S DIARI Online

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 13, 2013

Aku di BULI..

Masa tu aku tingkatan dua. Sebelum ni aku duduk rumah setinggan tapi kena pindah sbb kawasan rumah kami nak kena roboh, so aku ulang alik dari rumah baru ke sek naik van cina. Malas nak tukar sek sbb dah nak habis tahun dah pun.

Korang pernah ada pengalaman kena BULI x? Kalo yang pernah tu mesti perit kan? Ada ke bila dibuli dia rasa BAHAGIA? Tak pa, ada dikalangan kita mesti malu nak mengaku, tapi biar aku yang mengaku. Aku pernah:) Dah nama pun van cina, so semua budak cina lah kan. Mungkin sebab aku ni pendiam? Dan tak melawan? Tu yang diorang buli aku tu?

Aku duduk sebelah pemandu cina tu, diorang semua ada geng, sebab tu ar diorang semua xnak duduk depan (padahal mungkin sbb aku ni melayu? Ops, jgn main statement agama k? Just bangsa). Ada sorang budak pompan ni, muka dia nakal gila, sampai skg aku ingat muka dia. Dia pendek, pakai spek, rambut parah bahu, dan tutup dahi, pakai skirt sek. Dialah manusia yang suuukaaa buli aku:)

Pembuli ni berjaya ganggu emosi aku. Pernah sekali diorang tarik tudung aku dari belakang, diorang amik beg aku acah nak buang ke jalan, dan sembur muka aku dengan air?? :)..aku senyum sebb bila fikir2 balik disebabkan diorang lah sedikit demi sedikit aku kikis perasaan malu, pendiam dan lain2 tu? Dekat sek baru aku dah pandai bergaul sedikit. Dan aku dilantik jadi ketua tingkatan gak:) Sekarang ni aku dah keje, aku jadi diri aku, bukan perubahan yang drastik, tapi just nice:)

Baru2 ni aku tengok video budak cina kena buli sampai rambut dia dipotong?? Dan video lagi satu budak sek melayu dipaksa makan stokin kawan2nya? Lagi kesian kan? Aku faham perasaan budak2 ni? Rasa takut, rasa keseorangan dan semua gangguan emosi yang lain? Tapi kalau budak2 ni pandai kontrol hati dan fikiran, insya allah diorang akan berjaya dengan jati diri yang kuat. Apalah sangat dibuli disek berbanding dengan cabaran dunia luar yang lebih dasyat? Ayat yang selalu aku guna untuk positifkan diri sendiri. Kalau terlalu ikut kata hati boleh mati kan? Sekurang2nya kami dididik awal oleh golongan pembuli yang takut dengan bayang2 sendiri ni:) Apa pun, aku tidak akan sekali2 jadi pembuli.

Saturday, May 11, 2013

Aku Suka BEGER!!

SEDAP KANNN
Beger gerai macam ni gak yang sedap:)
Tak tahu napa, aku suka sangat beger, walaupun kecik dan tak kenyang, bak kata adik aku, tapi still beger is one of my feveret food:) Sekali dalam sebulan pasti aku akan cari beger ni..haha. Ni antara jenama beger yang aku suka. Ikut populariti. Ceh;b
1. RAMLY beger : Daging biasa
2. Beger Bakar : Daging
3. MCD : Mc Chicken, masa kecik suka Big Mac
4. KFC : apa2 pun boleh, jarang makan sbb ayam besar sangat, macam makan ayam biasa.

Masa kecik, aku xcited tunggu arwah ayah aku balik keje, selalu ayah aku balik pukul 12 malam, ayah aku keje bawak bas, biasalah tu. Ayah aku selalu beli makanan, kadang2 sate minang, sate melayu, dan BEGER!! Bayang, aku rasa adalah dalam 10 bijik, dalam palstik besar, aku sorang je makan 5 bijik!! Sebab tu dulu aku chubby sbb kuat makan, malam2 lak tu:))


Ni la rupa dia, paling sedap, kuah
makan ngan nasi impit, untuk sate minang, aku
suka sate daging:)
Sedap woo
Cerita pasal sate minang, korang tahu ke sate minang tu apa? Perghh, memang sedap, tak tahu ar nak citer, p cari kat KAMPUNG BARU, aku suh cari sana sbb senang nak cari, aku makan area umah je, SEDAP!!

Selain yang diatas, aku jugak suka makan PIZZA, DOMINOS, CHICKEN CHOP, ROTI SOSEJ? Apa itu roti sosej, meh aku tunjuk dalam gambar:) Kebanyakan makanan feveret aku makanan ringan, bukan gaya omputih k..haha

Aku sukaaa makan, xsuka masak:P..meh baca ni Mengemas VS Memasak:)

Tadika Kemas PERKASA Mengkudu 1994

Sebelum ni aku ada cerita tentang aku terpaksa berdiri dekat tangga bas sebb penuh dengan orang kan? Kalau yang belum baca leh klik sini. Bila bas dah lopong sikit, aku pun nek ar ke atas sikit, lepas tu ada dua beradik naik bas, sorang remaja lelaki, sorang budak lelaki lengkap baju sek rendah. Si abang xlekang jaga adik dia supaya tak jatuh. Hurm, bagus betul kan? Orang laki ni faham2 je lah, walaupun dia take care, dia xkan tunjuk depan orang, ada tu ada, tapi xramai yang macam tu. Bila jadi macam tu, mula la aku teringat pasal kakak aku. Time aku sek tadika dulu:) Meh aku kenang kembali saat yang paling indah tuu:))

Mula2 aku nak kenang, betapa sukanya aku dengan baju seragam sek tu, warna merah petak putih, kain biru. Aku suka bau baju tu, sampai skg aku ingat bau dia. Aku dapat dua pasang, yang satu aku xbukak plastik dia hinggalah aku habis tadika, sayang nak pakai:). Aku masuk tadika jam 8pg. Selalunya, aku n akak aku akan gerak awal, bukan sebb takut lambat ( tadika aku xjauh pun ), tapi sebab kami nak ronda2 naik basikal aku ( ayah belikan, tapi aku tak reti nak bawak kalau xda roda belakang, lagipun sejak azali aku ni mmg penakut, xmacam akak aku tu, adventure orangnya )
Lebih kurang macam ni lah jalan kuda tu, cuma xsejauh mata
memandang.

Sebelum ronda, kami p sarapan nasi lemak, pergh, setakat ni aku rasa itulah nasi lemak yang paling sedap!!. Panas lagi tau. Habis makan, akak aku bawak aku p ronda dekat jalan yang selalu kuda lalu. Ada orang yang pakai baju seragam putih but hitam tunggang kuda2 tu. Kadang kami jumpa sekor kuda je, kadang2 dua, kadang2 banyak. Kami xsure lah diorang ni keje apa? Siap kabus lagi, zaman 2013 ni xmacam zaman 1994, dan xkan sama dengan zaman 1974 or sewaktu dengannya, sebb bumi nikan berputar? Pkul 7pg zaman aku, macam pkul 6pg tahun 2013:). So, memang sejuk, gelap. Jalan memang lengang, dulu jenayah mana ada xtream macam sekang. So kami bebas nak ronda2 walaupun kiri kanan jalan tu hutan je.

Bila ada jalan yang menjunam sikit, akak aku akan bawak laju!!. Wah bestnya bila ingat balik:) Then baru lah dia hantar aku p tadika. Sampai skg, zaman dia ada moto, aku lah yg jadi pembonceng dia, dan skg dia dah ada kete, cuma aku advance sikit, dah leh bawak, dia lak jadi penumpang:)) Best kan ada kakak

Friday, May 10, 2013

CEREWET Gile Aku!

Tadi aku ajak member aku teman aku shopping, mujur dia nak..aku ingat nak cari baju kurung untuk p kenduri kawin kawan baik aku masa diploma dulu. Kira special ar sikit. Dia nak aku pakai baju warna pink belacan, sama ngn dia. Ai..dah macam aku pulak yang nak kawin kan? Haha.. tapi tak pa lah, demi kawan yang tersayang ni kan. Sebenarnya dah lama aku usya satu kedai ni. Cantik2 kain ela ia. Harga rm80. Kalau baju yang dah siap, rm189. Ada renda kat bawah baju dan lengan. Tapi renda dia aku tak berkenan la pulak. Nak beli kain ela pulak xada warna mirip pink belacan. Yang ada warna light pink dan pink gelap sikit, walaupun gelap, still terang. Yang satu lagi tu macam warna ungu, aku dah berlambak warna ungu??

Ini contoh warna yang member email kat aku.
Then p kedai lain, try tengok kot lah ada yang berkenan. Kedai kedua, corak style lama. Kedai ketiga bnyak sangat manik, pastu guna kain syifon, alahai, aku tak berkenan, aku nak cotton gak?? Kedai keempat, ada baju peplum or baju saloma, ngah hot skg. Hurmm, aku tengok satu2, takkan nak pakai baju peplum? Aku fikir, ok, kat mana je yang aku boleh pakai baju macam ni? Aku ni bukan jenis berfesyen sangat?? So?? Aku berkenan kat kedai yang pertama tadi. Nak beli ke tak? Aku p lagi sekali kat kedai tu. Tengok lama ja kat kain2 tu. Ala, camana ni, xda warna yang aku nak. Budak jaga kedai tu pulak xreti cakap melayu, so kena speaking ar, walau terabur je. Dah ar tengah tensyen ni. Kalau ngan dear aku, dia akan pilihkan dan bg reason detail.

Harga kain jadi rm85, yang rm80 tu aku dapat masa aku tnya sebelum hari ini. Kan aku usya lama kedai tu kan? Laaaaamaaa aku pandang kain2 tu. Budak yang jaga situ pun nek bosan. Alih2, xjadi beli. Huuuu. So aku ke kedai peplum pulak. Rasa dah nekad xnak beli baju kurung. Beli peplum je lah, senang. Orang kedai tu pun ramah lah ngan aku, dok suggest itu ini, dia bagi peplum warna yang aku nak, aku try. Then member aku suggest baju lagi satu, aku try. Komen positif aku terima. Tapi dalam kepala aku ni dok fikir, ' Kalau aku beli baju ni, satu jarang, aku kena pakai inner, then kena ada accessories baru nampak menarik sbb baju ni kosong sgt, then kena padankan dengan kain or sseluar jeans, aku xda seluar jeans yang sesuai ngan baju ni. Harga pulak rm55?? Aiyoo. Lagi satu yang penting, dekat mana ja yang aku boleh pakai baju ni? Adakah untuk majlis tertentu je?? Berbaloi x? '

Sambil tu aku dok tengok dalam cermin. Yang jaga kedai tu pun dok ngongeng la suggest itu ini. Bagus tu bagus, tapi untuk orang macam aku, puji macmana pun, if hati dah said no means no. Sbb hati ni nak jugak baju kurung cotton warna pink belacan. Thats all. Niat mencuba pakaian peplum tu adalah supaya aku akan berubah hati untuk beli, tapi xjugak, still nak kain cotton itu!! Arghh..napa cerewet sgt ni?? If aku beli semata2 kesian kat pekerja kedai yang penat melayan aku, or nak member aku happy sbb dia suka baju yang dia pilihkan tu, or apa2 lah, pasti aku xkan pakai baju tu walaupun dah beli, percayalah cakap aku. Selagi hati ini memang xnak, cakap lah apa pun, memang xnak. Payah2....

Hari ini aku balik dengan tangan kosong. Member aku yang niat nak teman tu pulak yang shopping barang. So korang faham kan kenapa my family mmg surrender dengan pe'el aku yang satu ni. Alahai, bukan sengaja. Pernah nak ubah, so aku beli je, sudahnya baju tu aku xsentuh langsung, membazirkan? Tak payah cakap baju je, tang nak pilih sofa rumah, kasut, beg, semualah senang cerita. Tapi, memang kalau dear aku ada, jadi mudah sikit:)

Wednesday, May 8, 2013

Akhirnya LULUS Test JPJ!!

Fuh..tunggu punya tungguu..haha..blog ni Pra Ulangan JPJ aku tulis pada 8th February 2011, skg ni tahun 2013 kot! Punyalah malas nak kenang peristiwa yang berlaku tu..takpalah, sekarang boleh cerita sebb aku sudah terima hakikat..haha

Gambar hiasan
Esok tu aku pegilah test JPJ untuk kali yang kedua..macam biasa lah, rileks macamana pun, gabra dia mmg xhengat..berapa kali ntah aku p toilet sbb xnak terkucil time dalam kete kang..hari ni aku just test dalam litar, jalan raya aku lulus berkat dari simpati JPJ tu melihat kesedihan aku..haha..so beban tu kurang sikitlah..bila dah ramai2 macam ni, aku rasa perkara wajib kot orang2 yg fail dgn lantang bercerita kenapa diorg fail lah apa lah, pastu wat muka rileks..konon lah tu..aku rasa dia citer macam tu saja nak buat yang lain cuak kot..hurm..terima kasih sbb anda berjaya buat aku CUAK..orang yang first time amik, pandang kami yang GAGAL ni dengan pandangan SLEK..huh..

Gabra memuncak bila tunggu turn nak pandu kete..kejap2 aku kira orang sebelah aku..mula2 20 orang..10..5..3..1..!! Alamak..aduiii..depan mata, ada yang xangkat hand break, so kete bunyi bising, ada yang fail bukit, fail itu, fail ini..alamak..aku dah ada dalam kete ngah tunggu masa nak nek bukit..bila JPJ suh jalan, get READY!!..dan...macam biasa ar, kereta berundur atas bukit..so faham2 lah..balik dengan sia2, dan aku kena bayar duit lagi untuk belajar dan test..xpalah, tunggu aku free dan ada duit..untuk masa terdekat ni mmg xboleh sbb nak FINAL SEM dah..

Sampai aku dah keje aku xamik2 lesen..mmg xda masa dan takut sebenarnya..masa tu aku dah duduk ampang..test JPJ kat shah alam sbb aku belajar sana, 2 aku amik pakej student..konon2 nak ada lesen habis belajar, xsangka pulak tak semudah yang disangka..so aku pun amik ar cuti keje untuk amik balik ulangan berulang2 tu..dan part yang best, sia2 je JPJ simpati masa test jalan dulu, sbb dengan sukarianya aku TERPAKSA amik ujian jalan raya balik sbb dah tamat tempoh..idak le teman perasan tarikh, kalo tidak..huh..

Dengan susah payah aku kena ulang alik dari ampang ke shah alam sbb nak belajar kete..orang yang sama ajar aku dulu, apa lagi membebel je la dia dalam kete..apa payah benor anak murid dia yang sorang ni..haha..so masanya sudah tiba..hari RABU test JPJ..kali ni gabra xseberapa sgt banding yang dulu..cuma pening kepala sbb kena amik sekali test jalan raya..aduii serabut!..sampai giliran aku, fuh, bukit lepas, parking lepas, tiga penjuru FAIL!! Ya Allah..geramnya..dengan muka sadis aku p ar kat pondok polis tu..dah dia suh kuar kan? terpaksa ar kuar..dia cakap slow je, awak fail.. aku pun cakap slow balik, naperrrr..dia bukak ar peta dia, cerita sebab ini, itu..siap lukis lagi..aku pun longlai, p la ke pondok lagi satu untuk tunggu turn test jalan raya lak..
Gambar hiasan
Masa ni aku pening lagi sekali sbb diorang guna jalan baru..xgila aku, 2 jam belajar ingat jalan..mana nak ingat litar lagi, luar lagi..stress..masa tunggu tu aku perasan, ada 2 org JPJ pompan..ada gak segelintir student fail bila JPJ ni yg handle..bila balik, mesti diorang yang bawak kete..pelajar duduk sebelah, maknanya apa? haha..aku pernah dengar JPJ pompan ni payah sikit..turn aku sampai..ah sudaaaah..dapat JPJ pompan..masa ni la aku rasa menyesal sbb sepatutnya aku dah lulus ok!! Hurm..aku wat muka sedih untuk dapatkan simpati..xberkesan..muka dah ar garang..leh pulak mati enjin..pastu aku terbawak laju tempat ramai orang..fuh..dia marah arrr..tapi mujur LULUS:))))))

Untuk kali ini, aku xbayar untuk belajar, just untuk test je..aku guna kete akak aku, wat jalan2 kat taman..praktis bukit, parking dan 3 penjuru..esok nak test, malam tu aku praktis lagi..sebelum p test, sempat ar pagi tu aku bawak jap kete akak aku..tapi kejap je sbb aku takut, taman tu xda orang..so, aku n satu family p shah alam tempat test aku tu..haha..diorag nak bg support..punya lah ramai orang..adui..gabra tu macam biasalah..so sampai ar group aku p tunggu kat pondok litar..adui..terasa nak p toilet la pulak..on the way nak ke toilet, aku tengok selamber dek je kakak aku p duduk kat dalam litar, sebelah JPJ pulak tu?? Aku ingat bila aku kuar toilet, dia dah xda, pulak, siap berborak ngan pak cik polis tu?? Haha..JPJ tu ckp elok2 ar, awak xboleh duduk sini, nanti terganggu budak lain..kakak aku ckp bila aku sampai..'ni la adik saya..saya pun tak tahu nape dia fail je..gabra sgt kot? haha..'
Gaya ni la yang aku tunjuk dari jauh bila LULUS!
Adui akak aku ni, kot nak bg suppot pn jgn lah terserlah sgt..xpa..fokus2..sampai turn aku, aku selawat bnyak kali..dan bertenang..gabra tu tetap ada sbb kali ketiga fail kot!!..dan akhirnya!! LULUS!!! YEA!!!! Berkat ibu, kakak aku dtg!!! Muka senyummm..xpayah nak dtg lagi!! Dari jauh aku tunjuk simbol good kat sister aku..ibu aku siap tido kat dalam surau sbb penat menunggu..happy betul diorang bila aku lulus..hahahaha..Hanya Allah yang tahu betapa happynya aku..:)

Test JPJ

Oh BAS!

Hari ni lagi sekali aku kena diri sipi2 dekat tangga bas..alahai penuhnya orang..sebab tu aku suka stay dekat ofis lama2, balik on time pun bas penuh..tapi skg, balik lambat pun bas still penuh, napa ek? Adakah sbb pemandu kete dah malas nak tempuh jem kl, sbb tu naik bas? Dulu, kalo pkul 6 ke atas, bas xda lah pack macam sekarang? Walaupun rumah aku dekat, tp penumpang dari kl dah wat bas tu padat..ui..bahaya tau berdiri dekat tangga..bayangkan if org dalam tertolak aku, xke aku yang jatuh dulu? Tak pun if ada peragut ke ragut beg aku? Even beg sandang, deme bukan peduli, men sauk je..yang drebar pun satu, kdg2 ada yang xtutup pintu..


Inilah rupa bas ayah aku, cuma no bas tu mesti ar beza kan:)
Alang2 cerita pasal bas ni, aku nak citer la pasal arwah ayah aku..dari aku kecik, ayah aku dah jadi pemandu bas mini yang warna pink tu..nostalgianya bila time raya, orang len nek kete, kami nek bas balik kampung tau!! Time tu may b xda akta apa2 kot, tu yg bebas je ayah aku bawak ke mana2..haha..masa kecik, aku ni jenis senang muntah, so bila naik bas mini tu, dengan pengudaraan yang selesa, so leh ar tahan rasa loya..aku nak tido kat kerusi mana2 pun boleh:)..sampai je kampung, kami yg kecik2 ni akan main tekan2 loceng sebelum pegi beraya..wah bestnya zaman kecik:))

Aku sikit pun xrasa segan dengan keja ayah aku tu, even masa sek, bila cikgu tnya ayah kalian keje apa? Dengan bangga aku akan cakap ' PEMANDU BAS CIKGU'..ha macam tu..even kalau ayah aku keje angkut sampah ke, ye lah apa2 keje yang kecil dimata masyarakat, still aku xsegan nak ngaku..atleast ayah aku wat keje halal, dan mampu nak sekolahkan aku:)..xkisahlah p kampung naik bas sekalipun, janji mampu nak balik jugak kan?

Kadang2 bila naik bas, aku jadi emosi sikit..bila ada kondakter bas marah2 penumpang, or pemandu marah2 penumpang..bayanglah, makcik ni tua je, pemandu leh marah makcik ni..sbb apa aku xingat, tp yg aku ingat mak cik tu xsalah..pastu, bangla2 ar selalu kena marah..walaupun dia bangsa apa pun, kita kan ada budi bahasa?

Bas metro ayah aku, tapi no lain arr..haha
Aku penah naik bas yang ayah aku bawak, masa tu ayah aku dah tukar bawak bas metro sbb bas mini dilupuskan, kondakter bas dia marah penumpang..ayah aku cakap, 'jgn macam tu dik marah2 org..cakap baik2 aje lah, xelok..'..simple je kan..thats y orang hormat ayah aku..tu kadang2, walaupun aku terpaksa berdiri di belakang dan betul2 dekat pintu bas, aku sanggup p kat depan semata2 nak bayar tambang, walaupun rm1..xkisahlah kalau pemandu or kondakter tu nak cilok duit tu ke, sbb kadang2 diorg xbagi tiket pun, janji aku bayar..yelah, ingat senang ke bawak bas?? Aku tgok ayah aku, so aku tahulah keje tu bukan mudah..itu just tgok, lom lagi untuk sapa2 yang memang dalam bidang tu kan?

Bila fikir pasal padatnya org dalam bas tu, hurm, terfikir pulak nak beli kete..second hand pun jadilah..tapi nak wat camana, wat masa sekarang, third hand pun aku tak mampu sbb ada yang lebih penting aku kena bayar..xpalah..belum masa lagi..

Episod seterusnya..Tangga Bas Lagi..

Cuai Yang Terlampau 2013

Hari tu turn aku dapat duit kutu..entah kenapa aku leh simpan semua dalam beg duit..selalunya, kalau duit banyak, separuh aku simpan dalam beg duit, dan separuh aku simpan dalam beg sandang..tapi hari tu..

Niat dihati nak beli sofa untuk rumah..so aku n family p ar carefore..dulu dah p tgok sekali, memandangkan aku ni seorang yang sangat cerewet, so xjadi beli..so ni kali ke dua ar aku n family p tengok sofa..diorg macam malas nak layan dah, sbb itu xkena, ini xkena..bukan apa, aku nak beli sofa warna merah..aku xsuka sofa jenis kulit..ada pulak jenis yang petak2, cara jahitan xkemas..ada gak lah sofa yang berkenan dihati, sofa bed, tapi depan mata aku, aku nampak mat bangla yang keje situ men duduk2 rehat lak kat situ..n aku tengok sofa tu kotor sbb xda plastik cover atleast..bila aku tnya org yg jaga situ, sofa tu penghabisan stok, xda stok baru dah..fikir punya fikir, hurm..xjadilah..muka family semua dah berkerut..nak buat macamana, aku dah katakan before this, aku suka mengemas rumah, so aku adalah diktator bila sentuh bab kekemasan ni..so aku xnak sofa aku nt bukan ikut citarasa aku:))




lebih kurang macam ni lah rupa dia..
aku nya warna merah+hijau gelap
Kisah sadis bermula..masa tu aku pegang beg duit aku..aku ingat sbb masa tu aku nampak ada orang yang mencurigakan..biasalah, kalau kita pegang duit bnyak, semua org yg ada dekat sekeliling tu mencurigakan..haha..so sampai kereta pun aku masih pegang beg duit aku tuh..hurm..sampai je rumah, punggah barang semua..dalam beberapa minit, aku perasan, beg duit aku xda!!alamak!!camana ni..puas aku cari..dalam kete, dalam bilik, dan puas fikir dekat mana aku leh tertinggal beg duit aku tuh..macam2 ada dalam tu..duit, i/c, lesen, bank card..dan beg duit tu aku baru beli..warna dia cantik sangat..

Aku rasa ada la dalam seminggu aku mencari sekitar rumah..balik2 tempat yang sama sbb rumah aku tu bukan besar sgt, rumah flat je kot? Hurm, mungkin ke sbb aku xbeli sofa tu? Family rasa unhappy, tu yang duit aku hilang tuuu..untuk golongan pertengahan macam aku yang main duit kutu ni, rm900 bukanlah jumlah yang sikit..tapi takpa, aku motivasi diri..ada org yang hilang sampai beratus ribu kot? Dugaan ni baru kecil je kan? Kan? Kalau sebelum ni, aku selalu bernasib baik bila beg duit aku hilang..kali ni, sehingga tarikh blog ni ditulis, still xjumpa2 lagi..nak2 time nak pakai duit sgt2, time ni ar aku rasa sadis..huuu..So, lepas seminggu, nak xnak terpaksalah aku ke balai polis wat report..

Aku ke Putrajaya untuk buat i/c baru..agaknya, orang yang jaga kaunter tu perasan kesadisan muka aku, tetiba dia tnya
'adik dtg sini naik apa? Ada duit x nak balik?'
'nek kete..ada duit'
'xpalah, saya watkan rayuan untuk adik ya..so murah sikitlah wat i/c baru..lain kali jgn cuai'
'ha? oo..terima kasih..' (dalam hati sumpah aku xtahu leh wat rayuan, kalau x, dah lama aku buat..haha)

Dan seterusnya, terpaksa jugak lah aku p wat lesen, card bank dan pelbagai..aduhai cuai, camana nak buat supaya tak cuai..hurm..nak tunjuk betapa cuainya aku, silalah baca sini.

Monday, May 6, 2013

Mengemas VS Memasak

Antara mengemas dan memasak, mana pilihan anda? Ke ada yang mampu buat dua2 ini dengan perfect sekali?? Wah..sangat HEBAT..sebab, aku lebih suka mengemas dari memasak..memasak leceyh ar..haha
Contoh bawah katil umah aku yang clean & clear
Dalam family, bab mengemas serah 100% dekat aku..walaupun rumah kecik, kadang2 amik masa mengemas dari pagi sampai ke asar baru selesai! Kira aku mmg kemas detail la..paling xsuka letak brg bawah katil..dari dulu hingga kini, jika ada usul 'Boleh tak kami nak letak kotak bawah katil??'..jawapan aku 'NO!!'..so bawah katil rumah aku mmg clean n clear, sanggup aku fikir cara nak letak kotak tu dekat tempat lain:)..bukan apa, senang nanti aku nak mop, nak sapu, bawah katil selalunya penuh habuk tau..bukan main2 punya cerita..

Dalam family, aku boleh dikatakan diktator bila time mengemas aku sampai:)..aku akan jerit 'PERHATIAN, JAP LAGI SAYA NAK MENGEMAS YA!'..sekelip mata semua org yang ada dekat ruang tamu akan masuk bilik tutup tv:)..tapi tu dulu, skg aku memahami sikit..dan, no dua yang paling aku xsuka, habuk dekat kipas..fuh, sila lah jemput datang rumah, mmg kipas rumah aku clean n clear berkilat2:)..kadang2 tu perangai buruk gak, bila dtg rumah orang, aku akan tengok kipas dia..aku tahu, melalui kipas, aku dah jangka sikap orang2 dalam rumah tu ha..adakah mereka gred A, B, C atau FAIL??!..just perhati je lah..xkan nak komen pulak kan? Kalau ikut kepala sendiri, mau aja aku bersihkan..haha


Sebijik macam vakum mydin aku..haha
Bab yang paling aku suka adalah bila nak kuarkan habuk dari dalam hampagas..guna jari..aiyooo, habuk2 yang berjaya aku penjarakan..haha..rasa best je tgok habuk2 yang banyak sgt tu, plus rambut dan pelbagai lagi yang ada dalam tu:))..naik syeh orang kata..lalalala..rahsia aku masa kecik, walaupun aku suka mengemas, aku juga suka main pasir..pasir yang lembut tu..alahai, lembutnyaaaa..dan indahnyaaaaa..dan lalaalala:)) Aku ada koleksi pasir2 aku tau..dekat terengganu ada, kedah ada, perak ada, selangor ada:)) Aku simpan dalam botol kecik yang berasingan..tapi itu dulu la, skg aku dah xda masa nak kumpul, dan xberminat dah, may b faktor usia..

Oleh sbb aku ni dah dalam kategori professional, kaki aku ni leh rasa samada lantai rumah tu disapu betul atau tidak, samada karpet tu di vakum atau tidak..untuk kepuasan sendiri, aku akan sapu licin balik rumah aku..disebabkan itu, ahli rumah aku malas nak sapu umah sbb aku akan sapu balik punyalah..haha..bab bilik air pun sama, aku xgeli if ada rambut melekat kat saluran air tu..pernah dulu masa duduk rumah sewa, bilik air rumah tu tersumbat, semua buat dekk je, aku pun apa lagi, masukkan tangan, kedalaman mencecah ketiak aku, tarik2, rupanya ada sikat yang besar tu..so dalam bab2 tu aku mmg xgeli..tapi ada satu tempat yang aku geli..tak tahu kenapa..

DAPUR..may b sbb tempat tu berair dan berminyak kot? Aku perasan, selalunya org yang suka mengemas ni xsuka memasak sbb faktor2 ni..mungkin segelintir je kot?? So, bila sebut je pasal dapur, aku akan kemas seadanya saja..huuu..well, aku bukan lah xtahu masak, cuma tak suka masak, xkisahlah rumah org kaya yg berseri tu pun, bagi aku, aku tetap rasa geli..hurm..acaner?? Tak pa, kang kawin, pandai2 la aku settle ye dak??

Lagi satu, family cukup bengang kalau aku mula mengemas..sbb hobi aku yang suka buang barang..hurm..dah letak bersepah, so aku buang je lah..dulu aku suka buang brg mainan adik aku..pensil warna dia, walaupun masih panjang dan baru, aku pakat buang..and one day dia story yang dia sedih bila aku buang mainan tu..dia kata, brg2 tu semua pemberian aku, and semua family, so dia kata itulah kenangan yg dia ada if ada antara kami meninggalkan dunia yg fana ni..ups..sejak itu aku akan tnya dulu before buang..paling tidak, if aku jumpa serkup kepala, kain batik ibu aku, aku akan letak dalam mesen basuh, walaupun dia masih nak pakai lagi..ahaha..

Perkahwinan Impian Aku

 


BAJU
Wah tajuk..bukan main lagi..as perempuan kan, itu perkara biasa..impian tu kadang2 terlaksana,, kadang2 tak..its ok, aku ada baaanyak lagi impian lain yang mungkin akan terlaksana..no hurt feeling ok:)
..aku nak macam ni..simple, baju tu leh buat untuk raya..jimat tau:)

BUNGA TANGAN













HANTARAN, guna bunga tisu..jimat gak tu:)

HANTARAN I

Cantik gak hijau kan:)
HANTARAN II
Nanti nak belajar buat..haha
KAD KAHWIN..ni pun nak wat sendiri..insya allah..sonang aja ni..cuma tak tahulah berbaloi ke tak untuk harga print..selalu org tempah kad, dia dah kira semua sekali plus design dan lain2, ye dak?
 


 
 
PELAMIN ANGANKU..AHAH..lembut je colournya kan?..ni pun nak wat sendiri..wahh konon:)..mogok mak andam semua tau.. 

GOODIES

 

PHOTOGRAPHER
Suruh adik aku je lah amik gambar..pose2 semua kau tiru je lah kat internet yang melambak tu..and then album, aku design sendiri..gambar yang cantik juga memainkan peranan penting supaya album wedding kelihatan menarik tau:). Ni contoh album yang aku design.







Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2

So, KENAPA PARTNER AKU DIBERHENTIKAN WALAUPUN DIA OK? Well, masa tu setelah 6 tahun company beroperasi, company aku ada masalah yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan company TERPAKSA berhentikan beberapa pekerja..partner aku salah sorang darinya..masa tu ada lah dalam 10 orang diberhentikan sementara sbb company tak mampu bayar gaji jika mereka terus bekerja disitu, kecuali aku dan lagi sorang dikekalkan sebab......yang sorang tu sgt independent kalau kerja diluar, tak perlukan pembantu..aku pulak, sebab aku tahu IN DESIGN..perghh..so aku dikekalkan..

Sebelum cerita buang membuang ni, ada sorg staf ni, tetiba bos panggil dia utk meeting..dia sorang lak tu..aku tertanya gak, kenapalah ni kan..dia balik, muka sedih2 bagai n cakap kat aku lah, dia akan dibuang sementara..so dia ckp aku kena ar get ready..n jgn bagitahu yg aku dah tahu..alamak, masalah untuk orang JUJUR macam aku ni..camana nak keep secret nih..dan..bos panggil aku..masa tu aku dah ready sepenuhnya..bos pun cerita masalah itu, ini n tanya aku 'kalau awak nak berhenti, saya tak halang, tapi kalau awak nak bantu, teruskanlah keje esok'..aik?? Lain macam ayatnya ni..aku kena buang ke tidak ni?? Dan secepat kilat dan seikhlas mungkin aku jawab 'ESOK SAYA DATANG'..huu:)..bukan sebab duit, tapi aku dah sayang dengan company ni:)) So, sudah pasti aku akan tolong kan?

Memang tak rugi aku ikut cakap lecture cerewet tu..member lain amik jalan mudah siapkan projek dgn guna sofware yang selalu kami pakai..IN DESIGN adalah sesuatu yang sangat baru, tambah pulak kami belajar hanya untuk beberapa bulan sahaja, assignment pulak nak dihantar secepat mungkin? Tapi mujur aku buat apa yang lecture ajar, guna IN DESIGN..walau tak secantik macam projek kawan2 yang lain, atleast aku sudah tahu basic2 IN DESIGN tu setelah bersusah payah godek sana sini..fuh..lap peluh..percayalah, apa pun yang lecture ajar, walau susah, pasti untuk kebaikan..aku percaya benda tu, so skg dah terbukti, kerana IN DESIGN aku tak diberhentikan:)

Mula2 memang rasa sedih..bayanglah, mula2 ofis bising, tiba2 yang ada dalam ofis cuma aku je, sbb yang sorang lagi tu banyak kena keluar..tapi..xsampai setengah jam, x-staff yang lain dtg lepak ofis? Aik? haha, wat penat je rasa sedih..dan hari seterusnya bos bagi diorang wat part time..diorang tak nak cari keje sbb diorang pun sayang ofis ni:)..so aku buatlah kerja aku seadanya dengan gembira seperti sedia kala..

Setahun kerja, akhirnya aku dapat partner baru..actually, nak cari budak admin sbb budak admin lama nak berhenti..mula2 aku tak masuk campur sbb admin lama yang interview budak2 ni sbb dia lebih tahu bidang dia dan apa yang company ni nak..one day dia p lunch pulak, so aku lah yang kena interview budak ni..oklah, aku tnya itu ini, n STOP, dia bawak resume IN DESIGN..fuh..so aku suggest dia dekat bos utk jadi partner aku, sbb aku malas nak tunggu bulan berikutnya untuk bos bukak iklan untuk grafik ni..hai..ingat senang ke nak interview?? Kena angkat phone, kena gtahu alamat la apa la, kena tnya soalan yang sama dan macam2..PENAT..n rahsia ni aku nak bagitahu bg sapa2 yang nak p interview..just b urself..walaupun awak xda apa2, just JUJUR je..dan berani..dan study company apa yang korang nak interview..if kerajaan, jgn lah selekeh..if studio, janji kemas..kan beza tu?

Kadang2, dalam iklan macam2 dia tulis, dan kadang2 xda orang pun yang dtg untuk iklan diorang tu, n datang lah korang, tetiba diorang amik korang keje walaupun nak banding diri ngan iklan tu memang TAK LAYAK sbb in case diorang nak URGENT..pengalaman aku interview orang, walaupun company studio, bos xkisah pun if diorang tak da kemahiran atau pengalaman, yang penting dia nak orang yang sudi belajar..

Lain majikan, lain lah yang mereka cari..macam aku masa mula2 nak keje sini, dalam iklan cakap nak umur 28 tahun, ada lesen, dan grafik design..satu pun tak sesuai dengan aku..dan may b bos malas nak interview lagi, or aku je yang datang, haha..or memang aku layak? So TAK CUBA TAK TAHU kan?? Rezeki yang datang tu ada macam2..tapi kalau ada seribu macam ALASAN, macamana lah rezeki nak datang? Dia pun seribu kali tak sudi..

Aku dapat partner baru, budaknya bagus cuma selalu cuai bila buat kerja..its ok, budak baru belajarlah katakan..dan dia gelar aku mak tiri..hamboih..garang sangat ke?? N nak cerita pasal RM800 TO RM1200 (1 TAHUN KEJE)..ni perjalanan gaji aku..
- RM800 plus allowance komitmen
- RM1000 plus allowance komitmen
- RM1200 plus O.T ikut jam..
kan..xsia2 aku makan hati dengan kawan2 yang rasa diri hebat sangat..rezeki tu ALLAH yang bagi..if kita ikhlas, insya allah, SEMUA kita dapat..yang penting, hati mesti tenang dalam bekerja, jangan berkira dalam bekerja (yang ni ada2 masa aku berkira, ada sebab aku wat macam tu)..jangan ada hasad dengki if ada yang lebih dari kita..dulu, baik buruk, semua atas bahu aku..skg bila dah ada partner, pasti bos aku akan banding aku dgn budak baru tu kan? Tapi xpa, itu akan membuatkan aku menjadi lebih baik..ada partner ni best jugak, leh bersaing:)..

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1

Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 1

Huih..dah nak pukul 5 pagi dah, malas nak tido..boleh? haha..kat tv siaran lagenda budak setan 2, tak tgok pun, sibuk layan internet..skg ni aku sibuk cari peluang keje part time online, jwb survey ke apa ke, janji halal dan dapat duit..setakat ni tak da apa2 duit yang aku dapat sbb xda apa2 survey yang diorg hantar kat email aku..yang aku tak faham skg tentang Pay pal ni.. aku dah buat dah, rasa2 leh pakai ke? aku xsure lah leh pakai ke tidak..confius lak..

Tujuan aku nak cari keje online ni sbb bulan 5 ni company aku xberapa ada projek, walaupun gaji aku leh tahan, tapi aku kena ada income lain untuk buat belanja harian, almaklumlah, aku nak simpan duit kawin kan:)..xpa, susah dulu, senang kemudian..

Dah setahun aku keje kat sini..dulu sibuk nak habis belajar..haha..kelakar bila ingat..habis je belajar, aku keje part time jual baju..bersungguh2 aku keje, kedai aku paling bersih tau..bayangkan, ada customer siap tnya lagi 'dik, kena bukak kasut ke ni?'..punya bersih lantai kedai tu aku kejekan..haha..n then, aku xingat aku nak cari apa kat mudah.my, aku terjumpa iklan keje aku skg..ciri2 pekerja yang dia nak adalah:
- wanita ada lesen memandu
- 28 tahun ke atas
- grafik design

Hurm..nak cuba ke tak? umur aku baru je 23 tahun masa tu..lesen..dalam proses sebab aku fail kali ke tiga!! Kalau nak lesen, mesti nak suh p mana2 lah tu kan? Fikir punya fikir, aku try lah jugak..so interview lepas semyang jumaat..berdebar gak sbb aku ni bukan lah tahu sgt grafik kan..tapi kalau TAK CUBA TAK TAHU kan? Hari jumaat pun tiba, aku pakai baju feveret dan baju bertuah aku yang warna merah tu..masa final asses pun aku pakai baju tu jugak:)

O..ofis ni baru pindah rupanya..sbb masa aku sampai, xsiap renovate lagi, karpet pun tengah nak pasang..dan yang paling best, opis ni DEKAT gila dengan rumah aku, kalau jalan kaki, amik masa dalam 30 minit, kalau nek bas, 15 minit..nek motor 5 minit..kete 10 minit..purata kiranya xsampai sejamlah:)..dan memandangkan rumah aku adalah perhentian bas, so mmg xsusahlah kalau nak pergi keje..dan kalau aku kena stay tido opis, ibu aku mesti tak risau punya:))..aku tahu, kalau dah nama studio, bab2 tido opis ni mesti tak dapat elak punya lah..

Soalan pertama aku bila sampai opis ni adalah 'wah cantiknya opis ni!!?'..sebab opis ni guna warna feveret aku, merah plus hitam:))))..double senyum..haha..silap, itu bukan soalan, yang ini soalan, 'bos sini melayu, cina or india?'..time tu aku tak tahu pulak org yg jawab soalan aku tu rupanya bakal bos aku..so dia jwb 'melayu:)'..aku bukan prejudis pada kaum, cuma aku ada sebab aku sendiri..xsalahkan kalau ada prinsip sendiri? Tambahan pula, aku jenis kerja yang bersungguh2, jadi aku cuma nak rasa berbaloi jika bekerja dengan syarikat islam..Setelah dikaji selidik di kedai makan, kat opis xsiap renovate lagi, bos belanja minum tuuu..wahhh..haha..aku diterima keja sebagai GRAFIK DESIGN dengan gaji rm800..

Hari pertama keje, aku dah buat hal, baru sentuh komputer, aku terpaksa hantar komputer tu pegi 'klinik'..so satu hari aku relex tanpa buat apa2..n then mulalah satu tugasan pertama aku, huih, baru tahu rupanya aku dapat bos yang cerewet..its ok, masa belajar dulu, selalunya aku admire dekat lectera yang cerewet..xkisahlah kalau kekawan len xsuka dekat lectera semacam ini, tp bg aku, selalunya org yang cerewet ni BERJAYA dalam bidang masing2..sebab, mereka perfectenist, dan selalunya hasil kerja mereka memang akan disukai..tapi biasalah, kdg2 keterlaluan jugak, tp its ok, aku tetap suka dengan mereka2 ni..haha..hinggakan masa dip, aku pilih supervisor yg super cerewet!..kui3..n masa deg pun sama walaupun beliau tak secerewet supervisor dip aku:)


Dengan gaji rm800 tu aku rasa pada waktu itu sudah mencukupi, siap ada simpanan lagi..sbb aku tak ada kereta, xbayar rumah, just untuk diri 100%..aku xkisah pun, kira ok lah tu sbb mula2 aku letak rate harga aku rm600 tau;p..bukan lah nak kata aku ni xda harga setanding dgn sijil aku tuh, cuma terasa aku sgt perlukan kerja dan pengalaman tu? Memang sungguh, duit aku letak paling bawah..so bila kawan2 tnya, keje apa..dan pasti akan ada soalan wajib seterusnya, gaji berapa?..ntahlah, aku tak tahu, may b nak banding dgn diri mereka kot? may be..aku dgn jujurnya jwb..rm800

Dan..dia akan ckap 'rm800 as a graphic design?? SIKITNYER??'..aku reply :) ajer..sbb chat je, kalau depan mata tu, sure2 dia akan nampak muka aku mcm ni :/..tipulah kalau aku xkecik hati!!..huh..kadang2 bila org tnya, aku tipu ar ckp rm1000, pun still diorang ckp, itu je??aiyooo..nak berapa sebenarnya?rm1juta ke??..so lepas tu, malas nak buat hati org senang, aku cakap jelah rm800..hurm..xpa2..buat yang terbaik..niat asal apa? Pengalaman kan? So, pasal duit tu xyah fikir..dia datang dan pergi..

Well, aku HAPPY giler keje sini..ofis warna feveret aku, xyah pakai kasut dalam opis, ada meja sendiri, dekat dengan rumah, bos selalu belanja, aku enjoy dengan job aku..sedar xsedar dah masuk 1 tahun keje:)..satu jangka masa yang lama untuk aku sebb before this 2 bulan paling lama sbb keje time cuti sem..n then..jeng2..aku dapat partner baru!!yea!!..tapi xlama, sbb dia wat hal, main fb sambil wat keje..bukan aku report k, depan bos aku dia men fb..hari pertama keje lak tu!!..so bos aku berentikan dia setelah ditegur dan diberi peluang, cari partner len utk aku..partner yang ini ok, xda masalah dan membantu meringankan beban aku..taaaapi..ada masalah len lah pulak yang membuatkan company terpaksa berhentikan dia:))..oklah..nanti sambung..kang bosan lak baca panjang2..tunggu episod ini ' Ikhlas first, Duit kemudian, Semua Dapat Edisi 2 ', aku akan cerita
- KENAPA PARTNER AKU DIBERHENTIKAN WALAUPUN DIA OK
- RM800 TO RM1200 (1 TAHUN KEJE)
- DAPAT PARTNER LAIN (HOPFULLY LAST)

Tak Tahu Siapa JODOH Aku

Ingat x kisah tentang CINTA OKU? Sekarang kami sudah BERTUNANG:)..ikut perancangan tempoh tunang 2 tahun, tapi skg dah nak habis tempoh dah..ada lagi sebulan je:)..hurm..senyum xberapa nak senyum gak lah..kami tangguh kawin, itu cerita dia..

Dari side positif, mungkin sebb kami belum ready lagi..selama tempoh dua tahun tu, kami jarang berbincang tentang kawin atau persiapan kawin atau apa saja yg berkaitan dgn k.a.w.i.n..dan mungkin ALLAH bagi kami masa untuk berfikir semasak2nya tujuan kami @ ALLAH nak beritahu yg kami bukan jodoh @ kami memang jodoh yang terbaik jika sanggup susah dan senang sama2..macam2 kemungkinan kan? 

Dah nak habis tempoh tunang ni, baru nampak kesepakatan kami..kami sepakat kumpul duit sama2 start bulan ini..dah terlambat kan? Tak lah..ALLAH MAHA mengetahui apa yang kami tak tahu..so kami usaha sehingga betul2 jadi..insya allah..

Kalau ikut kepala kami sendiri, kami nak buat majlis nikah dan kenduri sikit2 je..tapi kena fikir belah keluarga aku dan dia..andaikata ada antara mereka yang kecil hati, lebih2 lagi belah ibu, mak dan ayah dia dah tak da, tak ke yang tanggung keberkatan kahwin kami tu adalah kami sendiri sepanjang hidup kami nanti? Permintaan ibu tu mudah, dia xharap majlis yang besar, sekadar cukup agar saudara belah perempuan tahu yang anak perempuan dia dah kahwin supaya tidak timbul fitnah..dia xkisah xda pelamin..xda itu xda ini..

Biasalah, belanja kawin sekarang, paling koman dan jimat, setelah ditolak itu ini, tidak mungkin dapat lagi harga rm5000 tu kan? Melainkan kalau aku kawin secara beramai2 anjuran kerajaan atau badan2 tertentu..memang rasa nak kawin beramai2, tapi tunggu lah kalau PLAN A tak jadi, kita pergi ke PLAN B, iaitu kawin ramai2..:)..PLAN A adalah kumpul duit sama2..

Ada orang tanya, aku xkisah ke kawin ramai2??Kisah sikitlah kan, sebagai perempuan yang nafsunya bnyak pada harta benda, siapa yang tak nak majlis kawin dia ikut warna yang dia inginkan, siapa yang xnak merasa majlis kawin dirai hanya untuk dia seorang, tapi kalau lah memang xmampu, kita cari jalan lain yang lebih mudah dan jimat..aku mmg xsetuju BERHUTANG semata2 nak kawin..

Bayang, lepas kawin, insya allah ada anak..susu, makan pakai dia..n then sekolah dia, n then, masuk universiti dia..n then bla2..so bila masa nak bayar hutang kawin tu? Tambah pulak aku ada hutang PTPTN..WAJIB kena bayar walau apa pun orang cakap pasal PTPTN..pada aku, orang lain xnak bayar tu, itu hak dia, tapi untuk aku yang mmg dulu bergantung harap pada duit pinjaman tu, tetap akan bayar..xnak nanti dituntut masa akhirat..pahala yang sedikit bertambah muflis pulak semata2 diganti dgn bayar hutang yang melambak tu..bukan tidak percaya dengan REZEKI LEPAS KAWIN..tapi ada cara lain selain dari berhutang kan?

Jadi? Tunggu dan lihat samada mmg dia jodoh aku atau org lain..KAMI mmg redha walau apa ketentuan ALLAH untuk kami sbb kami tahu ALLAH akan tentukan yang terbaik untuk kami..aku dah ada nama untuk anak aku:))

Perempuan : NURUL HANNAN
Lelaki : MUHAMMAD FAHRI

:))

Monday, April 25, 2011

Nak habis belajar!!

Semester ni. Tahun ni. Aku rasa bukan semester dan tahun yang bertuah untuk aku. Pertama, ujian
memandu aku, fail, kedua hidup aku hura-hara, ketiga pelajaran aku ntah apa2. Semua serba tak kena. Semester ni adalah semester terakhir aku. Jadi masa nak start sem baru, aku penuh semnagt untuk habiskan sem ini dengan jayanya dengan menghasilkan work2 yang bermutu tinggi. Sebelum start sem baru lagi aku dah pilih tajuk untuk aku buat kajian.

Depan semua lectera dengan yakin dan bangganya aku present tajuk aku, mula2 diorang macam xyakin aku boleh buat sebab tajuk aku ni susah. Tapi agaknya bila diorang tengok kesungguhan aku, tu yang diorang terima kot;). Then, aku buat work aku dengan bersungguh-sungguh. Untuk presentation pertama kami kena produce 4 keping gambar. Sampai giliran aku, macam biasa aku dengan yakinnya berkata-kata. Then diorang komen, kritik dan sewaktu dengannya. Aku mula pening dengan work aku. Episod tidak bertuah pun bermula.

Aku jumpa lectera lain untuk tanya pendapat mereka, mereka mula bercakap, aku dah pening, lectera kedua pun bercakap jugak, aku bertambah pening. Kemudian aku jumpa supervisor aku, aku minta pendapat dia, tapi apa yang dia cakap macam tidak capai apa yang aku nak, aku tak faham. Kemudian aku jumpa ex-bos aku, dia buat advertising, relate dengan apa yang aku nak buat, sebab dulu dia pernah kata, kalau perlukan bantuan, jumpa dia. Then aku pergi jumpa dia, dia komen, tapi masih atas angin. Soalan aku seolah tidak berjawab, cuma menambah beban di atas kepala.

Lighting studio jangan cakaplah, asyik muka aku je yang pinjam. Tapi hasilnya tetap tidak memuaskan hati dan tidak meyakinkan aku seperti sebelum2 ni. Sebab, walaupun aku tidak lah bagus mana, tapi bila aku suka dengan apa yang aku buat, walaupun tidak sehebat mana, aku tetap akan yakin dengan work2 aku. Tapi kali ni tidak...serba tidak kena. Adakah kerana tajuk aku? atau pemilihan supervisor aku (orang yang akan membimbing aku)? atau genre pilihan aku? Entahlah. Bukan tidak usaha tapi semua tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Puncanya satu, sebab aku terlalu sibuk berfikir tentang 'Adakah orang akan faham imej aku'. Sebab tu idea aku terus stuck, sebab aku merasakan diri ini tidak bebas untuk berkarya. Then bila rasa tidak bebas, aku tidak ada jiwa berkarya. Then bila aku paksa untuk berkarya, terhasil lah karya yang macam SAMPAH~~

Kali kedua presentation kami kena produce 4 keping gmbar lagi, tapi aku tak datang, walaupun aku dah siapkan 4 keping gambar tu, tapi aku rasa lost. Hilang 10 markah..huhu.. Kali ketiga presentation, dengan tidak yakinnya aku produce 12 keping gambar. Yang peliknya semua lectera diam, dan ada sorang lectera tu wat muka, muka macam work aku ni adalah work yang sangat teruk. Adoi..mulanya aku ingat nak buat lagi, tapi aku dah tak ada jiwa langsung nak buat work yang baru. So, biarkan lah 12 keping tu. Aku dah tak nak buat lagi dah. MALAS, KECEWA..semua perasaan ada. Yang pasti sekarang, aku dah tak sabar nak habis belajar....

Saturday, March 5, 2011

Assignment tak siap lll

Kerja yang berlambak hari tu sudah aku siapkan. 4 keping je kan? Tapi rasa macam nak tercabut semua urat bagi memastikan mesej yang ingin aku sampaikan dalam imej tu sampai pada sasaran audience aku. Almaklum aku ni buat tentang kempen, jadi mesej kena kuat. Tapi..masa presentation hanya dua gambar aja yang ok..yang satu tu kena reject sebab mesej tak sampai (seperti yang dijangka) dan yang lagi satu tu pula kena perbaiki sebab masa present, tak da pula mereka cakap reject? So terima lah tu kan? Walaupun aku kena kaw2 punya..haha..

Selepas ini ada lagi 8 keping gambar. Masa tinggal lagi seminggu untuk aku siapkan imej yang berikutnya sebab minggu depan kena present 4 keping gambar lagi. Erm..idea yang sebetul2nya belum ada, cuma kalau yang bermain-main dalam fikiran tu memang banyak lah kan? Masalah biasa, memastikan agar mesej sampai pada audience, bukanlah sesuatu yang mudah tapi bukan mustahil kan?

Ok, cerita tentang seseorang telah mencuri artwork seseorang dengan mengaku artwork berkenaan adalah work si pencuri tu. Tak tahulah sahih atau tidak. Kalau sahih, kesian 'women photographer' tu wajahnya terpampang di dalam blog empunya artwork yang asli. Walaupun wajah wanita tu di tutup line hitam, tapi dengan adress tagged yang diberi, sure pembaca blog tu akan cari. Aku sendiri cari, memang wujud wanita tu, dan aku nampak wajah tanpa selindung, erm..kesian juga??

Dari pandangan aku, bila aku tengok gambar2 yang wanita ni tangkap, rasanya dia memang bukan seorang pro photographer, atau atleast seorang yang pandai ambil gambar secara semulajadi. Sebab dari segi angle, memang tak betul dan macam guna kamera yang murah sedangkan kamera beliau mahal? Setiap gambar ada tulis edited by..captured by..talent..and so on. Betul ke gambar ni diedit? Erm, mungkin sebab dia tambah bingkai hitam pada gmbar?

Ada antara title, dia tulis WOMEN PHOTOGRAPHER. Menyirap juga bila baca sebab aku yang belajar photography ni pun rasanya belum layak lagi digelar macam tu, inikan pula dia yang entah sapa2? Tapi bila difikir2 balik, suka hati dia lah kan? Itu just gelaran aja, betul tak?

Dari sudut yang positif, aku lihat dia seorang yang berani, bercita-cita tinggi di dalam dunia photography? Alahai, kenapa tak belajar? Dalam course aku ni, bukan semua bebudak aku suka bidang ni, masuk pun sebab terpaksa atau sebab tak tahu nak ambil bidang apa. Tapi benda ni selalu terjadi di dalam akedemik kan? Berani sebab berani ambil gambar khawin (aku belum capai tahap berani lagi..hehe), rajin explore editing, dan bercita2 tinggi nak jadi pro photographer..tidak mustahil kan? Dari perkembangan gambar2 beliau, ada peningkatan dari segi angle, lighting, walaupun peningkatan yang tidak banyak berubah, atleast ada?

Cuma yang tak bestnya curi work orang lain dan letak watermark nama sendiri. Tapi tak nak lah komen banyak2 sebab tak tahu lah sahih ke tidak. Sebab, kalau betul lah, rasanya wanita ni berani sebab dia tak takut orang lain dapat cam benda ni. Bukan ke dalam social network sekarang, benda2 macam ni bukannya susah nak kesan kan? Ok lah, kerja tak berjalan2, banyak buat kerja lain dari tadi. Isnin nak kena hantar thesis. So ada masa lagi 2 hari..(selalu macam ni, tak pernah insaf dengan kesilapan lalu. Nak buat macamana, idea tak ada, alasan ke tu?)

Tuesday, February 15, 2011

Assignment belum siap ll

Adoi..gabra betul hati dan perut ni. Esok nak shoot, entah jadi ke tidak ni. Macam2 ada dalam benak fikiran aku. First, barang nak shoot aku letak dalam bilik lectera. Yang merisaukan aku, adakah barang2 itu selamat di sana? Barang2 tu termasuklah baju model, kasut model, baju member yang aku pinjam, pancing abang aku..banyak tu barang berharga. Bukan apa, tak larat pulak nak angkut semua barang2 tu balik bilik. Lepas tu nanti nak kena bawa balik ke fakulti?

Perkara no 2, pasal model aku ni. Aku call dari siang tadi tak berjawab. Dia off handphone. Apasal ek? Dia gaduh ngan bf dia ke? Dah lah dia dan bf dia tu jadi model aku. Kalau bergaduh, camana aku nak ambil gambar diorang? Dah lah dalam gambar tu nanti kena menampakkan diorang ni serasi bersama??

Perkara no 3, adakah studio akan buka? Dahlah masa hari Isnin tu TUTUP. Kalau tutup, memang hancur lah semua rancangan. Khamis pulak nak present dah 4 keping gambar. 10% tuuu..

Perut aku ni rasa macam nak meletup ja sebab sekarang aku tengah risau tahap gaban dah ni. Salah aku ke kalau idea yang best hadir saat2 akhir macam ni? Awal2 aku dah fikir idea, bila di tambah2, hasilnya berhari2. Alasan ke tu? Erm..just 4 ja ok..semoga berjaya esok. Kalau tak berjaya, pastikan awak ada plan Z ok..pastikan semua berjalan lancar esok!!

Manusia merancang, Allah menentukan. Ya Allah, aku mohon agar semua berjalan lancar esok...

Monday, February 14, 2011

Assignment yang belum siap

Hari ni sepatutnya aku shoot asgnment aku yang terbengkalai tu, tapi apa kan daya, bila dah sampai ja dekat studio, akak yang jaga studio tu ada emergency case pulak. So STUDIO TUTUP dengan rasminya. Dahlah aku bawa banyak barang. Bayangkan, tangan kanan aku bawa kerusi, joran yang panjang tu. Tangan kiri bawa kayu (kena pegang hati2 sebab senang patah). Bahu kiri bawa beg baju dan kasut untuk model termasuk alatan lain macam gunting dan lain2. Dan aku sandang beg laptop bersama kamera didalamnya..Can't you imagine that? Dah macam semut bawa makanan dah aku ni. Sampai2 ja studio tutup. Erm..tak apa lah, aku merancang, Allah yang tentukan semua tu. Mungkin Allah nak bagi aku masa untuk berfikir lagi idea yang lagi bagus, sebab dia tahu aku boleh buat lebih baik.

Tapi..kadang2 tu cuak jugak. Sebab aku hanya ada peluang nak shoot pada hari rabu petang, hari khamis pagi aku ada presentation!! Alahai..mampukah aku nak siapkan semua kerja2 tu nanti? Walaupun dia nak 4 keping gambar sahaja, tapi, amat sukar untuk aku siapkan...

Hari ni isnin, esok selasa ada maulidur rasul, studio memang tutup, erm..harap Rabu adalah hari terbaik aku..rileks..bukan tak pernah aku hadapi saat genting macam ni kan. Dulu, esok nak present malam baru aku shoot, hasilnya, gambar aku terpilih, lectera suka.

Mungkin ada betulnya kawan aku cakap, aku ni kalau dah terdesak, dah nak sampai masa nak terjun bangunan, baru otak aku berfungsi dengan creativenya. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dah. RABU 16 Feb 2011..adakah aku akan berjaya menyiapkan 4 keping gambar yang sangat penting tu? I'allah~~~

Sunday, February 13, 2011

Baik ke aku ni?

Ya Allah..aku bersyukur ya Allah sebab kurniakan aku hambamu yang ikhlas membantu dikala aku kesusahan.

Aku kena siapkan assignment untuk present 4 hari lagi. Dalam seminggu ni aku sibuk nak siapkan apa yang patut sebelum nak shoot. One day masa nak tunggu bas aku ternampak satu perempuan, erm..cantik, leh jadi model aku ni. Dia naik bas yang sama dengan aku, dengan beraninya aku pergi dekat dia..'Nak tanya, awak student ke?' tanya aku dengan ramahnya. Segan juga sebenarnya sebab dia cantik. Rasa macam anak manja ja? Persepsi awal aku. 'Ak ah' jawab dia sambil senyum. Borak punya borak, aku dapat no phone dia.

Hari ni aku pergi jumpa dia untuk discus apa yang patut. Kepala aku dah pening, kenderaan tak ada, macamana nak shoot dia? Lagipun, tak manis lah kalau dia naik bas dan jalan kaki pergi fakulti aku? Dah lah berbukit. Dan, dia kan MODEL aku?? Segannya, aku tak ada kenderaan, aku adalah photographer yang paling teruk dan dia adalah model yang paling malang. Tak pa lah, nanti aku explain, harap dia faham. Kalau tak, aku cari teksi dan pergi ambil dia dekat rumah.

Aku dah sampai tempat yang dijanjikan. Aku lambat. Bukan lambat dari masa yang aku tetapkan, tapi lambat sebab masa aku telefon, dia ada kat KFC, bila aku dah sampai dia dah balik rumah dah (kira aku lambat lah kan). Aku pergi rumah dia pulak. Bila dah sampai aku call, sebab aku takut salah rumah. Rupanya dia tak ada dekat rumah lagi, lega hati aku sebab dia tak menunggu aku. Rumah dia paling atas (rumah kedai), sambil tunggu aku dengar macam orang tengah berlari naik tangga. Eh? Persepsi aku tentang dia seorang anak manja yang cantik berubah. Tak sangka dia jenis yang menghormati orang. Dia risau aku tunggu lama..erm..baiknya..


Masa discus dah selesai, mulalah perbincangan dari hati ke hati. Aku nak cakap pasal masalah kenderaan yang aku hadapi. 'Wani pergi kelas naik apa ek?' Aku memulakan ayat tersirat. 'Naik bas.' Fuh lega..dia menambah 'Kadang2 naik motor ngan bf. Tak pa, nanti Wani pergi studio naik moto aja.' Alahai..segannya..'Afar selalu dapat model macam ni. Yang suka tolong orang. Seganlah afar. Afar sebenarnya ada cari kenderaan tapi kawan tak reply.' 'Heheh. Rileks lah afar. 2 maknanya Afar ni baik, sebab tu dapat orang macam tu.' erm..baik ke aku??

Teringat masa dulu, kes yang sama, nak menyiapkan assignment. Model aku tu siap explore lagi watak yang aku nak tu. Masa shoot, kerja aku jadi mudah sebab dia dah tahu nak buat apa, dan sesuai dengan kehendak aku. Dan yang paling best, dia mekap sendiri. Tak payah pening cari orang yang pandai mekap. Sebab dia sendiri memang mak andam (dia student, tapi buat part time)

Lagi satu kes, Model aku tu sanggup naik bas dengan aku. Aku lah yang bawa semua barang2, itu pun dia nak bawakkan. Aku cakap, tak palah, dia sanggup naik bas ni pun dah kira bersyukur dah. Aku ada explain cakap aku tak ada kenderaan yang selesa untuk dia. Dia cakap, ok ja, tak kisah, lagipun apa salahnya tolong kawan? Alahai..terharu ja rasa. Itu masa shoot outdoor, indoor pun sama. Dia sanggup naik bukit dengan aku ke studio. Erm..

Tapi ni kes yang tak berapa sedap nak cerita. Bukan selalunya nasib aku baik. 'Awak boleh naik bas tak? Sebab saya nak minta maaf sangat sebab saya tak ada kenderaan.' kata aku dengan rendah diri. 'Hah? Ala..habislah mekap cair....lagipun panas lah...' Aku tak kecil hati, aku terus tukar lokasi B..shoot dekat tempat yang tidak memerlukan kenderaan. Dalam u aku ja. Hahah..

Kalau kita baik dan ikhlas dengan orang, one day bila kita hadapi masalah yang besar macamana pun, pasti ada yang datang menolong, walaupun masa tu dah stuck..tapi kalau kita ada masalah, dan kita keseorangan, pasti ada yg tak kena dengan diri kita..afar~

Aku bersyukur sangat dapat jumpa hamba2 Allah yang ikhlas membantu aku bagi memastikan kerja2 aku siap. Terima kasih..aku percaya, kalau aku nak sesuatu berjalan lancar, segala masalah aku akan pastikan tiada masalah dengan cara mempunyai plan B, plan C hingga plan Z. TIADA YANG MUSTAHIL..

Tuesday, February 8, 2011

Pra Ulangan JPJ

Sempat amik gambar guna phone
Tadi belajar kereta sebab esok ada test JPJ ulangan. Ulangan? Ye ULANGAN..atau KANDAS dekat bukit. Erm..hati rasa tak gementar buat masa ni. Mungkin dah tak kisah. Sungguh, kalau gagal lagi, aku nak mohon bantuan dari sesiapa yang sayang kat aku untuk bayar yuran ulangan tu..haha..aku dah tengok nama, no 11, bahagian ke 2..ala..balik lambat lagi lah ni agaknya sebab aku ada kelas petang. Erm..tak kisah lah. Harap esok LULUS semua ujian2 tu.

Bila fikir2 balik, aku kira beruntung sebab aku just gagal bukit. Ada akak tu, masa aku ambil test hari tu, dia ulangan, so dia cerita lah kat aku pengalaman dia yang gagal parking dan jalan raya, means dia kena ulang 2-2 sekali. Pergh..masa cerita tu siap gelak2 lagi, yang aku ni dah rasa macam nak terkucil dengar cerita dia yang best sangat tu. Kemudian bila dah selesai test pada hari tu, aku tanyalah dia lulus ke tak sebab dia asyik tengok ja result dia tu kemudian macam nak sorok2 takut orang lain nampak. Rupanya dia gagal parking. Tapi yang jalan raya aku tak tahu lah samada dia lulus ke tak sebab masa tu pun aku tengah tunggu giliran aku nak ambil test jalan raya.


lori kat depan, cuak gak ni
Tadi, cikgu aku tu ada cakap, minggu lepas, means minggu selepas aku dah test jalan raya, test jalan JPJ diorang buat jalan baru. So, disebabkan itu, ada student yang fail sebab tak tahu jalan. Fuh..mujur lah aku just kena ingat satu jalan ja. Dah lah aku ni buta jalan. Itu pun, terkial2 nak ingat. 3,4 kali jalan situ, baru ingat. Tu pun masa test JPJ, nyaris lupa jalan, haru2..

Agaknya inilah sebabnya kenapa dulu bila family aku paksa aku ambil lesen, aku tak nak, malas. Rupanya nak gagal. Ye lah, yuran pun aku amik yang pakej student tu, bayangkan kalau aku ambil kat luar, harga standart, kalau gagal, tak ke aku kena bayar lebih?
Hikmah tu..haha..apa keputusan esok agaknya? Tungguu..

Test JPJ

Monday, February 7, 2011

Kamera vs perpustakaan



Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalas dan suka kan kerja yang mudah..disebabkan tu aku ni creative sikit dalam bab2 nak memudahkan kerja aku. Kenapa tidak menggunakan teknologi yang ada untuk membuat sesuatu yang berfaedah? Kalau pergi ke perpustakaan, kita mesti nak pinjam buku, tapi kita ragu-ragu nak pinjam sebab takut tak ada masa nak pulangkan @ malas @ tak ada duit nak bayar denda lewat hantar buku @ maklumat yang kita nak tu tak seberapa berbanding berat buku yang melampau. Ini antara masalah2 yang aku hadapi bila nak cari maklumat dan disebabkan itu aku malas nak ke perpustakaan, lebih mudah cari dalam internet kemudian copy and paste. Tapi maklumat dalam internet tidak sehebat dalam buku sebab tak semua orang boleh baca. Kira kalau aku dapat maklumat limited macam tu, mesti lah bangga dan bertambah ilmu aku kan..

Fikir punya fikir, idea creative pun muncul. Hanya berbekalkan kamera DSLR, masalah aku pun selesai. Nak ke perpustakaan pun dah tak malas lagi. Jangan salah fahm. Aku beli kamera ni bukan semata-mata nak tangkap gambar dalam perpustakaan, tapi memang course aku memerlukan DSLR. So, kemudahan dah ada, kenapa sia2kan? Caranya, aku ambil gambar maklumat-maklumat yang aku nak dalam buku tu sahaja. Bukan banyak pun, cuma 4, 5 m/s ja. Tapi kalau memang maklumat tu ada dalam setiap m/s, nak tak nak pinjam ajalah. Tapi jarang berlaku. Mudah kan? Aku sembunyi2 ja buat kerja ni sebab aku tak tahu yang aku buat ni ada AKTA atau tak. Kang kalau dia rampas kamera aku ni, siapa mahu jawab? So, selamat mencuba.

Setakat ni aku belum berani nak snap gambar nota2 dalam kelas, sebab banyak sangat slide, tak larat nak tulis. Pernah cuba, tapi gambar shaking lah pulak sebab gementar. Isk3..tak apalah..salin je lah labu..

Sunday, February 6, 2011

Bukan Aku Yang Cuai!!

Selamat kembali dari Cuti Tahun Baru Cina!! Memang best bila bersama keluarga, yang tak bestnya bila time cuti pun kepala dok fikir assgnment yang melambak tu. Dahlah sem ni pendek. Adoi..pening.. Takpa, lupakan seketika assignment tu, hari ni aku nak cerita satu kejadian yang rasa macam kelakar, tapi seriau pun ada bila diingat balik. Pergghh..

Hari ni akak aku, ibu, amir hantar aku balik ke tempat aku belajar kat shah alam, dekat je pun, tapi saja mengada2, haha. Bila sampai je Shah Alam, kami lepak kat taman, then masuk area kolej aku, lepak kat surau. Setiap kali nak melepak, aku akan make sure laptop aku tu selamat, paling tidak aku akan letak kat bonet, masa kat surau, adik aku guna. Masa tu aku bawak ibu and kakak p masuk dalam bilik, lepak. Almaklum, ibu aku xpernah tengok keadaan bilik aku tu kan. Dalam bilik, aku fikir gak, kang adik aku tu nak p toilet ke pe, camana lah ye? Haha..aku punyalah sayang laptop aku tu.

Bila dah settle melepak, kitorang pun p makan kat luar, kat seksyen 7 restoran BARA. Ayam goreng dia sedap gilaaa. Sebelum kuar, adik aku tanya..
' Nak bawak ke laptop ni? '
' Tolong bawak amir '
' Ala, malas lah angah..'
' Tak yah bawaklah ' jwb aku, sbb kedai tu dekat sangat ngn parking tu, so aku letak ar kat seat belakang, bukan kat bonet. Kami makan kat tempat yang terhadang sikit, so xnampak lah kereta kami tu, tak palah, ramai orang, xda apalah tu.
Ni la rupanya tingkap kete terbukak, selamber dek je..haha
Sampai je kat kete, terus berhenti jantung aku. Perghhh..tingkat kete xtutup!!! Beg laptop aku kat seat belakang, tingkap kete belakang belah ibu aku yang terbukak. Aiyo, terus aku cek laptop aku, Ya Allah, elok je kat belakang tu. Dah lah memang aku guna beg special letak laptop, sah2 orang tahu dalam tu ada apa kan??

Kitorang bantai gelak. Adui, kecut perut aku. Mujur ar xjadi apa2. Alhamdullillah..dahlah semua assignment aku dalam tu. Can't imagine..