S Tangga Bas Lagi.. ~ DIARI Online

Thursday, May 16, 2013

Tangga Bas Lagi..

Hari ni aku balik tepat pukul 5 ptg. Selalu tu pasti lewat, kdg2 ada keje sikit, kdg2 hujan dan macam2. Bahagianyaaa. Then macam biasa ar, aku tunggu ar bas, ada lah dalam setengah jam. Ni kalau jalan kaki ni dah sampai umah dah. Bas pun sampai, ada lak sorang akak ni pun nak naik bas gak, hurm..camana ni, bas penuh gilerrr. Oh BAS! Macam biasalah kan, kat tangga lah tempat aku.

Kali ni punya cerita bukan setakat berdiri betul2 kat pintu tangga, tangan aku pun terpaksa di'keluarkan' sbb nak pegang kat body bas tu sbb mmg dah tak da ruang langsung k! Part paling best bila hari ni aku pakai high hell. Aduh..mujur aku tak gayat? Dah tu pulak, kalau ada daun pokok rapat ngan bas, secepat kilat aku akan masukkan tgn dan keluarkan balik tgn aku tu utk berpaut. Kalau silap langkah leh jatuh aku, walau rumah aku dekat sgt2. Huuuu. Pengalaman sungguh!! Bukan aku tak pernah jalan kaki. amik masa setengah jam. Masa tu operasi dietlah katakan. Nak cepat kurus, balik keje aku jalan kaki seminggu.

Jalan pertama
First aku try jalan ni. Saja ar nak try kan, sbb jalan ni aku rasa xjauh pun, bukan laluan bas, kereta pun kdg2 je. Tapi yang xbestnya, ada satu jalan tu ada lalang tinggi, so anything happen, bukan orang tahu kan? dah lah lengang. Jalan kat sini amik masa 25minit.





Jalan kedua. Nampak moto tu? Belah kiri dia
tu jalan kedua, Jalan straight tu jalan ketiga.
Jalan kedua
Jalan ni agak bz, dgn bas, kereta. So, xlah risau sangat. Jalan ni laluan one way kenderaan turun sebab berbukit, tapi tak setinggi Jalan ketiga di bawah ni, tapi yang tak bestnya jalan ni bnyak anjing, walaupun tepi tu banyak rumah cina, aku rasa diorang ni malam baru ada kot? Sebab
macam tak hidup je? Yang ada, anjing. Besar2 pulak tu?? Dah ar aku fobia ngan anjing! Tak pa, aku kentalkan hati, beranikan diri, aku nak try laluan banyak anjing. Kang kalau ada anjing, aku tunggu je lah if ada kenderaan lalu, mesti orang tu tolong. Dah, masa tu lah jalan lengang?! Ada anjing lah pulak, besar dan menyalak kat aku!! Lutut aku dah goyang dah. Aku stay je kat tempat aku diri tu. Perghh..mujur ar ada kakak ni kebetulan nak jalan kat situ, aku terus ar jalan ngn dia. Amik masa 30 minit sbb tunggu anjing tu pegi. Haha
Jalan ketiga. Shoot sendiri nih.

Jalan ketiga
Aku xkan pilih jalan anjing tu dah. N then jalan ke tiga adalah jalan berbukit tinggi dan ada selekoh
tajam kiri. Yang ni bahaya sikit sbb bas lalu sini, tahu2 jelah kalau bas nek bukit camana. Kalau kenderaan kecik lain, ok lagi kot. So, aku akan tengok dari jauh, bila bas xda, aku terus lari nek bukit tu. Mengah gak ah. Jalan ni amik masa 30 minit gak.

Bila family aku tahu, haha, diorang xbagi dah aku jalan kaki. Well, aku leh fikir sendiri sebenarnya kan. Bahaya kot? Kalau jadi apa2, kalau xnyusahkan family xpa gak kan? So kalau nak wat apa2, fikir dalam2. Tak pa lah, nek bas selamat sikit kot. Walaupun orang penuh. Next time kena balik lambat sikit.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.