S Mengemas VS Memasak ~ DIARI Online

Monday, May 6, 2013

Mengemas VS Memasak

Antara mengemas dan memasak, mana pilihan anda? Ke ada yang mampu buat dua2 ini dengan perfect sekali?? Wah..sangat HEBAT..sebab, aku lebih suka mengemas dari memasak..memasak leceyh ar..haha

Contoh bawah katil umah aku yang clean & clear
Dalam family, bab mengemas serah 100% dekat aku..walaupun rumah kecik, kadang2 amik masa mengemas dari pagi sampai ke asar baru selesai! Kira aku mmg kemas detail la..paling xsuka letak brg bawah katil..dari dulu hingga kini, jika ada usul 'Boleh tak kami nak letak kotak bawah katil??'..jawapan aku 'NO!!'..so bawah katil rumah aku mmg clean n clear, sanggup aku fikir cara nak letak kotak tu dekat tempat lain:)..bukan apa, senang nanti aku nak mop, nak sapu, bawah katil selalunya penuh habuk tau..bukan main2 punya cerita..

Dalam family, aku boleh dikatakan diktator bila time mengemas aku sampai:)..aku akan jerit 'PERHATIAN, JAP LAGI SAYA NAK MENGEMAS YA!'..sekelip mata semua org yang ada dekat ruang tamu akan masuk bilik tutup tv:)..tapi tu dulu, skg aku memahami sikit..dan, no dua yang paling aku xsuka, habuk dekat kipas..fuh, sila lah jemput datang rumah, mmg kipas rumah aku clean n clear berkilat2:)..kadang2 tu perangai buruk gak, bila dtg rumah orang, aku akan tengok kipas dia..aku tahu, melalui kipas, aku dah jangka sikap orang2 dalam rumah tu ha..adakah mereka gred A, B, C atau FAIL??!..just perhati je lah..xkan nak komen pulak kan? Kalau ikut kepala sendiri, mau aja aku bersihkan..haha


Sebijik macam vakum mydin aku..haha
Bab yang paling aku suka adalah bila nak kuarkan habuk dari dalam hampagas..guna jari..aiyooo, habuk2 yang berjaya aku penjarakan..haha..rasa best je tgok habuk2 yang banyak sgt tu, plus rambut dan pelbagai lagi yang ada dalam tu:))..naik syeh orang kata..lalalala..rahsia aku masa kecik, walaupun aku suka mengemas, aku juga suka main pasir..pasir yang lembut tu..alahai, lembutnyaaaa..dan indahnyaaaaa..dan lalaalala:)) Aku ada koleksi pasir2 aku tau..dekat terengganu ada, kedah ada, perak ada, selangor ada:)) Aku simpan dalam botol kecik yang berasingan..tapi itu dulu la, skg aku dah xda masa nak kumpul, dan xberminat dah, may b faktor usia..

Oleh sbb aku ni dah dalam kategori professional, kaki aku ni leh rasa samada lantai rumah tu disapu betul atau tidak, samada karpet tu di vakum atau tidak..untuk kepuasan sendiri, aku akan sapu licin balik rumah aku..disebabkan itu, ahli rumah aku malas nak sapu umah sbb aku akan sapu balik punyalah..haha..bab bilik air pun sama, aku xgeli if ada rambut melekat kat saluran air tu..pernah dulu masa duduk rumah sewa, bilik air rumah tu tersumbat, semua buat dekk je, aku pun apa lagi, masukkan tangan, kedalaman mencecah ketiak aku, tarik2, rupanya ada sikat yang besar tu..so dalam bab2 tu aku mmg xgeli..tapi ada satu tempat yang aku geli..tak tahu kenapa..

DAPUR..may b sbb tempat tu berair dan berminyak kot? Aku perasan, selalunya org yang suka mengemas ni xsuka memasak sbb faktor2 ni..mungkin segelintir je kot?? So, bila sebut je pasal dapur, aku akan kemas seadanya saja..huuu..well, aku bukan lah xtahu masak, cuma tak suka masak, xkisahlah rumah org kaya yg berseri tu pun, bagi aku, aku tetap rasa geli..hurm..acaner?? Tak pa, kang kawin, pandai2 la aku settle ye dak??

Lagi satu, family cukup bengang kalau aku mula mengemas..sbb hobi aku yang suka buang barang..hurm..dah letak bersepah, so aku buang je lah..dulu aku suka buang brg mainan adik aku..pensil warna dia, walaupun masih panjang dan baru, aku pakat buang..and one day dia story yang dia sedih bila aku buang mainan tu..dia kata, brg2 tu semua pemberian aku, and semua family, so dia kata itulah kenangan yg dia ada if ada antara kami meninggalkan dunia yg fana ni..ups..sejak itu aku akan tnya dulu before buang..paling tidak, if aku jumpa serkup kepala, kain batik ibu aku, aku akan letak dalam mesen basuh, walaupun dia masih nak pakai lagi..ahaha..

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.