S Kamera vs perpustakaan ~ DIARI Online

Monday, February 7, 2011

Kamera vs perpustakaan



Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalas dan suka kan kerja yang mudah..disebabkan tu aku ni creative sikit dalam bab2 nak memudahkan kerja aku. Kenapa tidak menggunakan teknologi yang ada untuk membuat sesuatu yang berfaedah? Kalau pergi ke perpustakaan, kita mesti nak pinjam buku, tapi kita ragu-ragu nak pinjam sebab takut tak ada masa nak pulangkan @ malas @ tak ada duit nak bayar denda lewat hantar buku @ maklumat yang kita nak tu tak seberapa berbanding berat buku yang melampau. Ini antara masalah2 yang aku hadapi bila nak cari maklumat dan disebabkan itu aku malas nak ke perpustakaan, lebih mudah cari dalam internet kemudian copy and paste. Tapi maklumat dalam internet tidak sehebat dalam buku sebab tak semua orang boleh baca. Kira kalau aku dapat maklumat limited macam tu, mesti lah bangga dan bertambah ilmu aku kan..

Fikir punya fikir, idea creative pun muncul. Hanya berbekalkan kamera DSLR, masalah aku pun selesai. Nak ke perpustakaan pun dah tak malas lagi. Jangan salah fahm. Aku beli kamera ni bukan semata-mata nak tangkap gambar dalam perpustakaan, tapi memang course aku memerlukan DSLR. So, kemudahan dah ada, kenapa sia2kan? Caranya, aku ambil gambar maklumat-maklumat yang aku nak dalam buku tu sahaja. Bukan banyak pun, cuma 4, 5 m/s ja. Tapi kalau memang maklumat tu ada dalam setiap m/s, nak tak nak pinjam ajalah. Tapi jarang berlaku. Mudah kan? Aku sembunyi2 ja buat kerja ni sebab aku tak tahu yang aku buat ni ada AKTA atau tak. Kang kalau dia rampas kamera aku ni, siapa mahu jawab? So, selamat mencuba.

Setakat ni aku belum berani nak snap gambar nota2 dalam kelas, sebab banyak sangat slide, tak larat nak tulis. Pernah cuba, tapi gambar shaking lah pulak sebab gementar. Isk3..tak apalah..salin je lah labu..

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.