S Aku di BULI.. ~ DIARI Online

Monday, May 13, 2013

Aku di BULI..

Masa tu aku tingkatan dua. Sebelum ni aku duduk rumah setinggan tapi kena pindah sbb kawasan rumah kami nak kena roboh, so aku ulang alik dari rumah baru ke sek naik van cina. Malas nak tukar sek sbb dah nak habis tahun dah pun.

Korang pernah ada pengalaman kena BULI x? Kalo yang pernah tu mesti perit kan? Ada ke bila dibuli dia rasa BAHAGIA? Tak pa, ada dikalangan kita mesti malu nak mengaku, tapi biar aku yang mengaku. Aku pernah:) Dah nama pun van cina, so semua budak cina lah kan. Mungkin sebab aku ni pendiam? Dan tak melawan? Tu yang diorang buli aku tu?

Aku duduk sebelah pemandu cina tu, diorang semua ada geng, sebab tu ar diorang semua xnak duduk depan (padahal mungkin sbb aku ni melayu? Ops, jgn main statement agama k? Just bangsa). Ada sorang budak pompan ni, muka dia nakal gila, sampai skg aku ingat muka dia. Dia pendek, pakai spek, rambut parah bahu, dan tutup dahi, pakai skirt sek. Dialah manusia yang suuukaaa buli aku:)

Pembuli ni berjaya ganggu emosi aku. Pernah sekali diorang tarik tudung aku dari belakang, diorang amik beg aku acah nak buang ke jalan, dan sembur muka aku dengan air?? :)..aku senyum sebb bila fikir2 balik disebabkan diorang lah sedikit demi sedikit aku kikis perasaan malu, pendiam dan lain2 tu? Dekat sek baru aku dah pandai bergaul sedikit. Dan aku dilantik jadi ketua tingkatan gak:) Sekarang ni aku dah keje, aku jadi diri aku, bukan perubahan yang drastik, tapi just nice:)

Baru2 ni aku tengok video budak cina kena buli sampai rambut dia dipotong?? Dan video lagi satu budak sek melayu dipaksa makan stokin kawan2nya? Lagi kesian kan? Aku faham perasaan budak2 ni? Rasa takut, rasa keseorangan dan semua gangguan emosi yang lain? Tapi kalau budak2 ni pandai kontrol hati dan fikiran, insya allah diorang akan berjaya dengan jati diri yang kuat. Apalah sangat dibuli disek berbanding dengan cabaran dunia luar yang lebih dasyat? Ayat yang selalu aku guna untuk positifkan diri sendiri. Kalau terlalu ikut kata hati boleh mati kan? Sekurang2nya kami dididik awal oleh golongan pembuli yang takut dengan bayang2 sendiri ni:) Apa pun, aku tidak akan sekali2 jadi pembuli.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.