai test pada hari tu, aku tanyalah dia lulus ke tak sebab dia asyik tengok ja result dia tu kemudian macam nak sorok2 takut orang lain nampak. Rupanya dia gagal parking. Tapi yang jalan raya aku tak tahu lah samada dia lulus ke tak sebab masa tu pun aku tengah tunggu giliran aku nak ambil test jalan raya.


lori kat depan, cuak gak ni
Tadi, cikgu aku tu ada cakap, minggu lepas, means minggu selepas aku dah test jalan raya, test jalan JPJ diorang buat jalan baru. So, disebabkan itu, ada student yang fail sebab tak tahu jalan. Fuh..mujur lah aku just kena ingat satu jalan ja. Dah lah aku ni buta jalan. Itu pun, terkial2 nak ingat. 3,4 kali jalan situ, baru ingat. Tu pun masa test JPJ, nyaris lupa jalan, haru2..

Agaknya inilah sebabnya kenapa dulu bila family aku paksa aku ambil lesen, aku tak nak, malas. Rupanya nak gagal. Ye lah, yuran pun aku amik yang pakej student tu, bayangkan kalau aku ambil kat luar, harga standart, kalau gagal, tak ke aku kena bayar lebih?
Hikmah tu..haha..apa keputusan esok agaknya? Tungguu..

Test JPJ

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.