Sebelum ni aku ada cerita tentang aku terpaksa berdiri dekat tangga bas sebb penuh dengan orang kan? Kalau yang belum baca leh klik sini. Bila bas dah lopong sikit, aku pun nek ar ke atas sikit, lepas tu ada dua beradik naik bas, sorang remaja lelaki, sorang budak lelaki lengkap baju sek rendah. Si abang xlekang jaga adik dia supaya tak jatuh. Hurm, bagus betul kan? Orang laki ni faham2 je lah, walaupun dia take care, dia xkan tunjuk depan orang, ada tu ada, tapi xramai yang macam tu. Bila jadi macam tu, mula la aku teringat pasal kakak aku. Time aku sek tadika dulu:) Meh aku kenang kembali saat yang paling indah tuu:))
Mula2 aku nak kenang, betapa sukanya aku dengan baju seragam sek tu, warna merah petak putih, kain biru. Aku suka bau baju tu, sampai skg aku ingat bau dia. Aku dapat dua pasang, yang satu aku xbukak plastik dia hinggalah aku habis tadika, sayang nak pakai:). Aku masuk tadika jam 8pg. Selalunya, aku n akak aku akan gerak awal, bukan sebb takut lambat ( tadika aku xjauh pun ), tapi sebab kami nak ronda2 naik basikal aku ( ayah belikan, tapi aku tak reti nak bawak kalau xda roda belakang, lagipun sejak azali aku ni mmg penakut, xmacam akak aku tu, adventure orangnya )
![]() |
Lebih kurang macam ni lah jalan kuda tu, cuma xsejauh mata memandang. |
Sebelum ronda, kami p sarapan nasi lemak, pergh, setakat ni aku rasa itulah nasi lemak yang paling sedap!!. Panas lagi tau. Habis makan, akak aku bawak aku p ronda dekat jalan yang selalu kuda lalu. Ada orang yang pakai baju seragam putih but hitam tunggang kuda2 tu. Kadang kami jumpa sekor kuda je, kadang2 dua, kadang2 banyak. Kami xsure lah diorang ni keje apa? Siap kabus lagi, zaman 2013 ni xmacam zaman 1994, dan xkan sama dengan zaman 1974 or sewaktu dengannya, sebb bumi nikan berputar? Pkul 7pg zaman aku, macam pkul 6pg tahun 2013:). So, memang sejuk, gelap. Jalan memang lengang, dulu jenayah mana ada xtream macam sekang. So kami bebas nak ronda2 walaupun kiri kanan jalan tu hutan je.
Bila ada jalan yang menjunam sikit, akak aku akan bawak laju!!. Wah bestnya bila ingat balik:) Then baru lah dia hantar aku p tadika. Sampai skg, zaman dia ada moto, aku lah yg jadi pembonceng dia, dan skg dia dah ada kete, cuma aku advance sikit, dah leh bawak, dia lak jadi penumpang:)) Best kan ada kakak
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.