S DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, May 19, 2013

Jom Solat:)

Sempurna ke solat aku ni? Kadang2 takut terlepas pandang. So aku research la apa yang patut plus dengan ilmu yang aku belajar masa sek, dan masa mengaji dulu. Benda yang baik kalau dijadikan lebih baik, kan baaaik..haha. Ni aku research berkaitan dgn perempuan je, sbb aku ni women. Kalau lelaki tu, research ar sendiri k. Mana yang rasa terkurang tu tegur2 lah k. Lagi satu, citer aku ni utk yg dah tahu solat, just nak improve, so aku xciter detail. Kalau nak detail leh p kat link yang ini http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/09/05/solat-yang-sempurna/
http://nurayin.tripod.com/fiqeh/margrib.html

AMBIL WUDUK ( rukun )
1. Niat. Sambil sapu muka, sambil niat.
Sahaja aku ambil wuduk fardu kerana ALLAH taa'la

2. Membasuh Muka.

3. Membasuh dua tangan sehingga dua siku. Make sure rata sekeliling lengan, kadang2 kita just basuh guna sinki yg sempit tu, so hati2. Basuh atas sikit dari garisan siku macam dalam gambar.

4. Menyapu kepala. Utk pompan, just ubun2 rambut pun ok dah. Selalu lepas kepala, aku basuh telinga kiri kanan 3 kali.

5. Membasuh dua kaki sehingga dua buku lali. Masa basuh tu, jgn ar malas sgt, celah2 jari kaki tu, sapu ar guna jari mulus kita ni, jgn just hala ja kat air, takut xrata kang.

6. Tertib. Semua di atas tu wat 3 kali kanan kiri. Pastu jgn memandai je nak wat kaki dulu la apa la. Ikut urutan.




SOLAT ( rukun )
Sebelum cerita pasal solat, aku nak citer ar sikit pasal tempat solat. Make sure sejadah tu bersih. Kalau amik wuduk, tapi xmandi nak wat pe kan? Bayang ar ALLAH tu kekasih kita, so mesti ar nak wangi, bersih, then baru amik wuduk, biar la senonoh sikit orang kata. Telekung lak, kadang2 orang pompan ni bila nak semayang, dia bukak seluar jeans contoh, sbb dia tahu seluar dia kotor, tapi telekung jarang, nampak underwater dia?

Telekung jgn jarang, nak jumpa kekasih, mana leh seksi, DIA xsuka. Lepas tu lebih afdal warna telekung tu warna putih. Sekarang aku tengok macam2 fesyen ada, merah, hitam dan lain2. Bukan xleh, cuma kalau warna putih tu, if ada kotor, kita cepat perasan kan. Pastu bimbang nnt timbul perasaan riak, almaklum, kita lain dari lain. So senang, semua pakai je warna putih, tiada yang membezakan kita kan. If rasa diri nak melawa sebb KEKASIH, apa salahnya:)) Jom start..

1. NIAT solat ikut waktu

2. TAKBIRATUL IHRAM. 
 
3. Qiam (berdiri betul). Maintain berdiri tegak. Jgn lak wat macam kawad, lenguh diri punya pasal, gerak2 ibu jari kaki. Xleh2. Solat ni xlama pun..haha

4. Membaca Fatihah. Baca dengan tertib, jgn mcm ketapi lak.




5. Rukuk
 
 
6. Iktidal.
 
 
 
7. Sujud dua kali tiap-tiap rakaat.





 
 
Tang sujud ni make sure, dahi betul2 kena kat sejadah, jgn ada halangan lain macam telekung ke apa k. Kena proper la. Ibu jari kaki tu kasi lipat masuk dalam sikit masa sujud.


8. Duduk diantara dua sujud.
 
 


9. Tahiyat Awal
10. Duduk bagi Tasyahhud Akhir
 







11. Solawat atas Nabi Muhammad SAW di dalam tasyahhud akhir.
 




12. Salam, Assamualaikum warahmatullah, pastu sapu la muka tu
13. Tertib. Yang part ni penting, bukan just ikut turutan je, tapi bila kita solat, biar slow2, bacaan tu biar betul, jgn nak cepat je, imagine kita ni tengah DATING ngan KEKASIH kita ni, xbest la kalau kejap je kan??
 
 
Yang selalu jadi kat aku, bila solat je, tetiba terfikir, 'aku dah solat berapa rakaat ni ek?.alamak..'. So leh la wat SUJUD SAHWI. 


SUJUD SAHWI
Sujud Sahwi ialah dua sujud yang dilakukan selepas membaca tasyahhud dan sebelum salam.
Kaifiat dan cara sujud sahwi adalah sama seperti sujud-sujud lain tentang perbuatan sunat dan wajibnya dan sunat dibaca dibaca semasa sujud ialah :


 
Di antara perkara-perkara yang menyebabkan sunat sujud sahwi ialah :
  1. Meninggalkan sunat Ab’adh iaitu duduk bagi tasyahhud awal, membaca tasyahhud awal, membaca selawat atas Nabi di dalam tasyahhud awal, membaca selawat atas keluarganya dalam tasyahhud akhir, membaca Qunut, berdiri bagi Qunut, membaca selawat atas Nabi dalam Qunut dan membaca selawat atas keluarganya di dalam Qunut.
  2. Mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang dengan sengaja dan tidak membatalkannya dengan terlupa. Di antaranya memanjangkan rukun pendek, berkata-kata yang sedikit yang tidak melebihi enam perkataan, makan , minum yang sedikit pada ‘uruf , dan melebihi rakaat.
  3. Memindahkan Qauli (bacaan) dari tempatnya sama ada Qauli itu rukun , sunat Ab’adh atau sunat Hai’ah.
  4. Syak pada bilangan rakaat.
  5. Syak pada bacaan sunat Ab’adh.



Thursday, May 16, 2013

Rumah-rumah Aku Sepanjang Hayat Aku

Sekarang ni aku dah 25 tahun. Cepatnya masa berlalu kan?? Biasalah, kita pindah dari satu tempat ke
satu tempat sebb nak dapat keselesaan hidup. Mula2 dulu rumah macam pondok, sekarang ni dah selesa, Alhamdulillah. So aku akan cerita episod perpindahan family aku start masa aku kecik, tu tak temasuk masa zaman kakak aku, ibu aku dan lain2 ya..haha

Rumah 1
Gambar Hiasan
Aku xsure samada ni rumah sewa atau tumpang atau apa. Rumah papan, pernah sekali along aku pijak lantai, terbenam kaki dia ke bawah, mujur ar xda air, sebab belakang rumah aku tu ada lombong, kalau hujan, air akan naik, tapi xkena umah aku lah sbb umah aku tinggi sikit, so, akan ada ular berlingkar bawah umah aku:) Nanti aku citer pasal ular tu. So, leh bayang ar betapa reputnya umah aku tu.

Bahagian bilik air lak, kami guna tong besi isi air, kalau nak basuh baju, kena alas ngn plastik beras, selalu aku tengok ibu aku wat macam tu, mungkin sbb bilik air aku jenis kayu kot, takut hakis kot? Tak pun mungkin kotor. Bilik ada 1 je. Yang lain tido luar alas toto nipis. Aku dan ibu tido dalam bilik tu. Aku tadika masa dok dalam umah ni lah:) Balik tadika, aku akan stay sorang2 kat umah tu, masa tu umur 6 tahun je, tapi dah boleh stay sorang2, sebab ibu, kakak, dan semua orang tak da. Ayah pulak jarang balik, sebab tido dalam bas, xnak bekejar kot?

Dalam rumah ni gak lah aku main basikal, nak main kat luar, aku takut, so aku akan ikat tudung saji plastik yang bulat tu, ikat kat belakang basikal aku, antara permainan zaman kecik aku. Dalam tudung saji tu aku letak mainan aku semua:)) Bergegar rumah aku, dah ar reput:P. Cerita pasal ular, masa tu aku dan akak aku nak p ngaji, akak aku kuar dulu, masa nak kuar umah, ada tangga kecik, tetiba dia terpijak somthing, waktu malam, mana nak nampak, tapi nampak macam warna hitam, pastu kilat2, zassss, dia terus lari ke bukit..haha..menjerit ar akak aku cakap ada ular. Memang pun, masa tu baru lepas hujan, so air lombong tu naik ar sikit, sebab tu ada ular. Mungkin dia tengah mengawan kot, sebab masa tu banyak giler kot!!. Kalau tak, akak aku dah kena patuk dah.

Nak kata susah sangat tu xlah, ada tempat berlindung tu dah kira bersyukur dah kan? Yang best kawasan umah aku tu, jiran2 memang best, bertegur sapa. Susah ke, senang ke, xda yang menyombong.

Rumah 2
Kami pindah ke rumah setinggan. Aku xsure la kenapa time tu kena pindah. Nak kena roboh kot? Masa ni kaya lah jugak kami ni. Rumah dua tingkat kot:)). Rumah setinggan kan, ikut suka je nak wat. Siap ada court badminton depan umah. And lengkap lampu, kalau ada yang nak main malam2 kan. Sedara2 cakap, umah kami ni RUMAH KAYANGAN sebab rumah kami satu2nya atas bukit tu. Bukan rumah setinggan rapat2 tu tau. Single minggle. Dekat rumah ni lah aku kena rasuk.

Masa tu umur aku 8 tahun kot? Aku tido maghrib, akak aku kejutkan aku, aku terus bangun, mata terbeliak. Dannn, aku terus kejar akak aku!! Masa tu aku memang leh nampak apa yang jadi, sebab tu aku leh citer..haha..aku aku terus duduk bawah mesen jahit lama, bawah tu aku selalu wat main kete:)). Pastu abg aku datang, peluk dari belakang. Abg aku besar dari aku pun xleh lawan. Aku leh lawan dia tau! Dan aku rasa masa tu happy giler, mungkin budak bunian kot yang nak main2. Dia tak cederakan aku pun. Bila ayah aku tangkap dan dukung aku, baru lah aku sedar. Ayah tnya, sapa yang buat, kebetulan jiran depan umah aku dtg nak tengok aku, aku terus tunjuk kat dia. Padahal dia xsalah pun..haha.. So next time jangan tido masa maghrib k.

Masa mula2 pindah, kitorang pakai lampu merah tu. Aku n kakak suka main bayang2. Kadang2 wat bentuk buaya, rama2. Hihi. Sebelah umah aku tu ada bukit, hutan gak, so memang malam2 bunyi cengkerik:) Kitorang paling suka hari SABTU. Sebab masa ni lah, generator elektrik diorang bukak pukul 2 ptg- 4 ptg. Best giler, apa lagi, bukak tv3, citer hindustan:) Elektrik time tu kalau hari biasa, 7mlm-11pg, kalau sabtu, 7mlm-11pg dan 2ptg-4ptg. Dah macam orang bekerja lak:P. So memang exited tunggu bila elektrik bukak.

Air pulak, turn kitorang waktu malam. Tak ingat pukul berapa. Bila malam je, aku n ibu akan kuar p tempat air, ada ar dalam 5 minit jalan kaki, p cabut paip orang len, dan sambung paip umah kami. Hari2 macam tu. Sebab tu ayah aku wat air kolah, besar giler k, dan gelap sangat! Time nak bersihkan tu memang tak sanggup. Kitorang akan kosongkan dulu air kolah tu, n then aku n kakak akn masuk dalam tu, perghh..masa tu mula ar terbayang ada buaya. Air kolah dah macam air sungai. Air tu jernih je, tapi disebabkan kolah besar, sejauh jauhari memandang, tu yang nampak gelap je.

Kali ni umah aku ada 3 bilik, 1 bilik ar plus dalam tu ada jamban sekali, dapur yang sangat besar, reban ayam yang besar jugak dan kebun atas bukit, ayah aku wat kebun tebu, patola dan macam2..haha..bilik aku, kakak dan along kat tingkat atas. Bayangkan betapa besarnya bilik kami, memang ayah xwat patition, kalau dari luar nmpak besar, macam tu gak ah kalo tgok dari dalam:)

Bila malam memang meriah sebb ada je orang men badminton depan umah, plus ayah aku wat bisnes jual air dan lain2. Huuu..tulah, kalau nak cerita memang tak habis, ni lah zaman kegemilangan kami dan kucing kami winnie selama 7 tahun:) Kami kena pindah sebab umah setinggan semua nak kena roboh.

Rumah 3
Kami pindah ke rumah ofis yang dijadikan rumah. Siap ada cermin nampak dalam lagi, aku tampal cermin tu guna surat khabar. Ye lah, nak tukar baju pe semua senang. Sini pengudaraan memang teruk. Yelah, ofis kan? Kat sini ar aku diserang resdung yang sgt teruk. Ada satu malam tu aku rasa gatal satu muka. Tak tahan punya pasal sampai menangis gak ah aku. Aku yang xsuka minyak gamat ni, bila ibu aku lumur satu muka minyak gamat, aku redha ja. Mujur ar ok. Mungkin sebb berhabuk sgt kot rumah. Yelah, xda matahari, camana hama tu nak mati?

Si winnie lak wat perangai. Ye la, mula2 dulu dia bebas, nak p hutan je, umah member ke, senang je. Ni nak keluar je, ada motor la, kereta la. Dia bising satu umah. So, kami terpaksa buang dia dekat pasar:/. Masa duduk rumah ni, aku still ulang alik p sekolah aku naik van cina, masa ni gak ah aku di buli..sob3..

Walaupun keperluan tu cukup, kalau nak beli KFC, ada seberang sana, nak p beli barang, pasaraya depan umah, nak dobi, klinik, semua bawah rumah. Taaapi, jiwa kami bukan kebandaran, kami mahukan peacefull. Tak pa, kami tunggu je lah rumah kos rendah kami tu siap, org dok setinggan dapat satu rumah, walaupun rumah flat, dah kira bersyukur. Daripada xda rumah? Lagi kesian kan?? Kami bertahan duduk rumah ni ada la dalam 3 tahun.

Rumah 4
Kami menumpang rumah abang aku. Rumah paling atas, menapak naik tangga sebab tak da lif, rumah 4 tingkat tapi jarank tangga tinggi2. Kesian kat ayah n ibu aku, penat diorang. Aku jarang duduk dalam umah ni sbb aku belajar diploma. Kami duduk sini dalam 2 tahun.

Rumah 5
RUMAH TERAKHIR KAMI!!! Yea!!! Akhirnya xsia2 tunggu 3 tahun akhirnya rumah kami siap!! Ni memang rumah kami sendiri, sewa beli..alhamdulillah..xperlu nak pindah2 dah, xperlu nak isi barang dalam kotak lagi, semua tak perlu. ALHAMDULILLAH! So aku leh ar kemas umah dan alih2 perabot ikut suka aku. Hihi. Rumah kami tingkat bawah, skg ni kami dah wat pintu sendiri, senang nak kuar masuk. Setakat ni, hutan masih ada kat hujung blok kawasan umah aku, disebabkan tu rumah kami sejuk dan selalu hujan. Best sangat. Tak kisahlah bukan rumah 2 tingkat, yang penting kami semua BAHAGIA dengan rumah kami sendiri:))))

Tangga Bas Lagi..

Hari ni aku balik tepat pukul 5 ptg. Selalu tu pasti lewat, kdg2 ada keje sikit, kdg2 hujan dan macam2. Bahagianyaaa. Then macam biasa ar, aku tunggu ar bas, ada lah dalam setengah jam. Ni kalau jalan kaki ni dah sampai umah dah. Bas pun sampai, ada lak sorang akak ni pun nak naik bas gak, hurm..camana ni, bas penuh gilerrr. Oh BAS! Macam biasalah kan, kat tangga lah tempat aku.

Kali ni punya cerita bukan setakat berdiri betul2 kat pintu tangga, tangan aku pun terpaksa di'keluarkan' sbb nak pegang kat body bas tu sbb mmg dah tak da ruang langsung k! Part paling best bila hari ni aku pakai high hell. Aduh..mujur aku tak gayat? Dah tu pulak, kalau ada daun pokok rapat ngan bas, secepat kilat aku akan masukkan tgn dan keluarkan balik tgn aku tu utk berpaut. Kalau silap langkah leh jatuh aku, walau rumah aku dekat sgt2. Huuuu. Pengalaman sungguh!! Bukan aku tak pernah jalan kaki. amik masa setengah jam. Masa tu operasi dietlah katakan. Nak cepat kurus, balik keje aku jalan kaki seminggu.

Jalan pertama
First aku try jalan ni. Saja ar nak try kan, sbb jalan ni aku rasa xjauh pun, bukan laluan bas, kereta pun kdg2 je. Tapi yang xbestnya, ada satu jalan tu ada lalang tinggi, so anything happen, bukan orang tahu kan? dah lah lengang. Jalan kat sini amik masa 25minit.





Jalan kedua. Nampak moto tu? Belah kiri dia
tu jalan kedua, Jalan straight tu jalan ketiga.
Jalan kedua
Jalan ni agak bz, dgn bas, kereta. So, xlah risau sangat. Jalan ni laluan one way kenderaan turun sebab berbukit, tapi tak setinggi Jalan ketiga di bawah ni, tapi yang tak bestnya jalan ni bnyak anjing, walaupun tepi tu banyak rumah cina, aku rasa diorang ni malam baru ada kot? Sebab
macam tak hidup je? Yang ada, anjing. Besar2 pulak tu?? Dah ar aku fobia ngan anjing! Tak pa, aku kentalkan hati, beranikan diri, aku nak try laluan banyak anjing. Kang kalau ada anjing, aku tunggu je lah if ada kenderaan lalu, mesti orang tu tolong. Dah, masa tu lah jalan lengang?! Ada anjing lah pulak, besar dan menyalak kat aku!! Lutut aku dah goyang dah. Aku stay je kat tempat aku diri tu. Perghh..mujur ar ada kakak ni kebetulan nak jalan kat situ, aku terus ar jalan ngn dia. Amik masa 30 minit sbb tunggu anjing tu pegi. Haha
Jalan ketiga. Shoot sendiri nih.

Jalan ketiga
Aku xkan pilih jalan anjing tu dah. N then jalan ke tiga adalah jalan berbukit tinggi dan ada selekoh
tajam kiri. Yang ni bahaya sikit sbb bas lalu sini, tahu2 jelah kalau bas nek bukit camana. Kalau kenderaan kecik lain, ok lagi kot. So, aku akan tengok dari jauh, bila bas xda, aku terus lari nek bukit tu. Mengah gak ah. Jalan ni amik masa 30 minit gak.

Bila family aku tahu, haha, diorang xbagi dah aku jalan kaki. Well, aku leh fikir sendiri sebenarnya kan. Bahaya kot? Kalau jadi apa2, kalau xnyusahkan family xpa gak kan? So kalau nak wat apa2, fikir dalam2. Tak pa lah, nek bas selamat sikit kot. Walaupun orang penuh. Next time kena balik lambat sikit.

Monday, May 13, 2013

Aku di BULI..

Masa tu aku tingkatan dua. Sebelum ni aku duduk rumah setinggan tapi kena pindah sbb kawasan rumah kami nak kena roboh, so aku ulang alik dari rumah baru ke sek naik van cina. Malas nak tukar sek sbb dah nak habis tahun dah pun.

Korang pernah ada pengalaman kena BULI x? Kalo yang pernah tu mesti perit kan? Ada ke bila dibuli dia rasa BAHAGIA? Tak pa, ada dikalangan kita mesti malu nak mengaku, tapi biar aku yang mengaku. Aku pernah:) Dah nama pun van cina, so semua budak cina lah kan. Mungkin sebab aku ni pendiam? Dan tak melawan? Tu yang diorang buli aku tu?

Aku duduk sebelah pemandu cina tu, diorang semua ada geng, sebab tu ar diorang semua xnak duduk depan (padahal mungkin sbb aku ni melayu? Ops, jgn main statement agama k? Just bangsa). Ada sorang budak pompan ni, muka dia nakal gila, sampai skg aku ingat muka dia. Dia pendek, pakai spek, rambut parah bahu, dan tutup dahi, pakai skirt sek. Dialah manusia yang suuukaaa buli aku:)

Pembuli ni berjaya ganggu emosi aku. Pernah sekali diorang tarik tudung aku dari belakang, diorang amik beg aku acah nak buang ke jalan, dan sembur muka aku dengan air?? :)..aku senyum sebb bila fikir2 balik disebabkan diorang lah sedikit demi sedikit aku kikis perasaan malu, pendiam dan lain2 tu? Dekat sek baru aku dah pandai bergaul sedikit. Dan aku dilantik jadi ketua tingkatan gak:) Sekarang ni aku dah keje, aku jadi diri aku, bukan perubahan yang drastik, tapi just nice:)

Baru2 ni aku tengok video budak cina kena buli sampai rambut dia dipotong?? Dan video lagi satu budak sek melayu dipaksa makan stokin kawan2nya? Lagi kesian kan? Aku faham perasaan budak2 ni? Rasa takut, rasa keseorangan dan semua gangguan emosi yang lain? Tapi kalau budak2 ni pandai kontrol hati dan fikiran, insya allah diorang akan berjaya dengan jati diri yang kuat. Apalah sangat dibuli disek berbanding dengan cabaran dunia luar yang lebih dasyat? Ayat yang selalu aku guna untuk positifkan diri sendiri. Kalau terlalu ikut kata hati boleh mati kan? Sekurang2nya kami dididik awal oleh golongan pembuli yang takut dengan bayang2 sendiri ni:) Apa pun, aku tidak akan sekali2 jadi pembuli.

Saturday, May 11, 2013

Aku Suka BEGER!!

SEDAP KANNN
Beger gerai macam ni gak yang sedap:)
Tak tahu napa, aku suka sangat beger, walaupun kecik dan tak kenyang, bak kata adik aku, tapi still beger is one of my feveret food:) Sekali dalam sebulan pasti aku akan cari beger ni..haha. Ni antara jenama beger yang aku suka. Ikut populariti. Ceh;b
1. RAMLY beger : Daging biasa
2. Beger Bakar : Daging
3. MCD : Mc Chicken, masa kecik suka Big Mac
4. KFC : apa2 pun boleh, jarang makan sbb ayam besar sangat, macam makan ayam biasa.

Masa kecik, aku xcited tunggu arwah ayah aku balik keje, selalu ayah aku balik pukul 12 malam, ayah aku keje bawak bas, biasalah tu. Ayah aku selalu beli makanan, kadang2 sate minang, sate melayu, dan BEGER!! Bayang, aku rasa adalah dalam 10 bijik, dalam palstik besar, aku sorang je makan 5 bijik!! Sebab tu dulu aku chubby sbb kuat makan, malam2 lak tu:))


Ni la rupa dia, paling sedap, kuah
makan ngan nasi impit, untuk sate minang, aku
suka sate daging:)
Sedap woo
Cerita pasal sate minang, korang tahu ke sate minang tu apa? Perghh, memang sedap, tak tahu ar nak citer, p cari kat KAMPUNG BARU, aku suh cari sana sbb senang nak cari, aku makan area umah je, SEDAP!!

Selain yang diatas, aku jugak suka makan PIZZA, DOMINOS, CHICKEN CHOP, ROTI SOSEJ? Apa itu roti sosej, meh aku tunjuk dalam gambar:) Kebanyakan makanan feveret aku makanan ringan, bukan gaya omputih k..haha

Aku sukaaa makan, xsuka masak:P..meh baca ni Mengemas VS Memasak:)

Tadika Kemas PERKASA Mengkudu 1994

Sebelum ni aku ada cerita tentang aku terpaksa berdiri dekat tangga bas sebb penuh dengan orang kan? Kalau yang belum baca leh klik sini. Bila bas dah lopong sikit, aku pun nek ar ke atas sikit, lepas tu ada dua beradik naik bas, sorang remaja lelaki, sorang budak lelaki lengkap baju sek rendah. Si abang xlekang jaga adik dia supaya tak jatuh. Hurm, bagus betul kan? Orang laki ni faham2 je lah, walaupun dia take care, dia xkan tunjuk depan orang, ada tu ada, tapi xramai yang macam tu. Bila jadi macam tu, mula la aku teringat pasal kakak aku. Time aku sek tadika dulu:) Meh aku kenang kembali saat yang paling indah tuu:))

Mula2 aku nak kenang, betapa sukanya aku dengan baju seragam sek tu, warna merah petak putih, kain biru. Aku suka bau baju tu, sampai skg aku ingat bau dia. Aku dapat dua pasang, yang satu aku xbukak plastik dia hinggalah aku habis tadika, sayang nak pakai:). Aku masuk tadika jam 8pg. Selalunya, aku n akak aku akan gerak awal, bukan sebb takut lambat ( tadika aku xjauh pun ), tapi sebab kami nak ronda2 naik basikal aku ( ayah belikan, tapi aku tak reti nak bawak kalau xda roda belakang, lagipun sejak azali aku ni mmg penakut, xmacam akak aku tu, adventure orangnya )
Lebih kurang macam ni lah jalan kuda tu, cuma xsejauh mata
memandang.

Sebelum ronda, kami p sarapan nasi lemak, pergh, setakat ni aku rasa itulah nasi lemak yang paling sedap!!. Panas lagi tau. Habis makan, akak aku bawak aku p ronda dekat jalan yang selalu kuda lalu. Ada orang yang pakai baju seragam putih but hitam tunggang kuda2 tu. Kadang kami jumpa sekor kuda je, kadang2 dua, kadang2 banyak. Kami xsure lah diorang ni keje apa? Siap kabus lagi, zaman 2013 ni xmacam zaman 1994, dan xkan sama dengan zaman 1974 or sewaktu dengannya, sebb bumi nikan berputar? Pkul 7pg zaman aku, macam pkul 6pg tahun 2013:). So, memang sejuk, gelap. Jalan memang lengang, dulu jenayah mana ada xtream macam sekang. So kami bebas nak ronda2 walaupun kiri kanan jalan tu hutan je.

Bila ada jalan yang menjunam sikit, akak aku akan bawak laju!!. Wah bestnya bila ingat balik:) Then baru lah dia hantar aku p tadika. Sampai skg, zaman dia ada moto, aku lah yg jadi pembonceng dia, dan skg dia dah ada kete, cuma aku advance sikit, dah leh bawak, dia lak jadi penumpang:)) Best kan ada kakak

Friday, May 10, 2013

CEREWET Gile Aku!

Tadi aku ajak member aku teman aku shopping, mujur dia nak..aku ingat nak cari baju kurung untuk p kenduri kawin kawan baik aku masa diploma dulu. Kira special ar sikit. Dia nak aku pakai baju warna pink belacan, sama ngn dia. Ai..dah macam aku pulak yang nak kawin kan? Haha.. tapi tak pa lah, demi kawan yang tersayang ni kan. Sebenarnya dah lama aku usya satu kedai ni. Cantik2 kain ela ia. Harga rm80. Kalau baju yang dah siap, rm189. Ada renda kat bawah baju dan lengan. Tapi renda dia aku tak berkenan la pulak. Nak beli kain ela pulak xada warna mirip pink belacan. Yang ada warna light pink dan pink gelap sikit, walaupun gelap, still terang. Yang satu lagi tu macam warna ungu, aku dah berlambak warna ungu??

Ini contoh warna yang member email kat aku.
Then p kedai lain, try tengok kot lah ada yang berkenan. Kedai kedua, corak style lama. Kedai ketiga bnyak sangat manik, pastu guna kain syifon, alahai, aku tak berkenan, aku nak cotton gak?? Kedai keempat, ada baju peplum or baju saloma, ngah hot skg. Hurmm, aku tengok satu2, takkan nak pakai baju peplum? Aku fikir, ok, kat mana je yang aku boleh pakai baju macam ni? Aku ni bukan jenis berfesyen sangat?? So?? Aku berkenan kat kedai yang pertama tadi. Nak beli ke tak? Aku p lagi sekali kat kedai tu. Tengok lama ja kat kain2 tu. Ala, camana ni, xda warna yang aku nak. Budak jaga kedai tu pulak xreti cakap melayu, so kena speaking ar, walau terabur je. Dah ar tengah tensyen ni. Kalau ngan dear aku, dia akan pilihkan dan bg reason detail.

Harga kain jadi rm85, yang rm80 tu aku dapat masa aku tnya sebelum hari ini. Kan aku usya lama kedai tu kan? Laaaaamaaa aku pandang kain2 tu. Budak yang jaga situ pun nek bosan. Alih2, xjadi beli. Huuuu. So aku ke kedai peplum pulak. Rasa dah nekad xnak beli baju kurung. Beli peplum je lah, senang. Orang kedai tu pun ramah lah ngan aku, dok suggest itu ini, dia bagi peplum warna yang aku nak, aku try. Then member aku suggest baju lagi satu, aku try. Komen positif aku terima. Tapi dalam kepala aku ni dok fikir, ' Kalau aku beli baju ni, satu jarang, aku kena pakai inner, then kena ada accessories baru nampak menarik sbb baju ni kosong sgt, then kena padankan dengan kain or sseluar jeans, aku xda seluar jeans yang sesuai ngan baju ni. Harga pulak rm55?? Aiyoo. Lagi satu yang penting, dekat mana ja yang aku boleh pakai baju ni? Adakah untuk majlis tertentu je?? Berbaloi x? '

Sambil tu aku dok tengok dalam cermin. Yang jaga kedai tu pun dok ngongeng la suggest itu ini. Bagus tu bagus, tapi untuk orang macam aku, puji macmana pun, if hati dah said no means no. Sbb hati ni nak jugak baju kurung cotton warna pink belacan. Thats all. Niat mencuba pakaian peplum tu adalah supaya aku akan berubah hati untuk beli, tapi xjugak, still nak kain cotton itu!! Arghh..napa cerewet sgt ni?? If aku beli semata2 kesian kat pekerja kedai yang penat melayan aku, or nak member aku happy sbb dia suka baju yang dia pilihkan tu, or apa2 lah, pasti aku xkan pakai baju tu walaupun dah beli, percayalah cakap aku. Selagi hati ini memang xnak, cakap lah apa pun, memang xnak. Payah2....

Hari ini aku balik dengan tangan kosong. Member aku yang niat nak teman tu pulak yang shopping barang. So korang faham kan kenapa my family mmg surrender dengan pe'el aku yang satu ni. Alahai, bukan sengaja. Pernah nak ubah, so aku beli je, sudahnya baju tu aku xsentuh langsung, membazirkan? Tak payah cakap baju je, tang nak pilih sofa rumah, kasut, beg, semualah senang cerita. Tapi, memang kalau dear aku ada, jadi mudah sikit:)

Wednesday, May 8, 2013

Akhirnya LULUS Test JPJ!!

Fuh..tunggu punya tungguu..haha..blog ni Pra Ulangan JPJ aku tulis pada 8th February 2011, skg ni tahun 2013 kot! Punyalah malas nak kenang peristiwa yang berlaku tu..takpalah, sekarang boleh cerita sebb aku sudah terima hakikat..haha

Gambar hiasan
Esok tu aku pegilah test JPJ untuk kali yang kedua..macam biasa lah, rileks macamana pun, gabra dia mmg xhengat..berapa kali ntah aku p toilet sbb xnak terkucil time dalam kete kang..hari ni aku just test dalam litar, jalan raya aku lulus berkat dari simpati JPJ tu melihat kesedihan aku..haha..so beban tu kurang sikitlah..bila dah ramai2 macam ni, aku rasa perkara wajib kot orang2 yg fail dgn lantang bercerita kenapa diorg fail lah apa lah, pastu wat muka rileks..konon lah tu..aku rasa dia citer macam tu saja nak buat yang lain cuak kot..hurm..terima kasih sbb anda berjaya buat aku CUAK..orang yang first time amik, pandang kami yang GAGAL ni dengan pandangan SLEK..huh..

Gabra memuncak bila tunggu turn nak pandu kete..kejap2 aku kira orang sebelah aku..mula2 20 orang..10..5..3..1..!! Alamak..aduiii..depan mata, ada yang xangkat hand break, so kete bunyi bising, ada yang fail bukit, fail itu, fail ini..alamak..aku dah ada dalam kete ngah tunggu masa nak nek bukit..bila JPJ suh jalan, get READY!!..dan...macam biasa ar, kereta berundur atas bukit..so faham2 lah..balik dengan sia2, dan aku kena bayar duit lagi untuk belajar dan test..xpalah, tunggu aku free dan ada duit..untuk masa terdekat ni mmg xboleh sbb nak FINAL SEM dah..

Sampai aku dah keje aku xamik2 lesen..mmg xda masa dan takut sebenarnya..masa tu aku dah duduk ampang..test JPJ kat shah alam sbb aku belajar sana, 2 aku amik pakej student..konon2 nak ada lesen habis belajar, xsangka pulak tak semudah yang disangka..so aku pun amik ar cuti keje untuk amik balik ulangan berulang2 tu..dan part yang best, sia2 je JPJ simpati masa test jalan dulu, sbb dengan sukarianya aku TERPAKSA amik ujian jalan raya balik sbb dah tamat tempoh..idak le teman perasan tarikh, kalo tidak..huh..

Dengan susah payah aku kena ulang alik dari ampang ke shah alam sbb nak belajar kete..orang yang sama ajar aku dulu, apa lagi membebel je la dia dalam kete..apa payah benor anak murid dia yang sorang ni..haha..so masanya sudah tiba..hari RABU test JPJ..kali ni gabra xseberapa sgt banding yang dulu..cuma pening kepala sbb kena amik sekali test jalan raya..aduii serabut!..sampai giliran aku, fuh, bukit lepas, parking lepas, tiga penjuru FAIL!! Ya Allah..geramnya..dengan muka sadis aku p ar kat pondok polis tu..dah dia suh kuar kan? terpaksa ar kuar..dia cakap slow je, awak fail.. aku pun cakap slow balik, naperrrr..dia bukak ar peta dia, cerita sebab ini, itu..siap lukis lagi..aku pun longlai, p la ke pondok lagi satu untuk tunggu turn test jalan raya lak..
Gambar hiasan
Masa ni aku pening lagi sekali sbb diorang guna jalan baru..xgila aku, 2 jam belajar ingat jalan..mana nak ingat litar lagi, luar lagi..stress..masa tunggu tu aku perasan, ada 2 org JPJ pompan..ada gak segelintir student fail bila JPJ ni yg handle..bila balik, mesti diorang yang bawak kete..pelajar duduk sebelah, maknanya apa? haha..aku pernah dengar JPJ pompan ni payah sikit..turn aku sampai..ah sudaaaah..dapat JPJ pompan..masa ni la aku rasa menyesal sbb sepatutnya aku dah lulus ok!! Hurm..aku wat muka sedih untuk dapatkan simpati..xberkesan..muka dah ar garang..leh pulak mati enjin..pastu aku terbawak laju tempat ramai orang..fuh..dia marah arrr..tapi mujur LULUS:))))))

Untuk kali ini, aku xbayar untuk belajar, just untuk test je..aku guna kete akak aku, wat jalan2 kat taman..praktis bukit, parking dan 3 penjuru..esok nak test, malam tu aku praktis lagi..sebelum p test, sempat ar pagi tu aku bawak jap kete akak aku..tapi kejap je sbb aku takut, taman tu xda orang..so, aku n satu family p shah alam tempat test aku tu..haha..diorag nak bg support..punya lah ramai orang..adui..gabra tu macam biasalah..so sampai ar group aku p tunggu kat pondok litar..adui..terasa nak p toilet la pulak..on the way nak ke toilet, aku tengok selamber dek je kakak aku p duduk kat dalam litar, sebelah JPJ pulak tu?? Aku ingat bila aku kuar toilet, dia dah xda, pulak, siap berborak ngan pak cik polis tu?? Haha..JPJ tu ckp elok2 ar, awak xboleh duduk sini, nanti terganggu budak lain..kakak aku ckp bila aku sampai..'ni la adik saya..saya pun tak tahu nape dia fail je..gabra sgt kot? haha..'
Gaya ni la yang aku tunjuk dari jauh bila LULUS!
Adui akak aku ni, kot nak bg suppot pn jgn lah terserlah sgt..xpa..fokus2..sampai turn aku, aku selawat bnyak kali..dan bertenang..gabra tu tetap ada sbb kali ketiga fail kot!!..dan akhirnya!! LULUS!!! YEA!!!! Berkat ibu, kakak aku dtg!!! Muka senyummm..xpayah nak dtg lagi!! Dari jauh aku tunjuk simbol good kat sister aku..ibu aku siap tido kat dalam surau sbb penat menunggu..happy betul diorang bila aku lulus..hahahaha..Hanya Allah yang tahu betapa happynya aku..:)

Test JPJ

Oh BAS!

Hari ni lagi sekali aku kena diri sipi2 dekat tangga bas..alahai penuhnya orang..sebab tu aku suka stay dekat ofis lama2, balik on time pun bas penuh..tapi skg, balik lambat pun bas still penuh, napa ek? Adakah sbb pemandu kete dah malas nak tempuh jem kl, sbb tu naik bas? Dulu, kalo pkul 6 ke atas, bas xda lah pack macam sekarang? Walaupun rumah aku dekat, tp penumpang dari kl dah wat bas tu padat..ui..bahaya tau berdiri dekat tangga..bayangkan if org dalam tertolak aku, xke aku yang jatuh dulu? Tak pun if ada peragut ke ragut beg aku? Even beg sandang, deme bukan peduli, men sauk je..yang drebar pun satu, kdg2 ada yang xtutup pintu..


Inilah rupa bas ayah aku, cuma no bas tu mesti ar beza kan:)
Alang2 cerita pasal bas ni, aku nak citer la pasal arwah ayah aku..dari aku kecik, ayah aku dah jadi pemandu bas mini yang warna pink tu..nostalgianya bila time raya, orang len nek kete, kami nek bas balik kampung tau!! Time tu may b xda akta apa2 kot, tu yg bebas je ayah aku bawak ke mana2..haha..masa kecik, aku ni jenis senang muntah, so bila naik bas mini tu, dengan pengudaraan yang selesa, so leh ar tahan rasa loya..aku nak tido kat kerusi mana2 pun boleh:)..sampai je kampung, kami yg kecik2 ni akan main tekan2 loceng sebelum pegi beraya..wah bestnya zaman kecik:))

Aku sikit pun xrasa segan dengan keja ayah aku tu, even masa sek, bila cikgu tnya ayah kalian keje apa? Dengan bangga aku akan cakap ' PEMANDU BAS CIKGU'..ha macam tu..even kalau ayah aku keje angkut sampah ke, ye lah apa2 keje yang kecil dimata masyarakat, still aku xsegan nak ngaku..atleast ayah aku wat keje halal, dan mampu nak sekolahkan aku:)..xkisahlah p kampung naik bas sekalipun, janji mampu nak balik jugak kan?

Kadang2 bila naik bas, aku jadi emosi sikit..bila ada kondakter bas marah2 penumpang, or pemandu marah2 penumpang..bayanglah, makcik ni tua je, pemandu leh marah makcik ni..sbb apa aku xingat, tp yg aku ingat mak cik tu xsalah..pastu, bangla2 ar selalu kena marah..walaupun dia bangsa apa pun, kita kan ada budi bahasa?

Bas metro ayah aku, tapi no lain arr..haha
Aku penah naik bas yang ayah aku bawak, masa tu ayah aku dah tukar bawak bas metro sbb bas mini dilupuskan, kondakter bas dia marah penumpang..ayah aku cakap, 'jgn macam tu dik marah2 org..cakap baik2 aje lah, xelok..'..simple je kan..thats y orang hormat ayah aku..tu kadang2, walaupun aku terpaksa berdiri di belakang dan betul2 dekat pintu bas, aku sanggup p kat depan semata2 nak bayar tambang, walaupun rm1..xkisahlah kalau pemandu or kondakter tu nak cilok duit tu ke, sbb kadang2 diorg xbagi tiket pun, janji aku bayar..yelah, ingat senang ke bawak bas?? Aku tgok ayah aku, so aku tahulah keje tu bukan mudah..itu just tgok, lom lagi untuk sapa2 yang memang dalam bidang tu kan?

Bila fikir pasal padatnya org dalam bas tu, hurm, terfikir pulak nak beli kete..second hand pun jadilah..tapi nak wat camana, wat masa sekarang, third hand pun aku tak mampu sbb ada yang lebih penting aku kena bayar..xpalah..belum masa lagi..

Episod seterusnya..Tangga Bas Lagi..

Cuai Yang Terlampau 2013

Hari tu turn aku dapat duit kutu..entah kenapa aku leh simpan semua dalam beg duit..selalunya, kalau duit banyak, separuh aku simpan dalam beg duit, dan separuh aku simpan dalam beg sandang..tapi hari tu..

Niat dihati nak beli sofa untuk rumah..so aku n family p ar carefore..dulu dah p tgok sekali, memandangkan aku ni seorang yang sangat cerewet, so xjadi beli..so ni kali ke dua ar aku n family p tengok sofa..diorg macam malas nak layan dah, sbb itu xkena, ini xkena..bukan apa, aku nak beli sofa warna merah..aku xsuka sofa jenis kulit..ada pulak jenis yang petak2, cara jahitan xkemas..ada gak lah sofa yang berkenan dihati, sofa bed, tapi depan mata aku, aku nampak mat bangla yang keje situ men duduk2 rehat lak kat situ..n aku tengok sofa tu kotor sbb xda plastik cover atleast..bila aku tnya org yg jaga situ, sofa tu penghabisan stok, xda stok baru dah..fikir punya fikir, hurm..xjadilah..muka family semua dah berkerut..nak buat macamana, aku dah katakan before this, aku suka mengemas rumah, so aku adalah diktator bila sentuh bab kekemasan ni..so aku xnak sofa aku nt bukan ikut citarasa aku:))




lebih kurang macam ni lah rupa dia..
aku nya warna merah+hijau gelap
Kisah sadis bermula..masa tu aku pegang beg duit aku..aku ingat sbb masa tu aku nampak ada orang yang mencurigakan..biasalah, kalau kita pegang duit bnyak, semua org yg ada dekat sekeliling tu mencurigakan..haha..so sampai kereta pun aku masih pegang beg duit aku tuh..hurm..sampai je rumah, punggah barang semua..dalam beberapa minit, aku perasan, beg duit aku xda!!alamak!!camana ni..puas aku cari..dalam kete, dalam bilik, dan puas fikir dekat mana aku leh tertinggal beg duit aku tuh..macam2 ada dalam tu..duit, i/c, lesen, bank card..dan beg duit tu aku baru beli..warna dia cantik sangat..

Aku rasa ada la dalam seminggu aku mencari sekitar rumah..balik2 tempat yang sama sbb rumah aku tu bukan besar sgt, rumah flat je kot? Hurm, mungkin ke sbb aku xbeli sofa tu? Family rasa unhappy, tu yang duit aku hilang tuuu..untuk golongan pertengahan macam aku yang main duit kutu ni, rm900 bukanlah jumlah yang sikit..tapi takpa, aku motivasi diri..ada org yang hilang sampai beratus ribu kot? Dugaan ni baru kecil je kan? Kan? Kalau sebelum ni, aku selalu bernasib baik bila beg duit aku hilang..kali ni, sehingga tarikh blog ni ditulis, still xjumpa2 lagi..nak2 time nak pakai duit sgt2, time ni ar aku rasa sadis..huuu..So, lepas seminggu, nak xnak terpaksalah aku ke balai polis wat report..

Aku ke Putrajaya untuk buat i/c baru..agaknya, orang yang jaga kaunter tu perasan kesadisan muka aku, tetiba dia tnya
'adik dtg sini naik apa? Ada duit x nak balik?'
'nek kete..ada duit'
'xpalah, saya watkan rayuan untuk adik ya..so murah sikitlah wat i/c baru..lain kali jgn cuai'
'ha? oo..terima kasih..' (dalam hati sumpah aku xtahu leh wat rayuan, kalau x, dah lama aku buat..haha)

Dan seterusnya, terpaksa jugak lah aku p wat lesen, card bank dan pelbagai..aduhai cuai, camana nak buat supaya tak cuai..hurm..nak tunjuk betapa cuainya aku, silalah baca sini.

Monday, May 6, 2013

Mengemas VS Memasak

Antara mengemas dan memasak, mana pilihan anda? Ke ada yang mampu buat dua2 ini dengan perfect sekali?? Wah..sangat HEBAT..sebab, aku lebih suka mengemas dari memasak..memasak leceyh ar..haha
Contoh bawah katil umah aku yang clean & clear
Dalam family, bab mengemas serah 100% dekat aku..walaupun rumah kecik, kadang2 amik masa mengemas dari pagi sampai ke asar baru selesai! Kira aku mmg kemas detail la..paling xsuka letak brg bawah katil..dari dulu hingga kini, jika ada usul 'Boleh tak kami nak letak kotak bawah katil??'..jawapan aku 'NO!!'..so bawah katil rumah aku mmg clean n clear, sanggup aku fikir cara nak letak kotak tu dekat tempat lain:)..bukan apa, senang nanti aku nak mop, nak sapu, bawah katil selalunya penuh habuk tau..bukan main2 punya cerita..

Dalam family, aku boleh dikatakan diktator bila time mengemas aku sampai:)..aku akan jerit 'PERHATIAN, JAP LAGI SAYA NAK MENGEMAS YA!'..sekelip mata semua org yang ada dekat ruang tamu akan masuk bilik tutup tv:)..tapi tu dulu, skg aku memahami sikit..dan, no dua yang paling aku xsuka, habuk dekat kipas..fuh, sila lah jemput datang rumah, mmg kipas rumah aku clean n clear berkilat2:)..kadang2 tu perangai buruk gak, bila dtg rumah orang, aku akan tengok kipas dia..aku tahu, melalui kipas, aku dah jangka sikap orang2 dalam rumah tu ha..adakah mereka gred A, B, C atau FAIL??!..just perhati je lah..xkan nak komen pulak kan? Kalau ikut kepala sendiri, mau aja aku bersihkan..haha


Sebijik macam vakum mydin aku..haha
Bab yang paling aku suka adalah bila nak kuarkan habuk dari dalam hampagas..guna jari..aiyooo, habuk2 yang berjaya aku penjarakan..haha..rasa best je tgok habuk2 yang banyak sgt tu, plus rambut dan pelbagai lagi yang ada dalam tu:))..naik syeh orang kata..lalalala..rahsia aku masa kecik, walaupun aku suka mengemas, aku juga suka main pasir..pasir yang lembut tu..alahai, lembutnyaaaa..dan indahnyaaaaa..dan lalaalala:)) Aku ada koleksi pasir2 aku tau..dekat terengganu ada, kedah ada, perak ada, selangor ada:)) Aku simpan dalam botol kecik yang berasingan..tapi itu dulu la, skg aku dah xda masa nak kumpul, dan xberminat dah, may b faktor usia..

Oleh sbb aku ni dah dalam kategori professional, kaki aku ni leh rasa samada lantai rumah tu disapu betul atau tidak, samada karpet tu di vakum atau tidak..untuk kepuasan sendiri, aku akan sapu licin balik rumah aku..disebabkan itu, ahli rumah aku malas nak sapu umah sbb aku akan sapu balik punyalah..haha..bab bilik air pun sama, aku xgeli if ada rambut melekat kat saluran air tu..pernah dulu masa duduk rumah sewa, bilik air rumah tu tersumbat, semua buat dekk je, aku pun apa lagi, masukkan tangan, kedalaman mencecah ketiak aku, tarik2, rupanya ada sikat yang besar tu..so dalam bab2 tu aku mmg xgeli..tapi ada satu tempat yang aku geli..tak tahu kenapa..

DAPUR..may b sbb tempat tu berair dan berminyak kot? Aku perasan, selalunya org yang suka mengemas ni xsuka memasak sbb faktor2 ni..mungkin segelintir je kot?? So, bila sebut je pasal dapur, aku akan kemas seadanya saja..huuu..well, aku bukan lah xtahu masak, cuma tak suka masak, xkisahlah rumah org kaya yg berseri tu pun, bagi aku, aku tetap rasa geli..hurm..acaner?? Tak pa, kang kawin, pandai2 la aku settle ye dak??

Lagi satu, family cukup bengang kalau aku mula mengemas..sbb hobi aku yang suka buang barang..hurm..dah letak bersepah, so aku buang je lah..dulu aku suka buang brg mainan adik aku..pensil warna dia, walaupun masih panjang dan baru, aku pakat buang..and one day dia story yang dia sedih bila aku buang mainan tu..dia kata, brg2 tu semua pemberian aku, and semua family, so dia kata itulah kenangan yg dia ada if ada antara kami meninggalkan dunia yg fana ni..ups..sejak itu aku akan tnya dulu before buang..paling tidak, if aku jumpa serkup kepala, kain batik ibu aku, aku akan letak dalam mesen basuh, walaupun dia masih nak pakai lagi..ahaha..

Perkahwinan Impian Aku

 


BAJU
Wah tajuk..bukan main lagi..as perempuan kan, itu perkara biasa..impian tu kadang2 terlaksana,, kadang2 tak..its ok, aku ada baaanyak lagi impian lain yang mungkin akan terlaksana..no hurt feeling ok:)
..aku nak macam ni..simple, baju tu leh buat untuk raya..jimat tau:)

BUNGA TANGAN













HANTARAN, guna bunga tisu..jimat gak tu:)

HANTARAN I

Cantik gak hijau kan:)
HANTARAN II
Nanti nak belajar buat..haha
KAD KAHWIN..ni pun nak wat sendiri..insya allah..sonang aja ni..cuma tak tahulah berbaloi ke tak untuk harga print..selalu org tempah kad, dia dah kira semua sekali plus design dan lain2, ye dak?
 


 
 
PELAMIN ANGANKU..AHAH..lembut je colournya kan?..ni pun nak wat sendiri..wahh konon:)..mogok mak andam semua tau.. 

GOODIES

 

PHOTOGRAPHER
Suruh adik aku je lah amik gambar..pose2 semua kau tiru je lah kat internet yang melambak tu..and then album, aku design sendiri..gambar yang cantik juga memainkan peranan penting supaya album wedding kelihatan menarik tau:). Ni contoh album yang aku design.